27/04/2025
Sejarah Warisan Seni Silat Bunga Pahar
Assalamualaikum Sahabat di luar sana,
Hari ini kami SSBPS ingin berkongsi tentang sejarah dan warisan Seni Silat Bunga Pahar.
Guru Utama Seni Silat Bunga Pahar Singapura adalah Guru Ahmad Mahmid.
Beliau pernah menitip ilmu di perguruan Tapak Suci Singapura pada tahun 1994 hingga 1997 dan juga menjadi jurulatih di perguruan Cekak Serantau pada tahun 1998 hingga 2006.
Kenapa Bunga Pahar?....Mana asal Bunga Pahar?...Di sini bermula kisah dan sejarah Seni Silat Bunga Pahar.......
Silat Bunga Pahar berasal daripada Tok Tandang yang asalnya dari Pahang dan berhijrah ke kampung kesang muar. Bapa kepada Guru Utama Ahmad bernama Mahmid Bin Tandang (1932-1992). Guru Ahmad Bin Mahmid lahir pada tahun 1961 di kampung Padang Terbakar.
Pada usia 5 tahun, Guru Ahmad mengintai bapa dan pak cik nya bersilat yang dilatih oleh abang sulong kepada bapa Guru Ahmad, iaitu Limat Bin Tandang yang menatap di Muar. Setiap kali jikalau Pak Long Limat datang, pasti ada latihan silat di waktu subuh. Di situlah tertanamnya minat pada gerakkan seni silat walaupun Guru Ahmad tahu bahawa latihan itu hanya untuk adik-beradik bapa nya.
Selepas beberapa tahun Pak Long Limat meninggal dunia, Guru Ahmad menitip ilmu silat bersama bapa dan juga pak cik nya yang lain. Waktu itu, Guru Ahmad hanya berusia 12 tahun.
Pada usia 15 tahun, Guru Ahmad pernah menitip ilmu Silat Gayong Pasak di balai rakyat Ubi di geylang serai. Ilmu itu hanya dititip untuk masa 5 bulan kerana diketahui oleh bapanya dan di suruh berhenti. Bapa nya tidak membenarkan Guru Ahmad untuk bersilat. Oleh kerana itu, Guru Ahmad harus berulang-alik ke kampung untuk menitip ilmu silat bersama pak cik nya.
Pada Jun 2024, Guru Ahmad dan juga anak murid nya yang kini telah dilantik menjadi Guru Muda membuka gelanggang pertama beliau di MPH 467 Fernvale Link, Singapura. Waktu itu beliau menggunakan nama yang berbeza.
Pada Januari 2025, gelanggang Seni Silat Bunga Pahar Singapura secara rasmi terbina dengan satu nada dan terbina nya satu pentadbiran yang penuh innovatif yang berfungsi untuk membangunkan Seni Silat Bunga Pahar dan meneruskan warisan keluarga nya. Dan juga tidak terlupa kepada para pesilat dan juga waris mereka yang memberikan sokongan yang teramat tinggi.
Pentadbiran SSBPS terdiri daripada:-
Guru Utama, Ahmad Mahmid.
Setiausaha dan Admin, Aniz
Penolong Pengurus, Faizah
Guru Kanan, Iskandar Zulkarnain
Guru Muda, Ashaari dan Ismande
Penyalaras dan Jurulatih, Najib.
Bendahari (Treasurer) dan Jurulatih, Faezah
Penyelaras Media dan Jurulatih, Ayiz
Logistik, Salina
Penolong Pentadbiran, Qisya dan Salleh
Dari situ lah Guru Ahmad dapat menyambung warisan Seni Silat Bunga Pahar yang terlahir dari keluarga nya sendiri.
Dan Itulah sejarah dan asal nya Seni Silat Bunga Pahar yang kini bertapak di Singapura untuk menyambung warisan dari keturunan Guru Ahmad.
Kami dari pihak SSBPS cukup berbesar hati kerana dapat menitip ilmu dari keturunan Seni Silat Bunga Pahar.
Sekian terima kasih