13/11/2016
0025 - 14/11/2016@12:27am
:: HASRAT TIDAK PERNAH TERKUBUR ::
BAGI orang kerdil semacam Poknik TheHorseman, keadaan ekonomi semasa perlu diambil kira dalam merencana sesuatu idea atau hasrat, termasuklah untuk membangunkan Tanamera Equine Park - TEP.
Hasrat membangunkan pusat riadah keluarga yang berpaksikan kepada sukan berkuda ini pernah menghadapi sedikit kesulitan pertengahan tahun ini gara-gara tuan tanah menyatakan hasrat untuk menarik balik perjanjian penyewaan atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya poknik kongsikan di sini. Namun, atas semangat menjaga hubungan baik yang terbina sejak sekian lama, Poknik terpaksa mengalah. Dan secara tidak langsungnya hasrat untuk membangunkan TEP yang pada ketika itu sudah punyai pelabur berpotensi terpaksa dipendamkan sebentar.
Hampir 3 bulan mencari tapak ganti, Alhamdulillah ternyata usaha tanpa jemu itu memula menampakkan bibit-bibit kejayaan bilamana Poknik telah ditawarkan sebidang tanah kerajaan seluas hampir 2 ekar untuk disewa secara T.O.L.
Walau bagaimanapun, pengurangan yang ketara dari keluasan asal sedikit merencatkan perancangan pembangunan TEP dengan beberapa komponen terpaksa dikorbankan.
InsyaALLAH, sekarang ini diperingkat akhir perbincangan dan permohonan secara rasmi ke Pejabat Tanah & Jajahan Tanah Merah akan dibuat pada sekadar segera setelah beberapa perkara dapat diselesaikan. Dan untuk makluman, tapak baru Tanamera Equine Park ini nanti berdekatan dengan sebuah penempatan yang agak jauh dari hiruk pikuk kota, sesuailah dengan hasrat Poknik untuk 'bermain di liga kampung p**a'.
Doakan Poknik dan teman-teman seperjuangan berjaya merealisasikan impian dan hasrat yang sudah lama dipendamkan ini. Dan percayalah, HASRAT INI TIDAK PERNAH TERKUBUR.!!