SILAT ASAD Malaysia

SILAT ASAD Malaysia Alamat di Telok Pulai Klang
Gelanggang utama di Klang
Menjadi ahli gabungan Pesaka KL Setelah tamat perguruan beliau pulang ke Malaysia.

PENGENALAN ASAD MALAYSIA

Silat Asad merupakan aliran silat dari negara jiran kita Indonesia, yang bertempat di Jawa timur, Jakarta. Adapun nama Silat Asad di Indonesia adalah Perguruan Silat Nasional (PERSINAS) ASAD adalah suatu yayasan yang didirikan pada tanggal 30 April 1993. Maksud ASAD adalah AMAN, SELAMAT, AMPUH, DAMAI dan Adapun di dalam Bahasa arab bermaksud Singa. Khususnya ilmu seni bel

a diri pencak silat ini yang bersumber pada aliran Silat Cimande, Kunto, Cikaret, Singa Mogok, Nagan, Cikalong, Syahbandar, Garuda Mas, Sabeni, dan Tangkap Menangkap (TM). Guru utama di sana (Indonesia) adalah HJ Abu Amer merupakan sebagai sumber ilmu persilatan Asad. Adapun Silat Asad di Malaysia telah di bawakan oleh Cikgu Jamsari Amat Isman, yang mana beliau telah mempelajari ilmu seni bela diri ini selama 3 tahun di Indonesia pada tahun 1998. Ilmu silat ini telah disusun Kembali dalam Bahasa Malaysia (Melayu) supaya lebih mudah faham dan boleh dipelajari oleh murid-murid tempatan dan telah memulakan latihan dan mengajar silat bertempat di Klang, Selangor

Pada permulaan pengambangan silat asad di malaysia beliau lebih focus pada orang-orang dewasa untuk dijadikan jurulatih sehingga boleh menurunkan ilmu silat ini pada anak murid yang baru dan ingin belajar silat asad. Pada 06 april, 2016 silat ini mula didaftarkan di bawah pendaftaran ROS dengan nama permulaan PERTUBIHAN SENI PERTAHANAN DIRI SERUMPUN ASAD MALAYSIA dan pada 16 oktober, 2020 nama pertubuhan silat ini telah dipinda dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT ASAD MALAYSIA no. pendaftaran JPPM-PPM-023-10-06042016 yang beralamat di No. 31/1 Lorong Selamat, Sungai Udang, Telok Pulai Klang Selangor dan mempunyai gelanggang utama di Kampung Padang Jawa Klang Selangor. Asad Malaysia juga sudah menjadi ahli gabungan Pesaka Kuala Lumpur. Alhamdulillah, bermula tahun 1998 sehingga sekarang sudah 24 tahun silat asad bertapak di tanah melayu dan membuka gelanggang silat di peringkat negeri-negeri seperti di Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Perak dan Terengganu. Adapun pakaian silat rasmi adalah berwarna hijau yang melambangkan islam, ketengan jiwa, pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu. Demikianlah sedikit uraian mengenai asal usul Asad Malaysia. Kami mohon maaf sebesar-besarnya jika ada kesalahan tulis pada uraian singkat diatas.

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H βœ¨πŸŒ™Pertubuhan Seni Silat Asad Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepad...
27/05/2026

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H βœ¨πŸŒ™

Pertubuhan Seni Silat Asad Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh perguruan seni silat di Malaysia.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah, serta menyemai semangat pengorbanan dalam diri setiap insan.

πŸ„πŸŒΏ Pantun Aidiladha πŸŒΏπŸ„

Lembu dan kambing tanda syukur,
Dikorbankan kerana perintah Ilahi,
Silat seni warisan luhur,
Satukan jiwa, eratkan ukhuwah budi.

Ikhlas Daripada :
πŸ₯‹ Pertubuhan Seni Silat Asad Malaysia πŸ₯‹





🌟 SELAMAT HARI GURU 🌟Ikhlas daripadaPertubuhan Seni Silat Asad MalaysiaSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kas...
16/05/2026

🌟 SELAMAT HARI GURU 🌟

Ikhlas daripada
Pertubuhan Seni Silat Asad Malaysia

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh perguruan seni silat yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik anak bangsa serta mempertahankan warisan budaya dan seni silat tanah air.

Jasa dan pengorbanan para guru amat besar nilainya dalam melahirkan generasi yang berdisiplin, beradab dan berjiwa kental.

✨ β€œJasa guru tiada pengganti, ilmu silat warisan abadi.” ✨

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik pewaris bangsa.





Address

NO 31-1, Lorong Selamat, Sungai Udang, Telok Pulai
Klang
41250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SILAT ASAD Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SILAT ASAD Malaysia:

Shortcuts

Share

Category