24/11/2024
Berentap di pentas Final 9 Sebelah Karnival Muafakat Sabah, Jutaan terima kasih pada yang selalu memberi sokongan dan dorangan buat team ini, mohon sejuta kemaafan khususnya buat pengurusan tertinggi kerana tidak dapat menjuarai kejohanan ini.
Alhamdulillah semua pemain bermain dengan baik dan meraih Naib Johan kali ini. Galatico FC menutup tirai dengan pencapaian dan kejohanan ini bagi Tahun 2024 dalam Bola Sepak 9 sebelah dan seterusnya akan fokus pada tournament futsal pada bulan hadapan yang mana merupakan aktiviti terakhir bagi tahun 2024. Doakan kami di team ini terus melangkah dengan jaya nya pada tahun hadapan, In shaa allah.
Terima kasih kepada Penganjur Karnival Ismail Sabran Ancok atas usaha dan bantuan yang diberikan dan Terima kasih juga buat ADS Communication Tawau atas sponsor untuk team ini.