Oobah Venture

Oobah Venture Explore Sabah with us! Lesen: MOTAC L/N/11396)

Adventure Tours | Mountain Hiking | Car & Van Rental
📍Based in Sabah, Malaysia

WhatsApp for trip info & booking
📲 +60128853417(office) | +60142725787(Shilla)| +60143659528(Steff)

(Travel Agent - NO.

This picture captures the proud moment Kento Kawasaki received his certificate of completion from our crew, Anif.We rece...
05/09/2026

This picture captures the proud moment Kento Kawasaki received his certificate of completion from our crew, Anif.

We received a heartwarming message from him today.

Kento shared that the trail was incredibly tough and there were times he almost gave up. However, with the constant support from Anif and the team, he successfully pushed through to the summit.

The joy of seeing so many wonderful Nepenthes made every exhausting step worth it, and he is already planning his return to Borneo for more mountain adventures.

Thank you, Kento, for your trust in Oobah Venture.

We look forward to guiding your next journey!

Mount Tambuyukon
30 August-2 September 2026
---
Pengakuan jujur pendaki Jepun ini selepas tamat pendakian.

Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Gambar ini merakamkan momen berharga apabila Kento Kawasaki menerima sijil pendakian Gunung Tambuyukon daripada kru kami, Saudara Anif.

Hari ini, kami menerima mesej penghargaan daripada beliau yang sangat bermakna buat seluruh pas**an.

Kento secara jujur mengakui bahawa laluan pendakian sangat mencabar sehinggakan ada ketikanya beliau hampir menyerah kalah.

Namun, berkat sokongan moral dan bantuan fizikal yang berterusan daripada Anif dan kru di lapangan, beliau berjaya melangkah sehingga ke puncak.

Kelelahan itu ternyata berbaloi apabila beliau dapat melihat sendiri kepelbagaian spesies Nepenthes yang menakjubkan di habitat asalnya.

Pengalaman ini bukan sahaja meninggalkan kenangan manis, malah membuatkan Kento berazam untuk kembali mendaki gunung-gunung lain di Borneo pada masa akan datang.

Bagi kami di Oobah Venture, kejayaan dan keselamatan klien adalah keutamaan mutlak.

Kami memastikan setiap pendaki, tidak kira dari dalam atau luar negara, mendapat sokongan penuh sepanjang ekspedisi mereka.

Terima kasih Kento atas kepercayaan anda.

Kami sedia menanti kedatangan anda untuk pengembaraan Nepenthes yang seterusnya.

Pendakian solo Gunung Trusmadi Via KaingaranMendaki solo? Kalau tunggu kawan, tahun depan pun belum tentu dapat mendaki!...
05/09/2026

Pendakian solo Gunung Trusmadi Via Kaingaran

Mendaki solo? Kalau tunggu kawan, tahun depan pun belum tentu dapat mendaki!

Hujung minggu ini (5-6 September 2026) bersempena dengan penghujung cuti sekolah, pejabat Oobah Venture di Tambunan menerima kehadiran seorang pendaki wanita berjiwa kental.

Tepat jam 8.00 pagi tadi, Cik Siti Afsah atau lebih mesra disapa Echa tiba di pejabat kami selepas dihantar oleh keluarganya.

Apabila ditanya kenapa mahu mendaki sendiri, jawapannya ringkas.

Katanya.. "saya ingin mencuba kerana kawan-kawan yang lain selalu sibuk"

"Kalau mahu tunggu mereka, sampai tahun depan pun belum tentu dapat naik" sambung dia lagi.

Walau bersendiri, Echa sebenarnya tidak berseorangan.

Sepanjang trip ini beliau ditemani oleh 1 orang 'guide', 1 orang tukang masak, dan 1 orang kru kami.

Kami menguruskan sepenuhnya makan dan minum beliau selama 2 hari 1 malam.

Urusan tempat tidur seperti 'sleeping bag', tilam, dan cadar sudah disiapkan di 'Resthouse'.

Selain keperluan utama, benda-benda kecil pun tersedia seperti selipar, syampu, dan sabun mandi.

