03/09/2026
⚽ MAKA BERAKHIRLAH SUDAH PIALA YOUNG TIGERS TAWAU 9’s TERBUKA SABAH 2026 ⚽
Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan bagi kategori B11 & B13 dengan keputusan rasmi:
🏆 B11
🥇 Juara — YOUNG TIGERS A (TAWAU)
🥈 Naib Juara — YOUNG TIGERS B (TAWAU)
🥉 Ketiga Bersama — MASTERY FC (KOTA KINABALU) & OLD KK UNITED FC (KOTA KINABALU)
🏆 B13
🥇 Juara — INTER UNITED A (KENINGAU)
🥈 Naib Juara — AT TAWAU B (TAWAU)
🥉 Ketiga Bersama — INTER UNITED B FC (KENINGAU) & TBBKK FC (KOTA KINABALU)
Pihak penganjur memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesilapan sebelum, semasa dan selepas kejohanan. Segala teguran dan pandangan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Andi Suryady, Ahli Parlimen P191 Kalabakan, Tuan Faiz Ridwan Bin Mohd Noor (JBS Bahagian Tawau), KEMENTERIAN BELIA & SUKAN, Persatuan Bola Sepak Sabah & Persatuan Bolasepak Tawau-SAFA TAWAU, APM Tawau, RELA Negeri Sabah, Polis Daerah Tawau, para penaja MILO Malaysia, Alesan sports, Moo Chuu Malaysia, NORLIAN SPORT Sport Tawau, Rhinos Empire & Aroma Kambing Golek, serta semua pasukan, AJK, petugas, ibu bapa dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan kejohanan ini.
Semoga kejohanan ini terus menjadi medan mencungkil bakat dan mengeratkan silaturahim dalam pembangunan bola sepak akar umbi.
Insya-Allah, kita berjumpa lagi di kejohanan seterusnya pada tahun 2027! ⚽🤝
📸 Disertakan sedikit gambar kenangan sepanjang kejohanan.
TERIMA KASIH SEMUA & JUMPA LAGI! 🏆⚽