28/10/2025
โ๐๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐ถ๐๐ฎ ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐น, ๐๐๐บ๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐๐บ ๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ถ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ฟ.โ
Kadang kita terlalu cepat menilai kemampuan anak kita. Bila tengok anak orang lain lebih menonjol, kita mula rasa risau, mula persoalkan kenapa anak kita belum sampai tahap tu.
Tapi percayalah, setiap anak ada masa dia sendiri untuk bersinar.
Dalam bola sepak dan juga kehidupan, bukan siapa cepat dulu, tapi siapa yang kekal konsisten, sabar, dan tak berhenti belajar. Ada anak umur 8 tahun dah menonjol tapi bila 12 tahun dia mula hilang fokus.Ada p**a anak umur 10 tahun baru nak faham konsep permainan, tapi bila dia โdapat rentakโ, terus jadi antara yang terbaik.
Anak kita bukan gagal.Mereka sedang melalui proses jatuh, bangun, belajar dan cuba lagi.
Tugas kita bukan membanding, tapi menyokong dan memahami perjalanan mereka.
Kalau jurulatih tegur anak kita, itu bukan kerana benci. Kalau anak tak terpilih kejohanan, itu bukan penghujung.Semuanya adalah proses pembelajaran yang akan jadikan mereka lebih kuat bukan esok, tapi mungkin satu hari nanti bila mereka betul-betul bersedia.
Ramai parent risau bila anak mereka belum menonjol. Tapi percayalah setiap anak ada waktu dia sendiri untuk bersinar.Di Akademi Wira Muda, kami dah tengok banyak contoh yang buktikan benda ni.
๐น Firas Nazri
Dulu bukan nama besar. Tapi bila umur 11 tahun, dia mula tunjuk peningkatan luar biasa. Hari ini, Firas dah pun berada di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
๐น Fayyadh Al Usaym
Antara pemain yang bukan utama masa tu terpaksa berebut tempat dengan Iman & Anas (kini di AMD). Tapi dengan semangat dan kerja keras, Fayyadh berjaya menarik perhatian pihak scouting JDT, dan kini ditempatkan di Akademi JDT.
๐น Hijjaz Haqeem
Pernah kecewa bila nama tak tersenarai ke skuad MSSM 2024. Tapi rezeki Allah luas beliau akhirnya terpilih ke AMD.
๐น Rayyan Iqbal
Bermula dari pemain pembangunan Sabtu & Ahad. Hari ini, beliau antara wakil AWM di Akademi JDT.
๐น Muhammad Zahiey
Datang ke AWM umur 9 tahun masa tu ramai yang ragu dengan kemampuan dia. Tapi hari ini, Zahiey buktikan semua salah. Kini beliau juga di Akademi JDT.
Dan jangan lupa, ramai pemain AWM yang bermula daripada pas**an B dan C tapi dengan kesabaran, mereka kini jadi tonggak utama pas**an elit.
Semuanya hasil latihan, disiplin dan kepercayaan kepada proses.
Coach Awish pernah kongsi tentang Adik Randy Di SSNMI, pemain berbangsa India,Pada peringkat awal, semasa umur 12 tahun, Randy bukanlah pemain pilihan utama. Dia tidak bermain di Akademi Tunas (AT), tidak terpilih ke MSSM, dan tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan besar peringkat tinggi. Malah, semasa pemilihan SSNMI dulu, dia hampir disingkirkan.
Namun kelebihan kaki kiri, Randy diberi peluang untuk ke SSNMI dan dia tidak mensia-siakan peluang itu. Dia terus berlatih tanpa jemu, membuktikan kemampuan dirinya sedikit demi sedikit.
Hari ini, Randy bukan saja menjadi pelajar SSNMI, malah telah terpilih ke Sekolah Sukan Malaysia Johor(SSTMI) dan baru-baru ini dipanggil ke pemilihan skuad Malaysia Bawah 15 tahun. Lebih manis lagi, adik beliau Ricky, berumur 9 tahun kini juga bersama keluarga besar Akademi Wira Muda.
๐ Moralnya satu:
Progress setiap anak berbeza. Ada cepat, ada lambat. Tapi yang pasti, setiap usaha yang ikhlas akan membuahkan hasil bila tiba waktunya.
Jangan cepat menilai.Jangan dengar bisikan orang yang s**a menyalahkan akademi bila anak tak terpilih.Kalau sistem latihan di AWM rosak, mana mungkin pemain dari pas**an C dan B boleh naik ke pas**an utama malah sampai ke AMD dan JDT , SSN , PLD .
Semuanya kerana proses, pengorbanan dan kesabaran.AWM bukan sekadar sebuah akademi tapi tempat anak-anak belajar tentang erti usaha, jatuh, bangun, dan percaya pada takdir.
Di sinilah mereka belajar bahawa kejayaan bukan datang dalam sehari.Ia datang daripada semangat yang mereka pilih untuk hadir latihan walau penat,
daripada peluh yang menitis di padang sambil senyum,daripada jurulatih yang tak pernah jemu membetulkan kesilapan kecil,dan daripada ibu bapa yang terus percaya walau anak mereka belum bersinar.
Di Wira Muda, kami percaya bahawa setiap anak punya masa tersendiri untuk menonjol.Ada yang cepat naik, ada yang lambat tapi semua sedang menuju arah yang sama,menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Inilah nilai sebenar yang kami tanam bukan sekadar menang piala,
tetapi membina semangat, membentuk hati, dan melahirkan pemain yang tahu menghargai perjalanan.