25/08/2026
Tarikh: 24 Ogos 2026 ( isnin )
Masa: 4.30 petang
Tempat: Padang Tamparuli
Telah diadakan aktiviti riadah petang yang santai di Padang Tamparuli bersama RRB Veteran Super King dan WRRB. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan silaturahim, membina semangat persahabatan serta menggalakkan penglibatan pemain wanita dalam aktiviti sukan.
Pengerusi WRRB, Pn. Rusmina, mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada para pemain bola sepak wanita yang hadir pada petang tersebut.
Suasana riadah berlangsung dengan santai, meriah dan penuh gelak tawa.
Pn. Rusmina berharap agar lebih ramai pemain wanita dapat hadir dalam perlawanan atau aktiviti WRRB yang akan datang, di samping menggalakkan mereka untuk menyertai dan menjadi ahli WRRB.
Melalui perbincangan Ajk Wrrb pada mesyuarat Ajk yang lalu
telah mencadangkan mengadakan anjuran perlawanan bola sepak wanita / futsal pada masa akan datang sebagai salah satu usaha menggalakkan lebih ramai wanita menyertai aktiviti sukan serta mengeratkan lagi hubungan sesama pemain.
Secara keseluruhannya, aktiviti riadah petang ini berjalan dengan baik dan berjaya mewujudkan suasana yang mesra serta mengeratkan hubungan antara RRB Veteran Super King dan WRRB.
βBersukan, Bersahabat, Bersilaturahim.β
_ays_