09/11/2021
LAPORAN AKTIVITI PENDAKIAN PINETREE
5-7 Nov 2011
Peserta 10 ahli cakar
Hj. J, GG, , Kak Mus, Abe Him, Nazli, Shuhaida, Regina, Hasmida, Hanisah dan Shah AAT. Tn Hj Omran dan anak Hj. J (Wafi) pun ikut.
Fariza pun ada di Fraser hill. Tapi tak ikut hiking sebab injured masa daki gunung Ledang blum pulih.
Manakala MdNor terpaksa menarik diri saat akhir atas faktor tak dpt dielakkan.
Kami juga diikuti oleh grup dr Kastam dan Shah Alam. Jumlah semua 34 org.
Malim gunung 5 org diketuai oleh Hj. Azam
Objektif - menawan 2 puncak gunung berkembar pinetree.
Acara bermula dari Pinetree trail dan berakhir di air terjun Jeriau.
Jam 8 pg bermula dr pinetree trail beakhir di air terjun Jeriau. Denai sedikit becak dan lincin kerana hujan hari sebelumnya.
Paling mencabar, bila kena panjat tali untuk ke puncak pertama. Take 5 di situ. Ada sesi bergambar kenangan. Kemudian teruskan pendakian ke puncak kembarnya. Keadaan denai lebih mencabar. Cukup becak dan lincin. Akhirnya sampai juga ke matlamatnya. Berehat, makan dan solat.
View cukup cantik. Boleh nampak puncak Semangkok. Terdapat juga batu sempadan Pahang dan Selangor.
Bergerak turun ke air terjun Jeriau.
Seperti biasa aku akan jadi sweeper. Aku disertai oleh Regina dengan bantuan 2 orang malim. Kami terpaksa berhenti seketika kerana ada kekeliruan berkenaan head count. Bila dah settled kami meneruskan perjalanan. Kemudian terdengar tiupan wisel .Setelah ditanya masalahnya, mereka menyatakan mereka sesat. Ketua malim, Hj. Azam meminta mereka tunggu di situ sebelum dia pergi rescue.
Dalam perjalanan kami terpaksa menyemberangi anak sungai menggunakan t**i balak. Fisikal t**i yang berlumut dan lincin. Kami memilih untuk menuruni tebing sungai. Semasa hendak menaiki tebing Regina berpaut pada seketul batu besar. Malangnya batu itu terbungkas dan bergolek turun ke arah kaki Regina. Nasib baik dia sempat menahan dengan pahanya. Aku dan 2 malim bergegas membantu dengan menahan batu tersebut. Selamat kaki Regina.
Kami mendapat arahan dari ketua malim agar berjalan berkumpulan . Regina yg berjalan agak kedepan terpaksa diminta slow sikit. Alasan nya biar kami saja yang tau.
Jam 6 ptg kami sampai di air terjun Jeriau setelah berhiking sejauh 12km. Tahap kepayahan 5/10.
Begitu lah serba sedikit cerita nya.
Hj Jalil. 8.11.2021