13/08/2024
Untuk perkongsian cara bagaimana penilaian pertandingan belalalang dilakukan, pada 12/8/2024, acara sulong pertandingan belalang rusa / kerek di bon kg berchang bukit panau.
Alhamdulillah pada pertama kali menganjurkan pertandingan, kita mendapat seramai 55 ekor penyertaan belalang untuk di pertandingkan. Angka yang agak memberangsangkan untuk kali pertama dibuat disini.
Berbalik kepada bagaimana pemarkahan dibuat dan dinilai oleh juri semasa dipertandingan belalang dibuat :
1. Pertandingan belalang akan dibuat sebanyak tiga pusingan dalam sesebuah pertandingan .
2. Seorang pengadil dan pembantunya akan masuk ke dalam bon dan menilai dan mendengar seekor demi seekor mengikut berapa jumlah keseluruhan belalang yang dipertandingkan.
3. Pengadil akan mencatat markah mengikut kelunakan dan keunikan suara belalang dimana perkara yang diambil kira dalam pemarkahan adalah ( air sogro, getaran, dan hujung)
4. Hanya pengadil sahaja yang mengetahui bagaimana kriteria untuk memilih belalang yang paling lunak dan mempunyai kesemua kriteria yang diberitahu di perkara 3 tadi. Selalunya pengadil yang mengadili dan menilai merupakan (orang lama) yang berpegalaman dalam pertandingan belalang.
5. Markah dicatat mengikut kelunakan dan keunikan belalang dalam ke 3 3 pusingan.
0 markah belalang tidak berbunyi.
6
7
8
9 markah paling tinggi.
Jadi, pengadil akan mencatatkan satu persatu markah dalam 3 pusingan sehingga pusingan terkahir.
6. Akhir sekali, selepas 3 3 pusingan selesai dinilai oleh pengadil, belalang yang mendapat markah 9.9.9 pada setiap pusingan yang dipertandingkan akan memenangi pertandingan pada hari tersebut. Jumlah ke semua ke 3 3 pusingan akan ditambah sekali dan belalang yang mendapat markah tertinggi adalah juara.