Laman Gaya Sihat

  • Home
  • Laman Gaya Sihat

Laman Gaya Sihat Dapatkan info kesihatan dan tips berguna untuk penjagaan kesihatan

Ramai yang dah cuba Javatis & berpuas hati✅ Bacaan gula turun✅ Tekanan darah stabil✅ Paras Kolesterol terkawalSelain ban...
25/08/2021

Ramai yang dah cuba Javatis & berpuas hati
✅ Bacaan gula turun
✅ Tekanan darah stabil
✅ Paras Kolesterol terkawal
Selain bantu kawal 3 penyakit ini, Jus Javatis juga berkesan bantu mengurangkan kesan-kesan seperti :
📌 Kebas-kebas
📌 Lenguh sendi
📌 Bengkak betis
📌 Kerap buang air
📌 Lemah tenaga batin
📌 Sakit belakang tengkuk
Jom cuba Jus Javatis sekarang dan rasakan kesan seawal 14 hari..! Kalau tak berkesan bagitahu kami..!
Tekan link biru dibawah untuk terus ke website JAVATIS
https://javatischannel.com/
https://javatischannel.com/

Tengah punggah parcel yang diorder. Cepat abangakak rebut sekarang sementara stok masih ada ni..!PROMOSI besar-besaran s...
25/08/2021

Tengah punggah parcel yang diorder. Cepat abangakak rebut sekarang sementara stok masih ada ni..!
PROMOSI besar-besaran sedang berlangsung di website
https://javatischannel.com/

Kebaikan Jus JAVATIS
- Paras gula terkawal seawal 14 hari
- Darah kembali lancar
- Tekanan darah stabil
- Elak Kolesterol tinggi
- Jantung sihat
ORDER HARI INI UNTUK REBUT :
- Hadiah menarik
- Diskaun sehingga 50%
- Penghantaran percuma
- Barang sampai baru bayar
* Order dulu, Javatis sampai depan rumah baru bayar..!

28/05/2021

Selain daripada kluster perayaan dan kluster rentas negeri, negara juga berdepan dengan kluster tempat kerja iaitu sejak gelombang dua dan awal gelombang ketiga lagi.

Sehingga 26 Mei 2021:
- jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif adalah 593 kluster;
- jumlah kluster tempat kerja yang masih aktif adalah 233 kluster (39 peratus daripada kluster yang masih aktif) melibatkan 16,785 kes aktif;

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa pada 12 Mei 2021, beberapa sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah. Arahan bekerja dari rumah telah dinaikkan semasa PKP 3.0 diperketatkan mulai 25 Mei 2021. Setakat ini, sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi.

Jika dibandingkan dengan sebelum pelaksanaan PKP 3.0, terdapat pengurangan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster:
- Pentadbiran awam
- Pembinaan
- Perkhidmatan

Namun begitu dapat diperhatikan terdapat p**a peningkatan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster Pembuatan (14 kluster dalam seminggu sebelum PKP 3.0, berbanding 21-25 dalam seminggu selepas PKP 3.0).

Oleh itu, KKM menyeru semua pekerja untuk mematuhi SOP di tempat kerja untuk mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja. Majikan juga perlu memainkan peranan penting mereka bagi memastikan segala SOP dipatuhi di tempat kerja.


27/05/2021

Jika kita melihat kepada PKP pertama dahulu, rakyat rata-rata bersemangat dan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi membendung penularan C-19 dan kita berjaya melandaikan keluk kes jangkitan.

Namun sejak September tahun lepas ditambah dengan kebenaran merentas negeri serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kes positif C-19 kian bertambah. Ini membuatkan rakyat mula letih dan berfikir bila pandemik ini akan berakhir.

Sekarang ini, ada mengikut SOP dan ada yang tidak. Mengapa? Ini adalah kerana 'kelesuan pandemik' yang menyebabkan masyarakat leka dan tidak berwaspada. Segala ceruk kampung ada jangkitan komuniti, siapa yang membawanya kalau bukan warga kota yang merentas negeri.