Kopi dan teh juga ada disediakan 24 jam.

Boleh 'top up' bila-bila masa asalkan tahan balik-balik minum!

Pendaki hanya perlu sediakan fizikal dan mental yang kuat, serta berikan kepercayaan kepada kami.

Dalam gambar-gambar ini,
1.Bergambar di Gate Kupu-Kupu (FMU10) selepas urusan pendaftaran.
2.Bergambar bersama 'guide' yang menemani langkah beliau.
3.Semasa di 'starting point' menikmati makan tengah hari yang kami sediakan. 'Starting point' adalah lokasi wajib para pendaki untuk 'lunch' sebelum memulakan pendakian sejauh 2km melalui 'boardwalk' (tangga kayu).

Sama-sama kita doakan Echa selamat, lancar, dan berjaya menawan puncak Trusmadi esok pagi.

Buat anda yang niat mendakinya selalu tertangguh kerana kawan-kawan sibuk memanjang, jangan jadikan ia halangan lagi.

Jemput mesej (DM) Oobah Venture. Datang seorang diri pun kami akan berikan layanan dan pengurusan yang terbaik!
---------------------------
Solo Hike to Mount Trusmadi Via Kaingaran

Hiking solo? If you keep waiting for your friends, you might not even get to hike next year!

This weekend (5-6 September 2026), marking the end of the school holidays, our Oobah Venture office in Tambunan welcomed a very determined female hiker.

At exactly 8.00 am today, Ms. Siti Afsah, fondly known as Echa, arrived at our office after being dropped off by her family.

When asked why she decided to hike alone, her answer was simple.

She said... "I want to give it a try because my friends are always busy."

"If I keep waiting for them, I might not even get to climb until next year," she added.

Despite going solo, Echa is never truly alone in the jungle.

Throughout this trip, she is accompanied by 1 mountain guide, 1 cook, and 1 of our crew members.

We are fully managing her meals and drinks for the entire 2 days and 1 night.

Her sleeping arrangements, including a sleeping bag, mattress, and bedsheets, are all nicely set up at the Resthouse.

Aside from the main essentials, we even provide small necessities like slippers, shampoo, and body wash.

Hot coffee and tea are also available 24 hours a day.

She can get a refill anytime she wants, as long as she can keep drinking!

Hikers only need to prepare a strong physical and mental state, and leave the rest to us.

In these photos:

1.Taking a picture at the Butterfly Gate (FMU10) after registration.

2.A photo with the guide who will be accompanying her steps.

3.Enjoying the lunch we prepared at the starting point. The starting point is a mandatory stop for our hikers to have their lunch before beginning the 2km hike via the boardwalk (wooden stairs).

Let us all wish Echa a safe, smooth journey and a successful summit of Mount Trusmadi tomorrow morning.

For those of you whose hiking plans are always delayed because your friends are constantly busy, do not let that stop you anymore.

Feel free to send a direct message (DM) to Oobah Venture. Even if you come alone, we will provide you with the best service and management!

DEER CAVE | GUA RUSA MULU SARAWAKDeer Cave atau Gua Rusa merupakan salah satu gua utama di Taman Negara Gunung Mulu, Sar...
05/09/2026

DEER CAVE | GUA RUSA MULU SARAWAK

Deer Cave atau Gua Rusa merupakan salah satu gua utama di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO.

Deer Cave terkenal kerana mempunyai antara laluan gua terbesar di dunia. Pintu masuknya juga sangat besar sehingga cahaya matahari dan udara segar dapat masuk jauh ke dalam gua.

Nama Deer Cave dikaitkan dengan sejarah masyarakat tempatan. Menurut Sarawak Tourism Board, kawasan ini pernah menjadi tempat masyarakat Berawan dan Penan memburu rusa.

Walaupun namanya Gua Rusa, tarikan utama di sini sebenarnya ialah koloni kelawar yang sangat besar. Jutaan kelawar mendiami gua ini dan pada waktu petang, pengunjung berpeluang menyaksikan fenomena Bat Exodus, apabila kelawar keluar beramai-ramai untuk mencari makanan.

