05/02/2026
Salam Takziak
ASSALAMUALAIKUM WBT
Di hari yang baik, di bulan Syaaban penuh keberkatan ini, kami keluarga besar Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, menerima perkhabaran duka atas kembalinya Paduka Guru Dr. Haji Ahmad Tajuddin bin Mansor, Guru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia ke Rahmatullah
Salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga Almarhum, semoga tabah dan redha di atas ujian ini.
Marilah sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah serta beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah kami menjadi saksi bahawa hambamu ini telah meninggalkan kami dengan segala perbuatan yang baik dan ilmu yang bermanfaat semasa hayatnya di atas muka bumi-Mu ini. Terimalah segala amal bakti dan kebaikkannya. Amin Ya Rabbal A'lamin
DATUK WIRA HJ MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN, MAHAGURU MUDA PSSLM
GURU-GURU MUDA, KEMPIMPINAN, JURULATIH DAN AHLI2 PSSLM.