Sikap sesetengah pemimpin masyarakat, influencer berpengaruh yang bersikap acuh tidak acuh terhadap kelesuan yang dialami rakyat mengeruhkan lagi keadaan. Apa susah sangatkah untuk menunjukkan contoh yang baik? Takkan perkara basic seperti tatacara pemakaian facemask masih tidak lepas.

Lihat polis yang menjaga sempadan negeri pun sudah cukup kasihan. Berhujan berpanas dalam pondok kanvas menyaring satu demi satu, mendengar alasan demi alasan

Apakah yang tinggal untuk mengembalikan semangat masyarakat untuk kembali bersemangat melawan pandemik?

26/05/2021

"PULANG BERAYA PUNCA 90 KES POSITIF DI TERENGGANU" KATA PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU.

Sedih. Begitulah yang dilaporkan di TV3 sebentar tadi. Kisah terbongkar setelah kes meningkat mendadak di kalangan keluarga dan di satu-satu Lokaliti.

Di wasap p**a terdapat kisah-kisah sedih ibu dan ayah yang meninggal selepas menyambut Aidilfitri bersama anak-anak. Kasihan. 😭

Sedih dan risau. Apakah yang akan terjadi dalam beberapa hari akan datang?

25/05/2021

Bahan beracun mudah dimasukkan kedalam kopi kerana rasa kopi yang pahit mengebabkan anda tidak dapat mengesan rasa aneh dari bahan beracun

24/05/2021

Sudahlah berjaya merentas negeri atas pelbagai alasan, kemudian mereka berhimpun p**a beramai ramai semasa aidilfitri bersama sanak saudara di kampung🤦🏻‍♂️
Ini adalah antara jalan cerita perebakan kluster terkini di Malaysia. Cukup menyakitkan hati melihat kes sebegini masih berlaku disaat kes jangkitan berada di puncak.

Majoriti rakyat Malaysia memang patuh dengan larangan merentas negeri dan berkorban dengan tidak beraya di kampung. Hanya kerana nila setitik begini menyebabkan setempayan perlu menanggung kerosakan.

21/05/2021

Kebimbangan utama dalam situasi menghadapi pandemik adalah apabila sistem kesihatan tidak lagi mampu menanggung bebanan kes yang terlalu banyak.

Bebanan ini bukan sekadar diukur dari angka katil ICU yang ada, tetapi anggota yang diperlukan untuk menjaga pesakit serta bebanan yang berlaku di sektor kesihatan awam yang bagaikan menggila mengesan kontak rapat dan melakukan aktiviti kawalan penyakit.

20/05/2021

Warna gelang tidak mewakili status kes, ia bergantung kepada stock sedia ada disesebuah kawasan.

Yang penting, sesiapa yang dipakaikan gelang tidak boleh berada ditempat awam dan perlu menjalani kuarantin di rumah

18/05/2021

Kerepek pisang, kerepek bawang, kerepek ubi..nyumm2😋

Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia sewaktu musim perayaan Aidilfitri adalah KEREPEK yang mempunyai pelbagai jenis, rasa dan bentuk. Tidak salah untuk merasa sedikit, dinasihatkan agar anda semua berhati-hati dengan kuantiti yang dimakan kerana ambil sepiring kecil pun dah tinggi kalori nya!

Selain itu, anda boleh gantikannya dengan kekacang. Walaupun jika dilihat kacang badam mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan kerepek ubi pedas, namun nilai nutrisi yang terkandung di dalamnya adalah tidak sama.

⚠️Kebanyakan kerepek hanya mengandungi tepung, minyak, gula atau garam yang tinggi, manakala kekacang mempunyai vitamin dan mineral yang boleh membantu fungsi tubuh dengan lebih baik.

Jadi tunggu apa lagi, pilihan di tangan anda!🤓








17/05/2021

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Gaya Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Laman Gaya Sihat:

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share