16/04/2024
Kami akan menubuhkan pasukan bawah 23 tahun khusus untuk warga Tawau.
Berbeza dengan pemain-pemain akar umbi, pasukan U23 WAJIB memiliki sifat kompetitif. Untuk hal ini berlaku, sesi pemilihan perlu diadakan bagi memilih pemain-pemain yang berkualiti.
Tujuan utama projek bawah 23 tahun Akademi Bola Sepak TawauKini bagi mencipta 'laluan' seterusnya untuk anak-anak Akademi Bola Sepak TawauKini selepas SPM.
Di samping itu, projek ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat muda Tawau untuk mendapatkan latihan daripada jurulatih-jurulatih bertauliah.
Projek ini bukanlah projek yang memerlukan komitmen yang terlalu tinggi memandangkan cadangan latihan hanyalah sebulan sekali/dua kali.
Setiap kali latihan, pemain perlu menyediakan yuran sebanyak RM5-10 bagi tujuan membayar kos padang dan jurulatih.
Sesi pemilihan akan dilakukan dalam masa yang terdekat untuk memilih 25 pemain untuk menjadi pemain U23 ABSTK bagi tempoh SETAHUN.
Sekiranya anda berminat, sila isi borang di bawah:
https://bit.ly/U23ABSTK
---
TARIKH DAN MASA BAGI SESI PEMILIHAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.