11/06/2026
Salam takziah.
π | Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa salah seorang kakitangan pengurusan Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB), Allahyarham Hamizul bin Ishak, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Allahyarham adalah salah seorang kakitangan pengurusan yang telah bertugas sejak awal penubuhan Terengganu FC serta terlibat sama dalam pelbagai urusan bola sepak melibatkan pasukan Terengganu, T-Team FC dan pelbagai kegiatan bola sepak di negeri Terengganu. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Allahyarham akan kekal menjadi kenangan buat keluarga dan peminat sukan bola sepak negeri Terengganu.
Seluruh keluarga Terengganu FC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
βΨ₯ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΩΩΩΩ°ΩΩ ΩΩΨ₯ΩΩΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩΩΩ
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali."