D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT

  • Home
  • D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT

D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT D'Aora Fitness khas untuk LADIES ONLY, yang memfokuskan kepada penurunan berat badan dengan cepat & pantas tanpa supplemen. ♥️

Studio D'Aora Fitness Kuala Terengganu telah dilengkapi oleh peralatan khas untuk fitness.

Selamat Hari Lahir, Coach Dr Noyu Andrea!Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang berpanjang...
02/04/2026

Selamat Hari Lahir, Coach Dr Noyu Andrea!

Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kasih sayang daripada semua yang mengenali dan menyayangi Coach.

Terima kasih atas dedikasi, semangat, dan inspirasi yang sentiasa diberikan kepada seluruh warga D’Aora Fitness Kuala Terengganu. Coach bukan sahaja seorang yang berilmu, tetapi juga pembimbing yang sentiasa memberi motivasi dan kekuatan kepada kami untuk menjadi versi terbaik diri masing-masing.

Semoga setiap usaha Coach terus diberkati, setiap impian menjadi kenyataan, dan perjalanan hidup sentiasa dipermudahkan. Moga terus cemerlang dalam apa jua yang dilakukan dan terus memberi inspirasi kepada lebih ramai insan di luar sana.

Kami semua sangat menghargai dan berbangga mempunyai Coach yang hebat dan sentiasa ada untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal kami. Apa yang penting Coach sentiasa buat kami cantik dan memiliki keyakinan diri 💖

Selamat Hari Lahir Coach Dr Noyu Andrea

28/03/2026

Cuba bayangkan anda bawa ZIRAFAH pergi ke stesen minyak, lepas tu anda cuba sorokkan zirafah tu belakang pam minyak. 🦒⛽

Logik tak? Mestilah tak logik!

Leher dia masih menjulang panjang. Bayang dia besar. Nak pusing macam mana pun, orang sekeliling tetap nampak ada 'benda besar' yang tak kena kat situ.

TAPI... begitulah juga ibaratnya sikap kita dengan ISU KESIHATAN sendiri

Kita selalu cakap, "Ala, takde apa ni, angin je kot." Kita gelak, sambung kerja balik, minum Teh Ais Manis macam biasa, tidur tak cukup, stres memanjang, dan pinggang pun makin hari makin ke depan.

Kita buat-buat buta

Padahal, badan kita dah lama hantar 'Zirafah' (Petunjuk Awal) yang sangat jelas:

🚩 Cepat penat dan mengantuk siang hari.
🚩 Selalu haus dan kerap kencing malam (Awas tanda awal Diabetes!).
🚩 Kerap sakit kepala / tegang tengkuk (Awas Darah Tinggi!).
🚩 Emosi tak stabil & tidur tak lena.
🚩 Berat badan naik tanpa kawalan.

Masalah besar TAKKAN hilang hanya sebab kita tutup mata dan buat-buat tak nampak. Masalah tu (macam zirafah tadi) tetap ada kat situ dan makin merosakkan tubuh kita.

Kadang-kadang, langkah pertama untuk sihat bukanlah terus kena jadi sempurna pergi *gym* hari-hari. Langkah pertama adalah BERANI MENGAKU

"Ya, badan aku dah bagi isyarat. Aku kena pergi buat saringan kesihatan (Medical Check-up) sekarang."
Jangan tunggu sampai 'Zirafah' itu tumbang di tengah stesen minyak, baru semua orang nak panik panggil ambulans!

16/01/2026

DSlim Program Peak Season PS28….Training one is done…Congratulation semua. Top one 5.1 KG Suriati Yasin dlm HANYA 5 Hari 👍👍👍

Musim banjir tidak menghalang kami exercise. Alhamdulillah Allah lancarkan segala urusan ladies D'Aora Fitness Kuala Ter...
26/11/2025

Musim banjir tidak menghalang kami exercise. Alhamdulillah Allah lancarkan segala urusan ladies D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT untuk menjaga kesihatan diri. Niatnya adalah untuk menjaga kesihatan agar kita dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah dibumi Allah ini. Jumpa petang nanti macam biasa ya jamilahhhhhhh🥰

Musim hujan makin best exercise Kelas Harian D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT….peluh sama laju dengan hujan yang t...
25/11/2025

Musim hujan makin best exercise Kelas Harian D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT….peluh sama laju dengan hujan yang turun musim banjir ni. Jumpa petang ni ya jam 5.45 ptg muzik on🥰

Seronok dapat exercise sama2….bukan setakat lemak yang hilang….segala masalah juga turut melayang😘🥰
23/11/2025

Seronok dapat exercise sama2….bukan setakat lemak yang hilang….segala masalah juga turut melayang😘🥰

Done Stepbord petang ni 5 Block….Coach bagi happy2 dengan lagu jamilah, kopi dangdut, tatema….semua balik senyum🥰
19/11/2025

Done Stepbord petang ni 5 Block….Coach bagi happy2 dengan lagu jamilah, kopi dangdut, tatema….semua balik senyum🥰

Alhamdulillah….majlis silaturahim pautan hati ladies D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT selepas Sebulan setengah men...
15/11/2025

Alhamdulillah….majlis silaturahim pautan hati ladies D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT selepas Sebulan setengah mengikuti Program DSlim PS27. Tahniah semua dengan kejayaan menurunkan berat badan. Tahniahhhh

Penangan lagu Jamilah ni😅
13/11/2025

Penangan lagu Jamilah ni😅

Done exercise petang tadi….wahhhhh best sbb ada step lagu Jamilah….Jom la jamilah2 sekalian ya join kelas harian setiap ...
13/11/2025

Done exercise petang tadi….wahhhhh best sbb ada step lagu Jamilah….Jom la jamilah2 sekalian ya join kelas harian setiap hari jam 5.30-6.30 ptg ya. Khas untuk Jamilah2 sahaja tau…Jamil2 tak boleh ya😅

Address

Bangunan MBKT, Jalan Tok Lam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Aora Fitness Kuala Terengganu - DFKT:

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share