Republic KABO FC - RKFC

Republic KABO FC - RKFC Laman rasmi Republic Kabo Football Club (RKFC). Ditubuhkan sejak tahun 2006, kami komited terhadap kecemerlangan dan integriti dalam setiap perlawanan.

Sokong perjalanan kami.

31/08/2026
InshaAllah...coming soon..
09/08/2026

InshaAllah...coming soon..





Teruskan legasi kecemerlangan
06/08/2026

Teruskan legasi kecemerlangan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengerusi TeknikBola Sepak MSSD Pekan, Cikgu Nasir atas...
05/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengerusi TeknikBola Sepak MSSD Pekan, Cikgu Nasir atas jemputan rasmi kepada Republic Kabo FC untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 MSSD Pekan 2026. Jemputan ini amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan buat seluruh warga Republic Kabo FC.

Sebagai sebuah kelab yang menjadi ahli gabungan Pekan FA, Republic Kabo FC akan sentiasa berdiri teguh memberikan sokongan padu terhadap setiap usaha yang memajukan pembangunan bola sepak di daerah Pekan. Kami percaya bahawa kejayaan bola sepak daerah hanya mampu dicapai melalui semangat kebersamaan, perpaduan dan kerjasama erat antara semua kelab gabungan.

Insya-Allah, Republic Kabo FC akan terus komited menyokong setiap program, kejohanan dan inisiatif yang dianjurkan demi melahirkan lebih ramai bakat muda serta mengangkat nama bola sepak Pekan ke tahap yang lebih tinggi.





Seluruh warga Republic Kabo FC ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pasukan SMKIS U18 atas perjuangan ...
04/08/2026

Seluruh warga Republic Kabo FC ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pasukan SMKIS U18 atas perjuangan luar biasa yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Walaupun langkah pasukan terhenti di peringkat suku akhir, namun semangat juang, disiplin, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain amat membanggakan. Kalian telah berjuang habis-habisan demi sekolah dan membuktikan bahawa semangat kesukanan yang tinggi adalah kemenangan sebenar.

Jangan jadikan kekalahan ini sebagai noktah, sebaliknya jadikan ia sebagai motivasi untuk bangkit lebih kuat pada masa akan datang. Setiap pengalaman yang dilalui hari ini adalah asas kepada kejayaan yang lebih besar esok.

Republic Kabo FC sentiasa berdiri teguh di belakang SMKIS U18 dan menyokong pembangunan bakat-bakat muda bola sepak tempatan.

đź’Ş Tewas di padang bukan bererti kalah dalam perjuangan.
âš˝ Terus melangkah, terus berjuang dan terus memburu kejayaan!

Kami Bangga Dengan Anda, SMKIS U18!

Terbaik Coach Awie Yem

Dengan penuh rasa dukacita, keluarga besar Republic Kabo FC merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allah...
04/08/2026

Dengan penuh rasa dukacita, keluarga besar Republic Kabo FC merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Pok Wahab “Mercedes” yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat komuniti bola sepak tempatan. Allahyarham dikenali sebagai seorang penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu, semangat yang tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan dan aktiviti sukan di kawasan kita.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh ahli keluarga, semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Republic Kabo FC

Ayuh kita bg sokongan padu kpd pasukan Smkis U-18 !!! Terus berjuang demi lencana di dada
01/08/2026

Ayuh kita bg sokongan padu kpd pasukan Smkis U-18 !!! Terus berjuang demi lencana di dada

Address

Kuala

Telephone

+60146254676

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Republic KABO FC - RKFC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category