Pusat Sukan dan Rekreasi USM

Pusat Sukan dan Rekreasi USM PUSAT SUKAN DAN REKREASI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

02/08/2026

FULL TIME | TERENGGANU FC 6️⃣–6️⃣ USM FC

Perlawanan penuh debaran dari wisel pertama hingga wisel penamat. Walaupun berhempas-pulas mengejar kemenangan, kami terpaksa akur sekadar membawa pulang 1 mata.

Terima kasih kepada semua pemain atas semangat juang yang tidak pernah luntur dan kepada para penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang kami.

Perjuangan belum selesai. Kami akan terus bangkit, memperbaiki setiap kelemahan dan kembali lebih kuat untuk perlawanan seterusnya.

Berjuang Bersama. Gah Bersatu. 💜🔥

02/08/2026

MISI 3 MATA BERMULA! 💜🔥

Tiada ruang untuk mengalah. Tiada alasan untuk berhenti. Demi lencana di dada, kami turun memburu 3 mata yang amat berharga.

Terengganu FC 🆚 USM FC

02/08/2026
02/08/2026
KILAUAN EMAS BUAT MALAYSIA! 🇲🇾Tahniah Amir Daniel Abdul Majeed – Atlet Program Warga Sukan USMTahniah dan syabas diucapk...
01/08/2026

KILAUAN EMAS BUAT MALAYSIA! 🇲🇾

Tahniah Amir Daniel Abdul Majeed – Atlet Program Warga Sukan USM

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Amir Daniel Abdul Majeed, Atlet Program Warga Sukan Universiti Sains Malaysia (USM), atas kejayaan mencipta sejarah dengan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam sukan Judo di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah membanggakan seluruh warga USM. Semoga pencapaian luar biasa ini menjadi inspirasi kepada generasi atlet muda untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengejar kecemerlangan di pentas antarabangsa.

Pusat Sukan & Rekreasi USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Universiti Sains Malaysia




01/08/2026

𝗙𝗜𝗫𝗧𝗨𝗥𝗘 𝗚𝗔𝗠𝗘 | 𝗠𝗣𝗙𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗦𝗶𝗿𝗸𝗶𝘁 𝟳 💜🖤
Cabaran seterusnya menanti.
USM FC bakal turun berdepan Terengganu FC dalam aksi yang pastinya menuntut fokus, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Tiada perlawanan yang mudah, namun setiap mata amat bermakna dalam saingan liga.
Mampukah USM FC membawa pulang 3 mata berharga? 🔥
Kami perlukan sokongan dan doa daripada semua penyokong. Ayuh bersama mengiringi perjuangan pasukan demi lencana di dada!
💜 Berjuang Bersama. Gah Bersatu.
RoadTo3Points BerjuangBersama GahBersatu

29/07/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Negeri Pulau Pinang 2026. 🔥

📅 Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
📍 Tempat: Kompleks Sukan Azman Hashim, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

ℹ️ Scan QR code untuk mengisi borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran atau daftar melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf9Atsj-Ru3VbU57HFdpxYmNVg57Y6_jTOAJopEWauuurghpw/viewform

📌 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi pemilihan ini!
‼️ Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Salwa : 017-3115472
Pn. Azzuraini : 012-5696262
Pn. Farah : 010-5402302
🔵⚪️🟡

KENALI SEJARAH TREK STADIUM OLAHRAGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIATahukah anda?Trek Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM)...
28/07/2026

KENALI SEJARAH TREK STADIUM OLAHRAGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Tahukah anda?

Trek Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai rekod pengukuran yang telah dibuat pada 23 September 1991, berdasarkan dokumen pengukuran dan pengesahan yang ditemui dalam simpanan rekod lama.

Berdasarkan dokumen tersebut, trek olahraga USM direkodkan mempunyai 8 lorong, dengan lebar setiap lorong 1.22 meter dan jumlah panjang trek yang diukur ialah 400.014 meter.

Dokumen berkenaan turut merekodkan bahawa ukuran trek tersebut mempunyai toleransi pengukuran tidak melebihi 0.014 meter dan dinyatakan berada dalam spesifikasi yang ditetapkan oleh International Amateur Athletic Federation (I.A.A.F.) pada ketika itu.
Menariknya, dokumen ini turut mencatatkan maklumat berkaitan penandaan jarak perlumbaan serta ukuran laluan steeplechase.

Sebuah dokumen lama, satu rekod sejarah, dan sebahagian daripada perjalanan perkembangan kemudahan sukan di Universiti Sains Malaysia.
Pusat Sukan dan Rekreasi USM berkongsi maklumat ini sebagai satu dokumentasi dan perkongsian sejarah untuk tatapan warga USM serta peminat sukan olahraga.

WarisanSukan USMSports

PELAJAR PRAUNIVERSITI SSTMI ADAKAN LAWATAN PENDIDIKAN KE USMUSM, 28 Julai 2026 – Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sa...
28/07/2026

PELAJAR PRAUNIVERSITI SSTMI ADAKAN LAWATAN PENDIDIKAN KE USM

USM, 28 Julai 2026 – Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan rombongan pelajar Prauniversiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) sempena Lawatan Pendidikan Prauniversiti SSTMI ke USM.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai persekitaran universiti, peluang melanjutkan pengajian tinggi serta kemudahan yang disediakan oleh USM dalam menyokong pembangunan akademik dan kecemerlangan pelajar.

Dalam sesi lawatan tersebut, para peserta turut menerima taklimat berkaitan kemasukan ke USM yang disampaikan oleh Puan Fadzilla Bosman daripada Bahagian Kemasukan USM. Taklimat ini memberikan penerangan dan panduan kepada para pelajar mengenai laluan serta peluang untuk melanjutkan pengajian di USM.

Selain itu, Pusat Sukan dan Rekreasi USM turut menyampaikan taklimat khas berkaitan hebahan kemasukan ke Program Warga Sukan USM. Sesi ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pengajian dan laluan kemasukan yang berkaitan dengan bidang sukan, khususnya kepada pelajar yang mempunyai latar belakang, minat dan potensi dalam bidang sukan.

Lawatan ini diharap dapat membuka perspektif baharu kepada para pelajar SSTMI dalam merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya, di samping memberikan inspirasi untuk terus mengembangkan potensi dalam bidang akademik dan sukan.

Semoga lawatan ini menjadi pengalaman bermakna dan mencetuskan aspirasi dalam kalangan pelajar SSTMI untuk melanjutkan pengajian serta membina masa depan yang cemerlang di USM.

Address

Pusat Sukan Dan Rekreasi
George Town
11800

Opening Hours

Monday 08:10 - 22:00
Tuesday 08:10 - 22:00
Wednesday 08:10 - 22:00
Thursday 08:10 - 22:00
Friday 08:10 - 22:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan dan Rekreasi USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sukan dan Rekreasi USM:

Shortcuts

Share