Munduk Running Club - MRC

Directions

Munduk Running Club - MRC ๐Ÿ“Œ MUNDUK RUHIANG, TAMPARULI โ›ฐ๏ธ
๐‹๐€๐๐ƒ ๐๐„๐‹๐Ž๐– ๐“๐‡๐„ ๐–๐ˆ๐๐ƒ ๐Ÿ๏ธ๐ŸŒฌ๏ธ๐ŸŒŠ
แดา“า“ษชแด„ษชแด€สŸ แด˜แด€ษขแด‡ แดา“ แด˜แด‡ส€๊œฑแด€แด›แดœแด€ษด แด˜แด‡สŸแด€ส€ษช แดแดœษดแด…แดœแด‹ ๊œฑแด€ส™แด€สœยฎ
๐—ž๐—œ๐—–๐—ž ๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฉ๐—˜๐—Ÿ ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—˜ ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—ง

02/11/2026

Ngam kali praktis ni di single trail kalau tiada yang mengasi limpas kau ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚

๐—ช๐—˜๐—Ÿ๐—–๐—ข๐— ๐—˜ ๐—ง๐—ข ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ง๐—˜๐—”๐— , ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ ๐—๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก!Memperkenalkan Mundukian baru - ๐—˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐˜† ๐—๐˜‚๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป! Seorang yang pada mulanya cuma mahu memb...
02/11/2026

๐—ช๐—˜๐—Ÿ๐—–๐—ข๐— ๐—˜ ๐—ง๐—ข ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ง๐—˜๐—”๐— , ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ ๐—๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก!

Memperkenalkan Mundukian baru - ๐—˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐˜† ๐—๐˜‚๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป! Seorang yang pada mulanya cuma mahu membakar kalori selepas makan tetapi akhirnya duit p**a yang terbakar untuk membeli kasut running. Belum cukup dengan itu, racun kawan-kawan dengan ayat keramat โ€œJom santai-santai 5KM jaโ€ akhirnya membawa Earny masuk ke dunia race dan mengumpul medal.

Berasal dari Lotong, Kota Marudu, L*D adalah antara sesi kegemaran Earny. Biar jauh asalkan boleh berlari dengan santai, menikmati pemandangan dan tidak perlu terlalu mengejar masa. Namun, BUTM 30KM sudah pun menjadi antara pencapaian yang paling dibanggakan buat Earny setakat ini!

Sepanjang perjalanan running, macam-macam kenangan sudah tercipta. Daripada seluar koyak ketika menggelongsor di BUTM 30KM, terlebih makan energy gel sebab kelaparan di BUHM 25KM, tersalah pakai kasut di BIM Half Marathon hinggalah pengalaman mendaki di KAR 12KM. Paling tidak boleh dilupakan, pernah terlupa satu event yang sudah didaftarkan kerana terlalu sibuk dengan kerja! Ini memang kategori pengalaman yang hanya runner boleh faham. ๐Ÿ˜‚

Di sebalik koleksi stokin running yang lebih banyak daripada stokin kerja, Earny juga menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke ๐—ง๐—ผ๐—ธ๐˜†๐—ผ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ต๐—ผ๐—ป. Bukan sekadar mahu merasai kemeriahan sokongan penonton tetapi juga menikmati cuaca sejuk sambil berlari!

Bersama Munduk, Earny berharap suatu hari nanti dapat membawa nama pasukan ke podium-podium tempatan. Sedar masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki, Earny mahu terus mendapatkan bimbingan, membina komitmen dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang positif, supportive dan sihat.

Bagi Earny, bukan sekadar mahu berlari laju, tetapi mahu mengajak lebih ramai kawan keluar daripada zon selesa, mula aktif dan menikmati perjalanan bersama. Lari sama-sama, laju sama-sama, makan pun sama-sama!

Selamat datang ke keluarga besar Munduk, Earny! Semoga perjalanan bersama kita dipenuhi pengalaman, persahabatan, pencapaian baharu dan tentunya lebih banyak medal untuk dikoleksi.

Together We Run, Together We Rise!

31/10/2026
SPORTINK RUNFEST 2026!All the best buat Mundukians - Walter, Sheron, Ann, Md Yusof & Noell Remis yang akan beraksi di Pa...
30/10/2026

SPORTINK RUNFEST 2026!

All the best buat Mundukians - Walter, Sheron, Ann, Md Yusof & Noell Remis yang akan beraksi di Padang Tuaran esok! ๐Ÿ”ฅ

Run your own race, enjoy every step and give your best. Apa pun sasaran masing-masing, yang penting lari dengan gembira dan selamat sampai ke finish line!

Stay strong, run humbly and have fun! ๐Ÿ’ช๐Ÿป

See you at the finish line, Mundukians! ๐Ÿงก

Address

Tamparuli
89257

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Munduk Running Club - MRC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share