Kejor Yeop Kejor

Kejor Yeop Kejor ||Perak FA||Perak FC||
||Kejor Yeop Kejor||Skor Yeop Skor||Kejor Yeop Skor||
||Seladang||The Bos Gaurus||

Kami anak Perak dan sentiasa menyokong pasukan bola sepak Perak.

๐Ÿค๐Ÿ’›๐Ÿ–ค Sesi latihan pertama LTK
29/09/2022

๐Ÿค๐Ÿ’›๐Ÿ–ค Sesi latihan pertama LTK



Sesi pertama Ketua Jurulatih Perak FC yang baru di Padang Latihan Stadium Mini, Chepor. Moh kita tengok macam mana deme beraksi bersama coach baru.COPYRIGHT ...

๐Ÿค๐Ÿ’›๐Ÿ–คPerak FC mohon sokongan bina stadium, pusat latihanIMPIAN Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) adalah untuk memiliki seb...
27/09/2022

๐Ÿค๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

Perak FC mohon sokongan bina stadium, pusat latihan

IMPIAN Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) adalah untuk memiliki sebuah stadium dan pusat latihan sendiri bagi menyediakan prasarana terbaik kepada pemainnya sebagai usaha membawa kembali pasukan itu ke puncak kegemilangan.

Bagi merealisasikan impian itu, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, pihaknya sudah memohon kepada pihak berkuasa di Perak berhubung perancangan itu yang bakal melonjakkan lagi 'saham' pasukan serta melengkapkan ciri-ciri sebagai sebuah pasukan profesional.

Bagaimanapun, Abdul Azim berkata, proses perbincangan masih lagi berjalan dengan beliau berharap pihak terbabit dapat memberikan sokongan penuh kepada hasrat pasukan.

(Artikel Penuh)
https://www.sinarharian.com.my/article/223196/berita/sukan/perak-fc-mohon-sokongan-bina-stadium-pusat-latihan?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Sinar+Harian&utm_campaign=++Perak+FC+mohon+sokongan+bina+stadium,+pusat+latihan&fbclid=IwAR3sh-e8ctk2Izu-QXw06EGFgDJAQCVWKoZVRAgdd8VRJaifBMdtRPJ4vXI

๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ
27/09/2022

๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

TIADA AKSI PLAY OFF BAGI DUA SLOT LIGA SUPER 2023

First Instance Body (FIB) memaklumkan bahawa tiada aksi play off bagi merebut dua slot Liga Super 2023 melibatkan pasukan juara dan naib juara kelab Liga M3 dengan dua pasukan terbawah Liga Premier 2022.

Keputusan badan bebas itu dibuat selepas mereka menyemak laporan berkenaan permohonan pelesenan Kelab Liga Amatur M3 (AFL) yang telah berakhir pada 17 September 2022 di mana hanya tujuh kelab yang membuat permohonan iaitu PIB FC, Harini FT, BRM FC, Imigresen FC, Armed Forces FC, Kinabalu Jaguar FC dan Manjung City FC.

Menurut Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir, daripada tujuh kelab tersebut, hanya dua kelab Liga M3 2022, PIB FC dan Harini FT yang menunjukkan progres yang baik bagaimanapun mereka masih tidak melengkapkan kesemua kriteria kelab profesional bagi mendapatkan lesen pada tarikh akhir permohonan.

โ€œBerdasarkan peraturan semasa, hanya dua kelab teratas AFL boleh bersaing dalam perlawanan play off. PIB FC menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam pertandingan dengan menamatkan saingan sebagai juara namun penyerahan dokumentasi mereka tidak lengkap. Kami berharap PIB mengekalkan kemajuannya di dalam dan di luar padang kerana kami percaya mereka berpotensi untuk membuat perancangan lebih baik untuk musim akan datang.

โ€œSementara Harini FC p**a gagal menduduki kelompok dua terbaik Liga M3 serta tidak dapat melengkapkan kriteria permohonan pelesenan yang diperlukan untuk melayakkan mereka beraksi di play off.

โ€œNamun begitu, kami tetap menghargai usaha dan komitmen PIB FC dan Harini FT serta kelab lain dalam proses untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Ini adalah proses yang sama sekali baru untuk kelab AFL dan kami percaya ia dapat memberikan semua kelab AFL gambaran tentang kriteria yang diperlukan untuk setiap kelab mencapai kemajuan ke Liga Super musim 2024.

โ€œJusteru saya percaya, pihak MFL pasti akan terus membantu kelab-kelab AFL tahun depan untuk melengkapkan proses bagi mendapatkan lesen seterusnya berkembang menjadi kelab profesional tempatan,โ€ jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kejor Yeop Kejor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category