Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Tenom

Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Tenom The True Malay Martial Art

30/05/2026

carilah CEKAK dalam SECEKAK, tak perlu jauh-jauh...dekat saja

30/05/2026
Kaedah A dalam pertahanan dan bela diri Silat Cekak sering dikaitkan dengan ilham daripada gerakan doaApabila seorang ha...
30/05/2026

Kaedah A dalam pertahanan dan bela diri Silat Cekak sering dikaitkan dengan ilham daripada gerakan doa

Apabila seorang hamba berdoa, kedua-dua tangannya diangkat sebagai tanda pengharapan, kehambaan dan pergantungan kepada Allah.

Dia tidak mengangkat tangan untuk menunjukkan kekuatan.

Dia mengangkat tangan kerana menyedari kelemahan dirinya.

Di situlah tersimpan satu rahsia yang halus.

Kaedah A bukan sekadar satu bentuk gerakan mempertahankan diri.

Tetapi seolah-olah mengingatkan bahawa kekuatan sebenar seorang insan bermula apabila dia mengenal kelemahan dirinya di hadapan Allah.

Dalam doa ada tawaduk.

Dalam doa ada penyerahan.

Dalam doa ada keyakinan.

Dan dalam Kaedah A, tangan yang terangkat bukan lambang keangkuhan, tetapi lambang kesiapsiagaan yang terkawal.

Tidak menyerang membuta tuli.

Tidak bertindak kerana marah.

Tetapi bersedia menghadapi apa yang datang.

Dari sudut hakikat, seorang pesilat berdiri dengan Kaedah A seolah-olah sedang menghayati satu pelajaran kehidupan:

Bahawa manusia tidak mampu mengawal semua perkara.

Tetapi manusia mampu bersedia.

Manusia tidak mampu menentukan takdir.

Tetapi manusia mampu berusaha.

Manusia tidak mampu menjamin kemenangan.

Tetapi manusia mampu bertawakal.

Maka di antara doa dan Kaedah A terdapat satu persamaan yang sangat indah.

Kedua-duanya bermula dengan mengangkat tangan.

Yang satu mengangkat tangan memohon perlindungan Allah.

Yang satu lagi mengangkat tangan sebagai persediaan menghadapi ancaman.

Namun hakikatnya kedua-duanya mengajar perkara yang sama:

**"Usaha dengan tubuh, bergantung dengan hati kepada Allah."**

Kerana setinggi mana ilmu bela diri,
setajam mana gerak,
secepat mana tindak balas,

akhirnya seorang pesilat tetap seorang hamba.

Dan seorang hamba yang mengenal hakikat tidak bergantung kepada tangannya.

Tetapi bergantung kepada Tuhan yang menciptakan tangannya.

Itulah sebabnya Kaedah A bukan sekadar kaedah pertahanan.

Tetapi boleh menjadi peringatan bahawa di sebalik setiap usaha manusia, tetap ada doa, tawakal dan pergantungan kepada Allah.

PENAFIAN: Hubungan Kaedah A dengan gerakan doa ini lebih kepada kupasan falsafah, simbolik dan penghayatan yang sering dibincangkan dalam kalangan ahli perguruan. Ia bukan dalil agama atau nas syarak yang khusus, tetapi satu cara memahami makna yang tersirat di sebalik gerak dan pendirian dalam Silat Cekak.

Diperingkat akhir, ahli akan mempelajari Buah, elak kena, tepis makan...tapi apakah yang kita faham dalam erti kata sebe...
30/05/2026

Diperingkat akhir, ahli akan mempelajari Buah, elak kena, tepis makan...tapi apakah yang kita faham dalam erti kata sebenarnya. Acapkalai kita memandang hanya teknik dalam persilatan, maka bersungguh-sungguhlah mengasah teknik buah serang...maka bantak guling , punching bag apa sahaja medium diguna pakai untuk dijadikan sebagai mangsa buah serang. Maka setelah sasaran mengenai dengan teknik yang betul maka Jurulatih tadi bertambahlah yakin teramat sangat bahawa buah serang dia akan mengenai sasaran pada pelatih yang bakal mengambilnya.

Keesokan harinya dengan bangga dan yakin lalu dipanggillah sorang demi sorang. Lalu beliau menghayun tumbukan jantan ke arah sasaran namun sebelum itu dipesan jangan elak, jangan undur, jangan lompat, jangan tunduk. Pelatih yang blur dengan muka yang kelihatan takut sedikit akur dengan kata jurulatih. Maka jurulatih tadi berkata kalau sedia angguk. Pelatih menarik nafas berkali-kali, sambil melepaskan dengan dengusan nafas yang berat. Dan mula mengangguk.Apabila sahaja jurulatih nampak pelatih mengangguk maka sepantas kilat jurulatih pun melakukan teknik yang telah dipelajarinya semalamam. Dengan teknik membaca gerak...lalu tumbukan deras dilepaskan seperti melepaskan tumbukan di bantal guling....akan tetapi...sasarannya kali ini bukan bantal guling. Dia lupa sasarannya adalah sama sepertinya...Dia lupa, dia tak sedar...

