18/06/2026
KELAS HARI KHAMIS DI KOLAM RENANG NASUHA SWIM ACADEMY, PULAU KAMBING, KUALA TERENGGANU.
Setelah 3 tahun menyewa di Pusat Akuatik, Batu Buruk, Alhamdulillah NSA telah berpindah ke kolam sendiri sepenuhnya bermula Mei 2026 lalu.
S**a duka, pahit manis, susah dan senang sepanjang tempoh itu HANYA ALLAH SWT sahaja yang tahu. Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa ada bersama NSA sejak ia mula ditubuhkan lagi sehingga ke hari ini.
Tanpa sokongan ibu bapa, NSA tidak akan mampu berada ditahap sekarang. Alhamdulillah. Dengan adanya kolam sendiri, semoga ianya bertambah beri manfaat pada semua orang.
Kolam ini tidak dibuka kepada orang ramai demi menjaga privasi ahli club sahaja. Di sinilah anak² akan belajar berenang, belajar berkawan, bersaing, hormat menghormati dan saling bantu membantu.
Di sini juga ada cafe untuk ahli club nak makan², minum kopi, rehat dan sebagainya sepanjang menunggu anak² belajar berenang.
Ada ruang solat untuk wanita dan solat berjemaah. Semoga usaha kecil ini dapat menjadikan anak² NSA menjadi manusia berguna nanti. Bukan hanya hebat di air, tapi juga hebat AKHLAKNYA❤️❤️❤️
Terus terbang tinggi NASUHA SWIM ACADEMY🏊♂️