USI FC

Call Directions Contact the business

USI FC Program Latihan Bola sepak berumur 6 hingga 12 tahun, Seri Iskandar Perak Under age Soccer Clinic For Youth Development

TOURNAMENT MEGA EMPIRE KSL KLANG 2026 | 27 SEPTEMBER 2026 JOHAN KATEGORI B12 CUPPENJARING TERBANYAK⚽️Muhammad Qhalish Da...
28/09/2026

TOURNAMENT MEGA EMPIRE
KSL KLANG 2026 | 27 SEPTEMBER 2026

JOHAN KATEGORI B12 CUP

PENJARING TERBANYAK⚽️
Muhammad Qhalish Dayyan🌟

PENJAGA GOL TERBAIK🧀
Arib Aydin Mohd Azzaruddin

PEMAIN TERBAIKπŸƒ
Muhammad Hasif Amsyar

TAHNIAH ❗️
Terima kasih kepada pemain-pemain, coach mso, parents yang telah memberi sokongan dan komitmen padu sepanjang kejohanan ini berlangsung.🫑

kredit to photographer: Tuan FazliπŸ“½οΈ

TOURNAMENT MEGA EMPIRE KSL KLANG 2026 | 27 SEPTEMBER 2026 JOHAN KATEGORI B10 PLATEPENJARING TERBANYAK⚽️⚽️Muhammad Yusof ...
28/09/2026

TOURNAMENT MEGA EMPIRE
KSL KLANG 2026 | 27 SEPTEMBER 2026

JOHAN KATEGORI B10 PLATE

PENJARING TERBANYAK⚽️⚽️
Muhammad Yusof Al Fateh🌟

TAHNIAH ❗️
Terima kasih kepada pemain-pemain, coach DO, parents yang telah memberi sokongan dan komitmen padu sepanjang kejohanan ini berlangsung.🫑

UTP Football Clinic organised by UTP Spartan FC 26 September 2026Terima kasih tuan/puan diatas sokongan berterusan progr...
26/09/2026

UTP Football Clinic organised by UTP Spartan FC
26 September 2026

Terima kasih tuan/puan diatas sokongan berterusan program bola sepak komuniti Seri Iskandar yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar UTP (Spartan FC) bersama anak-anak USI FC. Terima kasih juga kepada coaches USI FC yang membantu melatih sepanjang program ini.

Mereka juga telah diberikan makan, minum, medal, sijil, anugerah khas dan hamper. Kesedaran dan taklimat kondisi fizikal, permakanan dan kecederaan telah disampaikan oleh coach mso.

Kami percaya anak-anak USI FC berpuas hati dengan program yang dijalankan tadi.

⚽ JOM SERTAI USI FCPEMBANGUNAN BAKAT BOLA SEPAK USIA 6–12 TAHUNAnak minat bola sepak? Jangan biarkan minat itu berlalu b...
19/09/2026

⚽ JOM SERTAI USI FC

PEMBANGUNAN BAKAT BOLA SEPAK USIA 6–12 TAHUN

Anak minat bola sepak? Jangan biarkan minat itu berlalu begitu sahaja.

Di USI FC, kami percaya setiap anak mempunyai potensi untuk berkembang apabila diberikan latihan yang betul, bimbingan yang konsisten dan persekitaran yang positif.

Kami membuka peluang kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun untuk menyertai program pembangunan bola sepak USI FC.

Bukan sekadar belajar bermain bola sepak, anak-anak akan dibimbing untuk membina:

⚽ Kemahiran Teknikal
Menguasai asas kawalan bola, hantaran, dribbling, shooting dan pelbagai kemahiran permainan.

🎯 Pemahaman Taktikal
Belajar memahami permainan, membuat keputusan dan bermain sebagai sebuah pasukan.

πŸ’ͺ Kecergasan & Disiplin
Membina kecergasan fizikal, disiplin latihan dan sikap bertanggungjawab.

🀝 Keyakinan & Kerja Berpasukan
Belajar berkomunikasi, bekerjasama dan menghormati rakan serta lawan.

πŸ† Pengalaman Pertandingan
Mendapat pengalaman melalui penyertaan dalam kejohanan dan program bola sepak yang sesuai dengan tahap umur.

πŸš€ Laluan Perkembangan Pemain
Pemain yang menunjukkan potensi, komitmen dan disiplin boleh diberikan peluang untuk berkembang ke pasukan kompetitif dan Elite USI FC.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSalam sejahtera.PERTEMUAN PENYELARASAN PENGANJURAN PIALA PEGAWAI DAERAH PERAK ...
15/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera.

PERTEMUAN PENYELARASAN PENGANJURAN PIALA PEGAWAI DAERAH PERAK TENGAH

Satu pertemuan penyelarasan penganjuran Piala Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Mohd Zaki Abdul Rahman telah diadakan pada 15 September 2026, 2.30petang, di Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Seri Iskandar, bersama Pn. Latifah, Setiausaha Kejohanan Piala DO dan Penghulu Tn. Samsul Anuar.

Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan persiapan dan susun atur kerja bagi kejohanan yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2026 di Padang MDPT Seri Iskandar, melibatkan kategori umur B8 dan B10.

Diharapkan kerjasama USI FC bersama agensi kerajaan tempatan ini dapat diperkukuhkan serta memastikan kejohanan berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik.

Terima kasih.
mso
HC

LAPORAN KEJOHANAN FOOTBALL FIESTA JUNIOR PUJAAN KATEGORI U8/10/12 12 & 13 SEPT 2026ILD SG GALAHAlhamdulillah, USI FC sek...
15/09/2026

LAPORAN KEJOHANAN FOOTBALL FIESTA JUNIOR PUJAAN KATEGORI U8/10/12 12 & 13 SEPT 2026
ILD SG GALAH

Alhamdulillah, USI FC sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan dalam beberapa kejohanan yang disertai:

πŸ† U8 – Juara Plate | Jr Pujaan Football Fiesta
πŸ₯‰ U10 A – Tempat Ketiga Plate | Jr Pujaan Football Fiesta
πŸ† U10 B – Juara Plate | Jr Pujaan Football Fiesta
πŸ₯‰U12 – Tempat Ketiga

Tahniah kepada para pemain atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Penghargaan juga kepada barisan coaches atas dedikasi serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu, termasuk meluangkan masa dan memastikan keperluan anak-anak sepanjang kejohanan.

Terima kasih kerana terus mempercayai dan meminjamkan bakat anak-anak kepada USI FC. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama.

Tahniah semua🫑🫑

KEJOHANAN TUNAS 7 SEBELAH B12 TAHUNUSI FC B12 NAIB JOHANAlhamdulillah, USI FC sekali lagi mencatatkan pencapaian membang...
14/09/2026

KEJOHANAN TUNAS 7 SEBELAH B12 TAHUN
USI FC B12 NAIB JOHAN

Alhamdulillah, USI FC sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan dalam beberapa kejohanan yang disertai:

πŸ₯ˆ U12 – Naib Johan Kejohanan Kampar | Wang Tunai RM800

Tahniah kepada para pemain atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Penghargaan juga kepada barisan coaches atas dedikasi serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu, termasuk meluangkan masa dan memastikan keperluan anak-anak sepanjang kejohanan.

Terima kasih kerana terus mempercayai dan meminjamkan bakat anak-anak kepada USI FC. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama.

Tahniah semua❗️

PIALA MERDEKA BAWAH 12 TAHUN 2026 | 6 SEP 2026 | PADAN CLIFFORD KUALA KANGSARAlhamdulillah, USI FC berjaya muncul sebaga...
06/09/2026

PIALA MERDEKA BAWAH 12 TAHUN 2026 | 6 SEP 2026 | PADAN CLIFFORD KUALA KANGSAR

Alhamdulillah, USI FC berjaya muncul sebagai Naib Juara Piala Merdeka Bawah 12 Tahun 2026 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. πŸ†πŸ₯ˆ

Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang dan komitmen sehingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Tahniah β€˜Ariq Akif Bin Mohd Aznizam

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa atas sokongan dan pengorbanan yang tidak putus-putus sehingga ke penghujung kejohanan.

kredit photographer aznizam azhar

PIALA PENGARAH JPJ PERAK U12 | 5 SEP 2016 | JPJ TAIPINGTahniah kepada USI FC B12 atas penyertaan dalam Kejohanan Piala P...
06/09/2026

PIALA PENGARAH JPJ PERAK U12 | 5 SEP 2016 | JPJ TAIPING

Tahniah kepada USI FC B12 atas penyertaan dalam Kejohanan Piala Pengarah JPJ Perak U12. Syabas kepada semua pemain atas semangat dan komitmen yang diberikan.

Terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang sentiasa menjadi kekuatan pasukan.

kredit photographer: Aznizam Azhar

SalamPihak pengurusan USI FC telah membuat permohonan maaf kepada keluarga pemain iaitu Faris dan Pengurus Kelab Bola se...
02/09/2026

Salam

Pihak pengurusan USI FC telah membuat permohonan maaf kepada keluarga pemain iaitu Faris dan Pengurus Kelab Bola sepak Panglima FC akibat sedikit kecederaan luka yang tidak disengajakan terempuh semasa pertembungan perlawanan peringkat separuh akhir diantara USI FC menentang pasukan Panglima FC pada kejohanan Bawah 13 tahun Carnival of Champions Bintang Juara FC di Tapah pada 31 Ogos 2026.

Kami mendoakan agar adik Faris cepat sembuh dan diberikan kekuatan semula untuk beraksi diperlawanan seterusnya. aamin

p/s : Terima kasih kepada pihak organizer BJFC yang menyediakan rawatan kecemasan yang pantas.

Address

Bandar Seri Iskandar
Tronoh
31750

Opening Hours

Saturday 08:30 - 10:00
Sunday 17:15 - 10:00

Telephone

+60194109440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USI FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to USI FC:

Shortcuts

Share