25/05/2026
ππππππ πππππ πππ π
π πππππ ππππ/ππ
Tamat sudah perjalanan musim 2025/26. Sebuah musim yang penuh cabaran, pengorbanan, jatuh bangun dan pelbagai kenangan yang akan terus terpahat buat semua yang bersama KDA FC. Terima kasih buat semua pemain, pegawai pasukan, penaja rasmi dan rakan kerjasama yang terus memberikan kepercayaan, sokongan dan kekal komited dalam memastikan perjalanan pasukan KDA FC terus bergerak ke hadapan sepanjang musim 2025/26.
Tidak dilupakan juga buat semua penyokong setia KDA FC, terima kasih kerana kekal bersama kami dalam setiap detik manis mahupun sukar. Dari awal musim hingga perlawanan terakhir, anda sentiasa hadir memberi sokongan tanpa henti sama ada di laman sendiri mahupun di tempat lawan. Sorakan, semangat dan kesetiaan anda menjadi nadi kekuatan pasukan ini untuk terus berjuang hingga ke penghujung musim.
Terima kasih untuk segalanya. ππ