15/09/2026
Sekarang keadaan jerebu di beberapa kawasan memerlukan kita lebih berhati-hati. Kesihatan bukan hanya tentang bersenam , kita juga perlu tahu bila badan perlukan rehat dan perlindungan.
🌿 Antara langkah yang boleh kita lakukan:
• 😷 Kurangkan aktiviti fizikal di luar jika keadaan udara tidak sihat.
• 🏠 Utamakan workout di dalam rumah buat sementara waktu.
• 💧 Minum air secukupnya dan pastikan badan kekal terhidrat.
• 😷 Jika perlu berada di luar, gunakan pelitup muka yang sesuai.
• 🪟 Kurangkan membuka tingkap ketika udara luar tercemar.
• ❤️ Jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, pening atau mata terlalu pedih, hentikan aktiviti dan dapatkan nasihat perubatan jika perlu.
Jangan rasa bersalah kalau terpaksa skip outdoor workout.
Rehat dan menjaga diri juga sebahagian daripada usaha menjaga amanah tubuh yang Allah pinjamkan kepada kita.
🏋🏻♀️ Tak boleh workout outdoor? Kita adjust. Bukan berhenti.
Buat workout ringan di rumah, mobility, stretching atau sekadar berjalan perlahan di dalam rumah.
Konsisten bukan bermaksud memaksa diri setiap hari.
Konsisten bermaksud tahu bila perlu push, dan bila perlu protect.