10/01/2026
Huraian 👇
jadi Kalimat ni... Nk menegaskan bahawa nilai manusia tidak diukur dari harta, kekayaan, atau apa yang dia miliki, tetapi dari adab dan akhlaknya.
Emas boleh dibeli, diwarisi, atau hilang;
tidak boleh dibeli, ia lahir dari pendidikan, iman, dan latihan jiwa.
Adab Lebih Mulia dari Emas?
Emas hanya bernilai di dunia, sedangkan adab bernilai di dunia dan akhirat.
Emas boleh membuat seseorang dihormati sementara, tetapi adab membuat seseorang dihormati walau tanpa harta.
Orang berharta tanpa adab ramai dibenci,
orang miskin tetapi beradab ramai dimuliakan.
Islam
Dalam Islam, akhlak adalah tempat keimanan. Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
(HR. Ahmad)
menunjukkan bahawa kemuliaan seseorang di sisi Allah bukan pada hartanya, tetapi pada takwa dan akhlaknya.
Pengaruh Adab dalam Kehidupan
Adab menjaga lisan, orang selamat dari perbalahan atau berpecahbelah
Adab terhadap guru & ulama, ilmu menjadi berkah.
Adab terhadap orang tua, hidup dipenuhi keberkahan.
Adab terhadap negara & masyarakat, tercipta keharmonian.
Sebaliknya, kekayaan tanpa adab:
Melahirkan kesombongan
Menimbulkan kezaliman
Menghancurkan diri dan orang lain
💰 tanpa adab ibarat pedang tajam di tangan orang gila.😐
Adab tanpa emas ibarat cahaya kecil yang menerangi banyak hati.
( Pesan)
Jika nk memilih:
Kaya tanpa adab, hina di mata manusia dan Allah
Miskin tetapi beradab, mulia di mata manusia dan Allah🥰
متيارا علماء