Akademi Sang Kenari

Akademi Sang Kenari Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Sang Kenari, Sports, 29C, TINGKAT 1, BANGUNAN WISMA PKNK, Alor Setar.

Akademi Sang Kenari terdiri dari:

>KDA FC E (Bawah 17 tahun)
>KDA FC F (Bawah 14 tahun)
*SSN Kedah (SMK Tunku Anum)

>KDA FC G (Bawah 12 tahun)
*Kota Setar Kids

Aksi pembukaan Liga Piala Remaja KPM-FAM U17 bermula Sabtu ini menyaksikan pasukan  SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN (A...
01/05/2025

Aksi pembukaan Liga Piala Remaja KPM-FAM U17 bermula Sabtu ini menyaksikan pasukan SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN (Akademi Kenari U17) menerima kunjungan VICTORIA INSTITUTION (Akademi KL City FC) di Padang Arena MPKP, Jitra. Sepakmula jam 4.00 petang menjadi detik permulaan kepada skuad muda Akademi Kenari U17 mengharungi perlawanan Liga KPM tahun 2025.

Ayuh Sang Kenari U17, berjuanglah sejiwa murni!

πŸ†Perlawanan 1 | Piala Remaja KPM-FAM U17
πŸ†š Victoria Institution (Akademi KL City FC)
πŸ•” 3 Mei 2025, Sabtu, 4.00 pm
🏟️ Padang Arena MPKP, Jitra

[Pengurusan KDAFC turun padang memberi sokongan]Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar serta barisan pengurusan turut kelihatan tur...
24/11/2024

[Pengurusan KDAFC turun padang memberi sokongan]

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar serta barisan pengurusan turut kelihatan turun padang memberi sokongan pada skuad Akademi Sang Kenari!

InsyaAllah kita teruskan perjuangan ini bersama-sama!

Pulun Kedah Pulun!

πŸ’šπŸ’› KDA FC E TUNDUK TIPIS, IMPIAN KE FINAL TERHENTI πŸ’›πŸ’šKDA FC E terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada SSN Pulau Pinang...
23/11/2024

πŸ’šπŸ’› KDA FC E TUNDUK TIPIS, IMPIAN KE FINAL TERHENTI πŸ’›πŸ’š

KDA FC E terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada SSN Pulau Pinang dalam separuh akhir Piala Remaja KPM-FAM U17 2024. Gol tunggal di minit ke-52 oleh Muhammad Aniq Haikal memastikan pasukan lawan mara ke pentas final. Walaupun kecewa, perjalanan musim ini membuktikan kemampuan besar pemain muda Kedah, dari kedudukan dua terbaik kumpulan hingga mara ke separuh akhir.

Kekalahan ini bukan pengakhiran, tetapi batu loncatan untuk terus bangkit. Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, dan penyokong setia atas usaha dan sokongan sepanjang musim. Pulun Kedah Pulun!

16/11/2024

Lagu 'Biar Jasa Jadi Kenangan' terus menjadi kekuatan pemain muda Sang Kenari. Lagu keramat ini dilaungkan penuh makna selepas tamat perlawanan petang tadi. Keep it up guys!

16/11/2024

Coach Adzlan puji anak buah pamer aksi bersungguh-sungguh sehingga ada pemain terkehel bahu, kembali ke pentas separuh akhir setelah 10 tahun. Misi seterusnya buat beliau, alang-alang sasaran adalah ke pentas Akhir Liga KPM tahun ini.

16/11/2024

Muhammad Syamir Adam Bin Safii idam pentas final dan hadiahkan gol kemenangan petang tadi kepada keluarga yang datang dari jauh.

16/11/2024

Kapten KDA FC E, Aqil Haziq Bin Azmi berjersi nombor 8 lega berjaya melaksanakan misi untuk beraksi di perlawanan seterusnya Separuh Akhir Sabtu depan. Dengar ulasan beliau.

TAHNIAH, KDA FC E KE PENTAS SEPARUH AKHIR LIGA KPM 2024!Kejayaan menewaskan SSN Perak petang ini 2-1 memberi petanda pos...
16/11/2024

TAHNIAH, KDA FC E KE PENTAS SEPARUH AKHIR LIGA KPM 2024!

Kejayaan menewaskan SSN Perak petang ini 2-1 memberi petanda positif buat pemain muda Sang Kenari selepas kali akhir layak ke Separuh Akhir 10 tahun lepas.

Keazaman tinggi pemain muda ini sudah pasti ditagih pada perlawanan Sabtu hadapan di Stadium Mini SMK TATAR, Kepala Batas menentang SSN Pulau Pinang.

Tahniah anak muda, Pulun Kedah Pukun!

16/11/2024

KDA FC E ke Separuh Akhir Liga KPM 2024! FT: KDAFC E 2-1 SSN PERAK!

Aksi terikat 0-0 di separuh masa pertama yang berlangsung dalam cuaca hujan.HT: KDA FC E 0-0 SSN PERAK
16/11/2024

Aksi terikat 0-0 di separuh masa pertama yang berlangsung dalam cuaca hujan.

HT: KDA FC E 0-0 SSN PERAK

16/11/2024

Sang Kenari laung semangat padu bersama-sama!

Address

29C, TINGKAT 1, BANGUNAN WISMA PKNK
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6047352086

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Sang Kenari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Sang Kenari:

Share

Category