02/11/2026
🏏🇲🇾 TAHNIAH AIYADH! 🤍💛🖤
Satu lagi kebanggaan buat keluarga besar Kriket MSS Perak!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :
🏏MUHAMMAD AIYADH ISKANDAR BIN MOHD FAKRURAZI dari SMK Anderson, Ipoh
Kerana telah mewakili Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (U19) ke kejohanan DP World Men's U19 Asia Cup 2026 yang bakal berlangsung pada 3 hingga 14 November 2026 di Muscat, Oman.
Dari bumi Perak ke pentas Asia💪💪💪
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, disiplin, komitmen dan semangat juang yang tinggi mampu membawa seseorang melangkah lebih jauh.
Semoga terus diberikan kekuatan, keyakinan dan kecemerlangan dalam menggalas cabaran serta mengharumkan nama negara.
Terus melangkah, terus berjuang. Bawalah nama Malaysia dengan penuh kebanggaan!
Terima kasih Unit Pembangunan Bakat Murid - Sukan, JPN Perak yang sentiasa menyokong pembangunan kriket di Negeri Perak.
Seluruh warga Kriket MSS Perak berbangga dengan pencapaian ini!