Persatuan Bola Sepak Kedah

Persatuan Bola Sepak Kedah Laman Facebook Rasmi Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman

Official page of Kedah Football Association (KFA)
(12620)

Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (PBKDA) atau Kedah Football Association (Kedah FA) dalam Bahasa Inggeris adalah sebuah pasukan bola sepak professional yang bertanding di dalam pertandingan bola sepak di Malaysia mewakili Kedah Darul Aman. The Kedah FA or Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman (PBKDA) In Malay is a professional football team that competes in Malaysian football competition

s representing the state of Kedah Darul Aman and under the supervision of Kedah Football Association. The team is based in Alor Setar, Kedah and currently playing in Malaysian Super League, the top-flight of Malaysian football.

11/06/2026

Pasukan Pilihan PIALA DUNIA 2026 ?? Jom terjah!

Selamat pagi kepada seluruh π—£π—˜π—‘π—¬π—’π—žπ—’π—‘π—š π—žπ—˜π——π—”π—› π—¦π—˜π—₯𝗔𝗧𝗔-π—₯𝗔𝗧𝗔 πŸ”°
11/06/2026

Selamat pagi kepada seluruh π—£π—˜π—‘π—¬π—’π—žπ—’π—‘π—š π—žπ—˜π——π—”π—› π—¦π—˜π—₯𝗔𝗧𝗔-π—₯𝗔𝗧𝗔 πŸ”°

Muhammad Aqil Irfanuddin telah merekodkan 4 bantuan jaringan sepanjang kempen Liga A1 Semi-Pro 2025/26, sekali gus membu...
10/06/2026

Muhammad Aqil Irfanuddin telah merekodkan 4 bantuan jaringan sepanjang kempen Liga A1 Semi-Pro 2025/26, sekali gus membuktikan peranannya yang cukup penting buat Kedah FA di kedua-dua bahagian padang. Pemain pertahanan ini juga sentiasa mempamerkan karakter kepimpinan yang tinggi setiap kali turun beraksi.

Bantuan jaringan pertamanya hadir pada pusingan pertama ketika membantu Kedah FA menewaskan Bunga Raya FC 3-0 di tempat lawan. Prestasi konsisten yang dipamerkan terus meningkat pada pusingan kedua apabila beliau menambah tiga lagi bantuan jaringan dalam kemenangan ke atas Armed Forces FC (2-1), UM-Damansara United (3-2) dan Seoul Phoenix FC (3-0).

Walaupun beraksi di posisi pertahanan tengah, Aqil tidak hanya berperanan mengawal benteng pasukan, malah turut menjadi antara pencetus serangan yang berkesan. Sumbangannya dalam mencipta peluang jaringan serta ketenangan mengemudi barisan pertahanan menjadikan beliau antara tonggak penting yang membantu Kedah FA muncul sebagai salah satu pasukan dengan rekod pertahanan terbaik sepanjang musim.

🧀 πŸπŸ• 𝐂𝒍𝒆𝒂𝒏 𝐒𝒉𝒆𝒆𝒕𝒔, π“π„π‘ππ€πˆπŠ πƒπ€π‹π€πŒ π‹πˆπ†π€Dengan rekod cemerlang 17 clean sheets, V. Rajendran muncul sebagai penjaga gol pal...
09/06/2026

🧀 πŸπŸ• 𝐂𝒍𝒆𝒂𝒏 𝐒𝒉𝒆𝒆𝒕𝒔, π“π„π‘ππ€πˆπŠ πƒπ€π‹π€πŒ π‹πˆπ†π€

Dengan rekod cemerlang 17 clean sheets, V. Rajendran muncul sebagai penjaga gol paling banyak mencatatkan aksi tanpa bolos dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26.

Satu pencapaian yang membuktikan ketenangan, konsistensi dan kualiti yang dimiliki penjaga gol muda Hijau Kuning ini sepanjang musim.

Teruskan melakar kecemerlangan bersama Kedah FA, ._16 !

π€πŠπŒπ€π‹ π‘πˆπ™π€π‹ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ πŠπ„ ππ”πŒπˆ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€πPersatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) berbesar hati mengumumkan pelantikan 𝐀𝐀...
08/06/2026

π€πŠπŒπ€π‹ π‘πˆπ™π€π‹ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ πŠπ„ ππ”πŒπˆ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π

Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) berbesar hati mengumumkan pelantikan π€π€π¦πšπ₯ π‘π’π³πšπ₯ π€π‘π¦πšπ π‘πšπ€π‘π₯𝐒 sebagai Ketua Jurulatih Kedah FA bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027.

Jurulatih berusia 45 ini juga merupakan Lagenda Bola Sepak Hijau Kuning, kini telah bersedia untuk membuka lembaran baharu dalam usaha membina sebuah pasukan yang kompetitif, berdaya saing dan menjadi kebanggaan rakyat Kedah.

Kepulangan beliau mampu membawa nafas baharu kepada pasukan, di samping membantu merealisasikan perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirangka oleh KFA.

KFA juga berharap seluruh penyokong Hijau Kuning akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan serta barisan kejurulatihan dalam mengharungi saingan musim baharu nanti.

Selamat datang, Coach Akmal Rizal,
Hijau Kuning Lambang KemegahanπŸ”°




08/06/2026

πŸ”Š SIARAN MEDIA: PELANTIKAN KETUA JURULATIH KEDAH FA BAGI SAINGAN LIGA A1 SEMI-PRO 2026/2027

π—˜π— π—£π—”π—§ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗑𝗔𝗑, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣π—₯π—’π—¦π—˜π—¦ π—£π—˜π— π—•π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯𝗔𝗑 πŸ“ˆKempen awal Kedah FA B-20 dalam saingan Piala Presiden 2026 bermula dengan c...
06/06/2026

π—˜π— π—£π—”π—§ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗑𝗔𝗑, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣π—₯π—’π—¦π—˜π—¦ π—£π—˜π— π—•π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯𝗔𝗑 πŸ“ˆ

Kempen awal Kedah FA B-20 dalam saingan Piala Presiden 2026 bermula dengan cabaran getir apabila skuad kendalian Mohd Fauzie Nan tewas 0-2 kepada pasukan elit, Selangor FC di tempat lawan.

Perjalanan tidak menjadi lebih mudah apabila skuad muda ini turut mengalami dua kekalahan berturut-turut di laman sendiri, masing-masing kepada JDT III (0-1) dan Terengganu FC B-20 (2-3).

Namun di sebalik keputusan tersebut, graf prestasi pasukan jelas menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Daripada gagal menjaringkan gol dalam dua aksi awal, Kedah FA B-20 mula memperagakan karakter dan keberanian menyerang apabila berjaya menghasilkan dua jaringan menentang Terengganu sebelum akhirnya meraih kemenangan sulung 1-0 ke atas Sabah FC II di laman sendiri.

Kemenangan itu bukan sekadar tiga mata, malah menjadi bukti bahawa proses pembangunan sedang berada di landasannya. Dengan majoriti pemain masih dalam fasa pembelajaran, setiap perlawanan menjadi pengalaman berharga untuk membentuk skuad yang lebih matang dan kompetitif.

Perjalanan masih panjang, tetapi kebangkitan sudah bermula. Teruskan usaha dan berikan segalanya!




Address

No. 4127 Jalan Stadium
Alor Setar
05100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6047339960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bola Sepak Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Bola Sepak Kedah:

Share

Category