Karan Anglers

Karan Anglers nelayan group..

Menduga perairan Laut China Selatan..Trip 4ari 3mlm cakerawala 2023..Ahli Karan Anglers bersama otai2 yg berpengalaman.....
19/05/2023

Menduga perairan Laut China Selatan..Trip 4ari 3mlm cakerawala 2023..Ahli Karan Anglers bersama otai2 yg berpengalaman..

Ahli trip 9 org iaitu:-
1. Fuad
2. Abg sham @ pak da
3. Abg non
4. Abg Halim
5. Ah peng
6. Paksu
7.Abg rafi
8. Pak omar
9. Pak syed

Bergerak dari jeti pukul 11.00am selepas semua barang dinaikkn.. Spot yg pertama kami tuju adalah unjam mencari umpan 🐟 hidup selepas 6jam perjalanan dari jeti.. Disini spesis pelagit diburu adalah anak2 ikan sardin dgn menggunakan teknik apollo bersaiz 10,11 & 12..

Seterusnya spot kedua adalah kapal karam.. kami menggunakan teknik bottom brumpankan ikan hidup utk memburu jenahak,jemuduk,kaci & merah..umpan dilabuhkn dan saya memecahkn kebuntuan dengan mendaratkn jemuduk pertama..Seterusnya giliran abg non mendaratkn species jenahak pertama dan diikuti oleh paksu & abg halim dgn jemuduk..tidak ketinggalan species otek juga gemar meragut umpan sebaik sahaja diturunkn..Semalamam dispot ini banyak juga species yg berjaya didaratkan..

Tepat pukul 9.00am abg halim brjaya menaikkn satu2nya species ikan buruan dipantai timur ini iaitu Ebek yg agak besar..Anggaran lebih kurang 4–5kgKami bergerak kespot seterusnya iaitu oil rih cakerawala..Anggaran perjalanan mengambil masa kira2 5 jam dari situ..Tekong Nilam Puspa beritahu kita akan sggh dilopak2 utk pancingan drifting..byk juga species ikan yg brjaya didaratkn..sesampainya disana spot oil rig cakerawala..

Ari ketiga kami diasak oleh species jenahak,jemuduk,kerapu dan Alu2 berdekatan dgn pelantar minyak..Mlm terakhir lebih kurang pukul 12am kami bergerak utk pulang ke jeti 🚒..perjalanan dari spot trakhir nie mengambil masa 8jam..brakhirlh trip 4ari 3mlm kami dgn hasil yg amat memuaskn..

Panjang citer nie..kita jumpa lagi di next trip..Pancing yukkk!!..



19/06/2022

Trip Memancing Tukun Kapal Jepun 18-19.06.22

Trip memancing terbaru ke Tukun Kapal Jepun di perairan sekitar Penang.. Terletak lebih kurang 13batu nautika dari jeti Juru, Penang.. Kos bot sahaja rm1.1k utk 5 orang..

Trip 2 hari 1 malam, bertolak pukul 5.30ptg dari jeti dan pulang semula keesokan tengaharinya.. Hasil utama ikan 'bantal emas' @ jenahak pada sesi malam dan gerut2 pada sesi pagi.. Nasib agak kurang baik disebabkan terpaksa berhadapan dengan hujan & laut begelora pada sesi malam yg sedikit membantutkan kerancakan pesta jenahak..

Tekong Cikgu Momet memang terbaik.. Xlokek dengan ilmu, ramah & sentiasa 'position' bot pada posisi ter'cun' dalam usaha dapatkan hasil pancingan yang lebih baik.. 1st jumpa tekong yg xmau balik, tp kami yg ajak balik sebab ada hal.. πŸ˜‚πŸ˜‚.. Dinner kami tapau makanan sendiri, lunch esoknya tekong masak kari power punya.. Recommended tekong, boleh usha link fb tekong πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌutk tempahan trip memancing..

https://www.facebook.com/momet.man

Assalamualaikum w.b.t.Mendapat perkhabaran seorang ahli   iaitu Abg Azli (berbaju oren) telah kembali kerahmatullah peta...
10/03/2022

Assalamualaikum w.b.t.

Mendapat perkhabaran seorang ahli iaitu Abg Azli (berbaju oren) telah kembali kerahmatullah petang nie..

Sama2 la kita sedekahkan alfatihah..semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambanya yg soleh..

Amin ya rabbalalamin..

Address

Tumpat Kelantan
Tumpat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karan Anglers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category