Hilir Perak Rugby

Hilir Perak Rugby Official page for Persatuan Ragbi Daerah Hilir Perak. Sports for all level. Develop Unity, Discipline and Passion From Rugby.

ZIARAH CAKNA | PERSATUAN RAGBI DAERAH HILIR PERAK Alhamdulillah, hari ini Persatuan Ragbi Daerah Hilir Perak telah menga...
09/08/2026

ZIARAH CAKNA | PERSATUAN RAGBI DAERAH HILIR PERAK

Alhamdulillah, hari ini Persatuan Ragbi Daerah Hilir Perak telah mengadakan Program Ziarah Cakna ke rumah adik Wan Shafuan, salah seorang pemain Ragbi Hilir Perak yang mengalami kecederaan patah pergelangan tangan ketika menyertai perlawanan persahabatan menentang SM Sains Bagan Datuk baru-baru ini.

Kunjungan ini bukan sekadar bertanya khabar, tetapi sebagai tanda keprihatinan dan sokongan daripada keluarga besar ragbi Hilir Perak. Dalam kesempatan tersebut, Encik Mohd Afifi selaku Presiden Persatuan Ragbi Daerah Hilir Perak turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Wan Shafuan dan keluarga, semoga dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.

Turut hadir dalam ziarah ini ialah Sdra Muhammad Afig (Pengarah Pembangunan), Sdra Zulsyarfi (Pengarah Kejurulatihan), serta rakan-rakan jurulatih Sdra Redzuan dan Sdra Rosdi.

Semoga Wan Shafuan diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali beraksi di padang apabila benar-benar pulih nanti. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‰

Sekali pemain, selamanya keluarga Ragbi Hilir Perak. โค๏ธ

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain yang telah me...
01/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen serta semangat sepanjang Weekend Test Match bersama SABDA Rugby Team hari ini.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa, menghantar anak-anak dan sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan. Tidak dilupakan juga kepada semua guru dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Walaupun keputusan kali ini belum memihak kepada kita, setiap perlawanan memberi pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga. Daripada perlawanan ini, kita dapat mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki dan aspek yang perlu dipertingkatkan.

Jangan kecewa dan jangan mudah mengalah. Teruskan berlatih, kekalkan disiplin dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Insya-Allah, dengan usaha serta sokongan semua pihak, pasukan kita akan kembali lebih kuat.

Terima kasih semua.
Be Proud, Stay Hilior! ๐Ÿ‰๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi lelaki 7 sebelah Hilir Perak Bawah 18 Tahun atas kejayaan merangk...
13/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi lelaki 7 sebelah Hilir Perak Bawah 18 Tahun atas kejayaan merangkul gelaran Johan Kategori Plate dalam Kejohanan Rugby Perak 7s Closed Siri 2 pada 11 dan 12 Julai 2026 di Kem Gua Permai,Ipoh

Syabas kepada barisan pemain yang terdiri daripada gandingan mantap pelajar Kolej Vokasional dan bekas pelajar SMK Kampung Bahagia atas semangat juang yang tinggi.Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dan memburu lebih banyak kejuaraan pada masa hadapan!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi wanita bawah 18 tahun,Kjo Gladiators atas kejayaan merangkul gela...
13/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi wanita bawah 18 tahun,Kjo Gladiators atas kejayaan merangkul gelaran Johan,dan pasukan Perak Ladies yang menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Ragbi Perak 7s Closed di Kem Gua Permai pada 11 dan 12 Julai 2026.

Penghargaan khas juga ditujukan buat barisan pemain dari daerah Hilir Perak yang telah mempamerkan semangat juang yang tinggi,iaitu dua orang pemain dari SMK Kampung Bahagia,dua orang pemain dari SMK Seri Perak,dan tiga orang pemain dari Kolej Vokasional Teluk Intan.

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pembakar semangat untuk terus konsisten memburu kejayaan dan mengharumkan nama arena ragbi wanita pada masa hadapan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN RAGBI DAERAH HILIR PERAK 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26/6/2026 di Rhazz Padi ...
27/06/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN RAGBI DAERAH HILIR PERAK 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26/6/2026 di Rhazz Padi Cafe.

Mesyuarat ini membincangkan laporan aktiviti tahunan persatuan sepanjang tahun 2025, pencapaian yang telah diraih serta perancangan pembangunan ragbi daerah bagi tahun-tahun mendatang. Selain itu, mesyuarat turut menyaksikan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026โ€“2028 yang akan meneruskan usaha memperkukuh pembangunan sukan ragbi di Daerah Hilir Perak.

Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta memberikan komitmen dalam memastikan kelancaran perjalanan persatuan. Semoga barisan kepimpinan baharu dapat menggalas amanah dengan cemerlang demi kemajuan ragbi Hilir Perak.

