18/08/2026
Ucapan Takziah Buat Bekas Pemain Kebangsaan Singapura
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dukacita dimaklumkan bahawa Haji Rusli Bin Haji Tanjong, bekas pemain Kebangsaan Singapura pada era 1980-an, telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Ogos 2026, jam 7.53 malam.
Allahyarham merupakan seorang pemain yang sangat merendah diri, berjiwa besar serta penuh semangat ketika berada di gelanggang. Beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai disiplin dan semangat latihan yang tinggi, tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar kecemerlangan dalam sukan sepak takraw.
Selain sebagai bekas pemain Kebangsaan Singapura, Allahyarham juga merupakan bekas pegawai SCDF dan pernah mewakili pasukan Bomba dalam liga sepak takraw tempatan.
Kami daripada warga sepak takraw Singapura ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga segala amal ibadah dan jasa beliau diterima Allah SWT, segala dosa diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di Jannatul Firdaus.
Al-Fatihah. 🤲
Jenazah akan dibawa ke:
Blk 294A Compassvale Crescent
#06-23, Singapore 541294
Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Takziah buat keluarga Haji Rusli Bin Haji Tanjong.
Jasa dan bakti Allahyarham dalam arena sepak takraw akan sentiasa dikenang.