Pelatih tadi terpinga-pinga kehairanan apa yang telah berlaku. Tumbukan belum sampai dah terjatuh. Pelatih bertanya kepada jurulatih "Are u Ok", maafkan saya. Jurulatih bangun sambil menepis menepis bajunya, membetulkan bengkungnya...seraya berkata "takpa takpa, lantai licin tadi, kita ulang semula"... Jurulatih yang pada mulanya nampak yakin bergaya kini berasa sebal dibahagian muka kerana tersembam di lantai. Namun kesakitan tersembam di lantai tidaklah menyakitkan lantaran tebal yang memalukan. Dalam hatinya berkata "kenapa macam ini, aku dah buat yang terbaik, semalam jadi hari ini tak jadi...adeh...malu, malu...". Jurulatih mula berasa tak yakin, dan hampa kecewa sekali kerana apa yang dirancang tak jadi. Lalu dia memberi isyarat, untuk membuat kali kedua. Kali ini dia cukup berhati-hati tidak mau berulang kembali peristiwa memalukan. Dia memberi pesanan sekali lagi cuma kali ini ditambahnya,,,jangan gelek. Pelatih yang bakal menerima buah tersebut angguk dan akur dan setiasa menghormati jurulatihnya. Jurulatih dan pelatih berdepan sesama mereka. "Angguk jika telah bersedia", ujar jurulatih tadi. "Baik" kata si pelatih. Kali ini pelatih tidak lagi panik seperti pada mulanya, dia pun mengangguk. Bila sahaja Jurulatih nampak anggunkan dari si pelatih maka dia pun melepaskan serangan yang paling payah dielak dan ditepis mengikut perkiraannya. Beberapa saat saja pemberian buah pun selesai. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang berlaku. Namun jelas sesekali wajah Jurulatih tadi kesal manakala wajah si pelatih tadi macam tidak ada apa-apa berlaku. Maka Jurulatih tadi memanggillah semua yang telah menerima buah tadi. Lalu diberi penerangan.

Jurulatih tadi berkata "Tumbukan tadi hanyalah pembelajaran, saya tidak melepaskannya sepenuh hati sebab nanti korang meninggal. Buah ini amatlah bahaya, ada sesiapa nak lagi rasa macam tak berpuas hati dengannya" dengan wajah yang garang melihat satu satu pelatih yang tadi namun dengan harapan janganlah ada yang mau lagi saya risau saya tak boleh control...kejap saya nak gelak...ha ha ha ha ha ha.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata bukannya kisah benar. Ini hanya pengajaran kepada mereka yang bergelar jurulatih. Ingat menjadi jurulatih itu adalah amanah untuk kita mengembangkan silat ini bukan bermakna pakar, hebat dalam persilatan. Namun sebagai jurulatih kenalah pakar dari semua aspek persilatan dan pentadbiran untuk melancarkan perjalanan pengembangan persilatan. Jangan aad jurulatih yang bila nak bagi buah tengok handphone tengok senarai buah. Malu nak bertanya dengan penyelia. kenapa ini berlaku, sebab dia sendiri jarang berlatih. Kekadang buat buah pun tak kemas. Ok balik kepada kisah tadi

Kenapa jurulatih tadi tersembam ke bumi? Kerana pengajaran buat dirinya. Dalam Cekak perkara inilah yang perlu diperbetulkan. Itu pasal dalam Cekak perkara pertama yang diajar selain dari latihan senaman kaki dan tangan adalah BERDIRI. bERDIRI kena betul. Dah berapa tahu berdiri takkan tak tahu berdiri? Berdiri yang dimaksukan disini adalah berdiri yang bukan berdiri. Haaa mesti pening kepala kan. Berdiri tapi bukan brdiri..Billa kau masih berasa kaulah berdiri itu belum lagi berdiri. Seperti jua silat, jika kau berasa kaulah yang bersilat maka belum lagilah bersilat.

Berdiri seperti kau sedang solat. Inilah rahsia agung yang jarang sekali diceritakan melainkan orang terdekat. Anda tanyalah jurulatih anda yang lebih pandai. Saya tak pandai. Saya just tinggalkan persoalan agar anda mencari. Takkan dah tamat masih lagi kena suap. Carilah sendiri...

PENAFIAN
Cerita ini hanya lah rekaan jika ada persamaan itu hanya kebetulan. Tiada niat mau memalukan sesiapa.Cuma sebagai peringatan diri yang sentiasa lupa keberadaan diri.

"Jangan terhenti pandanganmu pada makhluk..."

Gambar hanyalah hiasan

Bergantung hati pada Allah S.W.T...
30/05/2026

Bergantung hati pada Allah S.W.T...

30/05/2026

Semua orang boleh bercakap tapi bukan senang untuk melaksanakannya

Belajarlah Cekak sampai tahkik. Almarhum Ustaz Hanafi sudah sebati dengan Cekak. Kalau katanya hitam maka hitamlah begit...
29/05/2026

Belajarlah Cekak sampai tahkik. Almarhum Ustaz Hanafi sudah sebati dengan Cekak. Kalau katanya hitam maka hitamlah begitulah sebaliknya. Memiliki pendirian teguh tidak berbolak balik seperti lalang yang meliuk ke kanan ke kiri atau berundur. Inilah yang perlu dipelajari oleh ahli Cekak agar mempunyai pendirian teguh seperti mana dia berdiri menanti tanpa takut atau risau apa sahaja serangan yang mendatang Sebab padanya. So apakah perkaitan DIAM dengan BERDIRI CEKAK.... tidak istilah undur atau elak ke kiri dan ke kanan. Bersambung

Address

Masjid Ar Rahman
Tenom
89908

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Tenom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share