Setarians Cricket Official

Setarians Cricket Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Setarians Cricket Official, Sports Team, SK Kampong Setar, Yan.

KEJOHANAN KRIKET ADIWIRA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
06/11/2024

KEJOHANAN KRIKET ADIWIRA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024

Check BUKU PROGRAM KRIKET AD from MUHAMMAD ISLAKH BIN ABDUL KADIR KPM-Guru here. Like BUKU PROGRAM KRIKET AD? Just add BUKU PROGRAM KRIKET AD of MUHAMMAD ISLAKH BIN ABDUL KADIR KPM-Guru to My Favorites. Embed BUKU PROGRAM KRIKET AD to websites for free. Check all flipbooks from MUHAMMAD ISLAKH BIN A...

14/10/2024

SETARIANS CRICKET BOLEH! BOLEH! BOLEH!

Setarians Cricket melangkah gagah
Walau dilambung ombak dan badai
Setarians Cricket pantang menyerah
Cita dijunjung harapan dicapai

Kami kecil tapi kami tidak gentar
Walaupun gergasi perlu kami hadap
Maju terus Setarians Cricket
Setarians Cricket Boleh! Boleh! Boleh!

Ketika jatuh kami bangkit semula
Jauh sekali berputus asa
Walau kami jauh di desa
Kami tetap berbisa

P/s: Kasi Up sket🤭

Jom turun😁
27/06/2024

Jom turun😁

Assalamualaikum wbtTerima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Safian Ishak,Tuan PK Koko, Cikgu Wan Mohd H...
22/06/2024

Assalamualaikum wbt

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Safian Ishak,Tuan PK Koko, Cikgu Wan Mohd Hairi dan Tuan PK Hem, Cikgu Samsudin Hashim kerana sangat banyak membantu memudahkan aspek pengurusan Lawatan Perlawanan Persahabatan di SK Long Jaafar ini dan sentiasa memberikan sokongan penuh atas apa jua program melibatkan Setarians CC. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada barisan guru2 (Cikgu Afif, Ustaz Yassir, Cikgu Zainudi, Ustaz Irsyad) yang sanggup menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga semata2 untuk mengiringi Setarians CC ke Taiping. Terima kasih juga diucapkan kepada waris yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepada anak2 Setarians CC.

Setarians CC bertuah kerana berpeluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan salah satu Pasukan yang sangat kuat dan berpengalaman…Perlawanan Persahabatan kali ini bukan lah untuk mencari siapakah pemenang…ianya lebih bertujuan untuk mengukur setakat mana progress sebenar Pasukan SCC lelaki setakat hari ini selain memberikan pengalaman untuk membuka mata anak2 SCC dalam proses mematangkan mereka…alhamdulillah, setelah 3 kali pusingan perlawanan dengan mereka, di setiap game, Pasukan kita mempamerkan prestasi yang semakin baik..

Berbaki masa lebih kurang 2 minggu yang tinggal ini sebelum kejohanan sebenar perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh Setarians untuk memperbaiki kemahiran terutamanya aspek batting (memukul), fielding (memadang) dan juga catching (tangkapan) supaya lebih kemas dan mantap…selain itu, players juga perlu bersiap sedia secara mental dan tidak mudah melatah sekiranya wujud provokasi dari pihak lawan…dan yang terakhir, players juga perlu memperbaiki kemahiran komunikasi dan disiplin yang tinggi semasa berada di dalam permainan dan sentiasa mempamerkan semangat berpasukan yang jitu…

Akhir kata, semoga anak2 Setarians CC dapat buat yang terbaik untuk Kejohanan Kriket MSSD KMY 2024 yang akan berlangsung pada *3-6 Julai 2024*.

Kita akan lawan sehabis baik💪💪💪💪

4/6/2024 (Selasa)ROAD TO MSSD KMYLatihan diteruskan lagi setelah seminggu berehat…masa yang tinggal dah tak lama…banyak ...
04/06/2024

4/6/2024 (Selasa)

ROAD TO MSSD KMY

Latihan diteruskan lagi setelah seminggu berehat…masa yang tinggal dah tak lama…banyak lagi yang perlu diperbaiki

11/5/2024 (Sabtu)PERLAWANAN PERSAHABATAN DI ANTARA SK KAMPONG SETAR VS SK IBRAHIMSetinggi-tinggi terima kasih diucapkan ...
11/05/2024

11/5/2024 (Sabtu)

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI ANTARA SK KAMPONG SETAR VS SK IBRAHIM

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada SK Ibrahim atas kesudian untuk mempelawa kami untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan di antara pasukan kriket SK Kampong Setar vs SK Ibrahim…alhamdulillah, banyak yang kami pelajari hasil daripada perlawanan persahabatan pada hari ini…insyaallah, Pasukan setahun jagung kami ini akan terus berusaha lebih baik lagi selepas ini untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan kami…terima kasih juga diucapkan atas kemurahan hati Pasukan SK Ibrahim menyediakan makanan tengahari untuk kami yang datang dari jauh ini dan juga menanggung kos pengadilan dan pencatat skor…semoga Allah membalas budi baik ini dengan berlipat kali ganda…akhir kata, sehingga bertemu lagi di dalam kejohanan yang seterusnya😊

9/5/2024 (Khamis)Sesi latihan Setarians Cricket Club
09/05/2024

9/5/2024 (Khamis)

Sesi latihan Setarians Cricket Club

Kriket 10 Overs Mini Game Sempena Hari Pekerja…Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua yang bekerja…
01/05/2024

Kriket 10 Overs Mini Game Sempena Hari Pekerja…Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua yang bekerja…

Address

SK Kampong Setar
Yan
06900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Setarians Cricket Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category