04/12/2023
Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin serta rahmatNya pertandingan semalam berakhir dengan jayanya..
Pertama sekali kami di pihak Simpang Tiga Badminton Club ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Legend kerana menjemput kami untuk turut serta dalam Pertandingan Badminton Tertutup Merotai anjuran Mega Enterprise (PakCik Udin)..
Sebagai pencinta sukan badminton kita semua faham bahawa bukan gelaran yang paling utama yang kita cari dalam sukan yang sihat begini. Tetapi tidak lain dan tidak bukan apa yang kita semua mahukan adalah menjalinkan ukhwah yang lebih erat lagi di kalangan pemain terutamanya di kawasan mukim merotai ini.
Buktinya pada acara yang berlangsung semalam, bukan pemain yang menang saja turun hadir bermain, malah pemain-pemain yang telah terkandas di pusingan awal juga turun padang dan memberi sokongan kepada kawan-kawan yang masih berjuang. Inilah semangat yang mahu kita pupuk dalam kalangan pencinta badminton.
Diharapkan anjuran sihat sebegini dapat diadakan lagi di masa akan datang kerana banyak nilai murni dan warna-warni keindahan sukan yang terdapat di dalamnya yang boleh kita kembangkan lagi dan perbaiki lagi di masa akan datang.
Akhir kata MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...Terima kasih..