01/08/2026
๐ข๐ฎ๐ด๐ช๐ต๐พ๐ท๐ฐ ๐ฃ๐ช๐ฑ๐ท๐ฒ๐ช๐ฑ
Seluruh warga Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Tuan Amri bin Ismail, S.M.S. atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.
Sepanjang menerajui Pejabat Daerah dan Tanah Klang, beliau sentiasa menjadi penyokong kuat kepada usaha-usaha KESDAT dalam memperkasa aktiviti kebajikan, sukan dan rekreasi. Sokongan, dorongan serta kepercayaan yang diberikan telah menjadi pemangkin kepada penganjuran pelbagai program yang berjaya mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan dan menyemai budaya kerja yang positif dalam kalangan warga PDT Klang.
Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan, bimbingan dan sokongan yang telah dicurahkan sepanjang bersama kami. Kenangan dan sumbangan YBrs. Tuan akan sentiasa dihargai dan dikenang oleh seluruh warga KESDAT.
Semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kejayaan dan kecemerlangan dalam menggalas amanah sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat.
Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang.