19/08/2024
﷽
BAHAGIAN II:
Lensa sekitar Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Rabithah Alawiyah Terengganu 2024 anjuran Syabab Rabithah Alawiyah Malaysia Cawangan Terengganu yang diadakan pada 19 Ogos 2024 bertempat di Padang Bola SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Acara kejohanan ini telah dirasmikan oleh YM Syed Mohd Al Bakir bin Tuan Taufik Al-Aydrus, Timbalan Pengerusi Rabithah Alawiyah Malaysia Cawangan Terengganu.
Kejohanan ini juga telah menerima sambutan tinggi dalam kalangan Sadah merangkumi dari 3 negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur dengan penyertaan sebanyak 10 pasukan yang terdiri daripada Khuzaimah FC, Paloh FC, Syabab Tekal FC, GK Rovers FC, Pasir Minal FC, RAM (PUSAT) FC, Darat FC, Tuan Senik FC, T’Syed FC dan KU FC.
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga kejohanan ini bukan sahaja meningkatkan semangat kesukanan dalam diri kita, bahkan menjadi satu wadah pertemuan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam Keluarga Besar Alawiyyin di Malaysia.
’s
Rabithah Alawiyah Malaysia - Terengganu
Rabithah Alawiyah Malaysia - Laman Rasmi