05/05/2026
DUNGUN JOHAN BOLA JARING JKN TERENGGANU
Khamis, 30/4/2026 | Pasukan Kesihatan Dungun menerpa sejarah baharu mencipta kejayaan yang luar biasa di Kejohanan Bola Jaring Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sempena Program Kecergasan Penjawat Awam Sihat tahun 2026.
Peringkat kump**an, Dungun dikalahkan awal kepada Kuala Terengganu dengan mata 4 berbalas 8. Dan Dungun menang melawan Kemaman, Besut dan Hulu Terengganu dengan mata 11 berbalas 5, 11 berbalas 3, dan 8 berbalas 0.
Dungun layak ke separuh akhir dengan melawan HSNZ selaku Johan tahun 2023 (seteru Dungun pada akhir 2023), dengan mata 15 berbalas 11.
Dungun kembali bertemu dengan lawan pertamanya pada peringkat kump**an iaitu Kuala Terengganu di pentas Akhir.
Dan Dungun berjaya membenam Kuala Terengganu dengan mata beza hanya 1 mata sahaja, iaitu 9 berbalas 8.
Alhamdulillah. Syukur. Dan Tahniah diucapkan kepada semua pemain Kesihatan Dungun yang diketuai oleh PT Noor Suhaini Che Awang, para urusetia, jurulatih, pemain-pemain, keluarga dan para penyokong setia Bola Jaring Dungun.
Untuk rekod pencapaian Kesihatan Dungun yang dikemaskini.
2026: Johan
2023: Naib Johan
Manakala, Kuala Terengganu Naib Johan, HSNZ dan Marang Tempat ke-3 bersama.
Dungun membawa p**ang Pingat Emas, Hamper dan Wang Tunai RM400.
Pemain Terbaik Kejohanan ini juga daripada Pemain Dungun, Nur Farha.