#

19/06/2026

โ€œSaya takutlah rugby ni ganasโ€ฆโ€

โ€œSaya tak berani nak mainโ€ฆโ€

โ€œSaya rasa saya tak sesuaiโ€ฆโ€

Kalau itu yang bermain dalam fikiran anda, percayalah, ramai pemain kami pernah rasa perkara yang sama.

Hakikatnya, rugby bukan sekadar tentang perlanggaran atau kekuatan fizikal. Ia tentang keberanian, keyakinan diri, persahabatan dan semangat berpasukan.

Tiada siapa yang terus hebat pada hari pertama. Semua orang bermula dengan belajar.

Jadi, berikan diri anda peluang.

Mungkin sukan yang anda takut untuk cuba hari ini akan menjadi sukan yang paling anda sayang suatu hari nanti. ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค๐Ÿ‰

๐Ÿฅ‡ KEJOHANAN ALL GIRLS TOUCH RUGBY PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ Melaka | 12โ€“14 Jun 2026Alhamdulillah, tahniah diucapkan k...
14/06/2026

๐Ÿฅ‡ KEJOHANAN ALL GIRLS TOUCH RUGBY PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿฅ‡
๐Ÿ“ Melaka | 12โ€“14 Jun 2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan CJ Tigers Rugby Club (U15) daripada pemain SMK Seri Perak atas kejayaan merangkul gelaran Johan Plate di Kejohanan All Girls Touch Rugby Peringkat Kebangsaan 2026.

Kejayaan ini adalah hasil usaha, pengorbanan dan kesungguhan para pemain yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada barisan jurulatih yang sentiasa komited dalam membimbing dan membangunkan pasukan sehingga berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Kemenangan ini menjadi bukti bahawa pembangunan ragbi wanita di Hilir Perak berada di landasan yang tepat. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

๐Ÿ‰ KEJOHANAN ALL GIRLS TOUCH RUGBY PERINGKAT KEBANGSAAN ๐Ÿ‰๐Ÿ“ Melaka | 12โ€“14 Jun 2026Tahniah kepada pasukan CJ Tigers Rugby ...
14/06/2026

๐Ÿ‰ KEJOHANAN ALL GIRLS TOUCH RUGBY PERINGKAT KEBANGSAAN ๐Ÿ‰
๐Ÿ“ Melaka | 12โ€“14 Jun 2026

Tahniah kepada pasukan CJ Tigers Rugby Club (U13) terdiri daripada pemain SK Perwira dan SMK Seri Perak atas pencapaian cemerlang muncul sebagai Naib Johan Kategori Cup dalam Kejohanan All Girls Touch Rugby Peringkat Kebangsaan.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain yang telah berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah juga kepada barisan jurulatih yang telah bertungkus-lumus membimbing serta membangunkan bakat pemain sehingga berjaya bersaing di pentas kebangsaan.

Pencapaian ini membuktikan bahawa Hilir Perak kini mempunyai pasukan ragbi perempuan yang mampu memberi saingan hebat dan mengharumkan nama daerah di peringkat kebangsaan.

Tahniah buat Izhar Rizqi Bin Muhamad Amle dari SK Kg Bahagia atas kejayaan terpilih mewakili MSS Perak ke Kejohanan Ragb...
17/05/2026

Tahniah buat Izhar Rizqi Bin Muhamad Amle dari SK Kg Bahagia atas kejayaan terpilih mewakili MSS Perak ke Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun MSSM 2026.

Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan memberikan aksi terbaik di pentas kebangsaan. Seluruh warga Hilir Perak Rugby amat berbangga dengan pencapaian ini.

Teruskan melangkah lebih jauh, bawa nama Hilir Perak dan Perak dengan penuh semangat! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Tahniah diucapkan kepada pasukan HIPER RC (Senior Team) atas penyertaan sulung dalam kategori Menโ€™s Open bagi kejohanan ...
04/05/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan HIPER RC (Senior Team) atas penyertaan sulung dalam kategori Menโ€™s Open bagi kejohanan Perak Closed 7s 2026.

Sebagai penampilan pertama, pasukan ini telah diundi dalam โ€œKumpulan Mautโ€ bersama pasukan-pasukan gergasi seperti Parit Warriors, RMR Warrior dan Ipoh Giants.

Namun begitu, cabaran tersebut tidak menghalang HIPER RC untuk membuktikan kemampuan sebenar apabila berjaya mencatat kemenangan serta keputusan seri menentang pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman.

Buktinya, 4 pasukan dalam kumpulan A (Parit Warriors, Ipoh Giants, RMR Warrior dan HIPER RC) berkongsi 10 mata dan kedudukan mereka hanya dipisahkan melalui perbezaaan jaringan.

Jelas, penyertaan kali pertama ini membuktikan bahawa HIPER RC merupakan pencabar baharu yang berpotensi besar dalam arena ragbi negeri Perak.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Address

Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hilir Perak Rugby posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share