09/02/2021
PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO PERAK FC
Seperti yang telah diketahui, para peminat The Bos Gaurus kini berpeluang untuk mereka cipta logo Perak FC!
Syarat dan terma penyertaan adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Portfolio reka bentuk logo (makna/huraian logo) Perak FC hendaklah disediakan dalam format JPEG/PNG & logo sahaja dalam vektor Illustrator PNG/AI.
- Elemen reka bentuk logo adalah terbuka kepada kreativiti peserta.
- Emel penyertaan pertandingan reka cipta logo Perak FC ke [email protected], bersertakan nama penuh, no. kad pengenalan dan nombor telefon.
- Tarikh tutup penyertaan, 13 Februari 2021 (Sabtu), 9 malam.
Proses Pemilihan akan dilakukan seperti berikut:
1. 10 logo terbaik akan dipilih oleh panel pemilih bebas untuk diundi di laman Facebook Perak TBG.
2. 5 logo terbaik akan dipilih oleh penyokong secara undian. Undian akan dilakukan di laman Facebook Perak TBG dan berlangsung selama 24 jam (15 Feb, 12 pagi - 16 Feb, 12 pagi).
3. Panel pemilih bebas akan memilih satu logo pemenang daripada 5 logo terakhir. Logo tersebut akan menjadi hak milik multak Perak FC.
Selamat maju jaya!