Di dalam gua juga terdapat formasi batu yang dari sudut tertentu menyerupai profil Abraham Lincoln, salah satu ciri menarik yang sering menjadi perhatian pengunjung.

Deer Cave dan Lang Cave terletak dalam kawasan yang sama dan lazimnya menjadi sebahagian daripada laluan lawatan gua di Mulu.

Perjalanan ke Deer Cave memberikan pengalaman untuk melihat sendiri keunikan geologi, alam semula jadi dan hidupan liar yang menjadikan Mulu begitu istimewa.

📍 3 September 2026 | Deer Cave Mulu Sarawak
📷 Stefhanie

Melihat gambar ini, hilang seketika segala beban di bahu.Bulan Ogos baru sahaja berlalu meninggalkan sisa lelah yang buk...
05/09/2026

Melihat gambar ini, hilang seketika segala beban di bahu.

Bulan Ogos baru sahaja berlalu meninggalkan sisa lelah yang bukan kepalang.

Boleh tahan semput juga nafas ini menahan debaran menyusun langkah demi langkah di lapangan, memastikan semuanya berjalan lancar walau jadual (7 Trip) bertembung hebat kiri dan kanan tanpa henti.

Tetapi, di sebalik segala kekalutan dan kepenatan itu, momen-momen kecil penuh ikatan manusiawi yang sentiasa menjadi 'ubat' paling mujarab buat kami di belakang tabir.

Genggaman tangan melangkah ke jambatan gantung ini memberi makna yang sangat mendalam.

Ia bercerita tentang kebersamaan.

Terutama sekali buat rakan-rakan pendaki Pinnacles Mulu kita pada 2 September lepas.

Min tahu, jauh di sudut hati, ada rasa ralat dan kecewa yang bertandang.

Sudah berpenat lelah berjalan kaki sejauh 9 kilometer ke Camp 5, sudah mempersiapkan mental dan fizikal untuk memanjat pacak di celah batu kapur yang tajam..

Tetapi...

Akhirnya terpaksa akur pada kehendak alam.

Cuaca dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang pada paras kritikal benar-benar tidak mengizinkan pendakian ke puncak diteruskan.

Terkilan itu pasti ada.

Namun ketahuilah, langkah yang terhenti itu sama sekali bukan satu kegagalan.

Keselamatan dan nyawa anda sentiasa, dan selamanya, menjadi puncak paling utama yang harus dipertahankan.

Alam ada cara tersendiri untuk mendidik kita tentang erti reda, kesabaran, dan melepaskan ego di dada.

Anda semua p**ang bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan kecekalan mental yang sudah teruji.

Sama seperti dua susuk tubuh dalam gambar ini apabila langkah terhalang, genggamlah tangan rakan seperjuangan.

Kita raikan perjalanan, gelak tawa, dan keringat yang sudah dikongsi bersama, bukan sekadar garisan penamatnya.

Puncak Pinnacles itu tidak akan lari ke mana.

Ia akan terus kekal berdiri teguh di sana, setia menunggu ketibaan anda pada waktu yang lebih mengizinkan.

Bulan baharu telah bermula, dan nafas panjang sudah pun ditarik semula.

Kami di Oobah Venture kembali bersedia.

Buat anda yang pernah terhenti langkahnya, atau yang baru mencari keberanian untuk merasai sendiri magis formasi batu kapur di bumi Sarawak, usah padamkan semangat itu.

Jemput mesej (DM) kami untuk perancangan logistik trip Pinnacles Mulu anda yang seterusnya.

Biar kami uruskan halangannya, anda cuma bawa semangat juang yang baharu.

Kita kembali mencuba!

Peserta Cuma 8 Orang, Tapi Dalam Gambar Ada 16 Orang? 🤔Baru sahaja petang semalam (3 September), 'team' Oobah Venture ya...
04/09/2026

Peserta Cuma 8 Orang, Tapi Dalam Gambar Ada 16 Orang? 🤔

Baru sahaja petang semalam (3 September), 'team' Oobah Venture yang diketuai oleh kru kami, Donna, telah selamat menamatkan ekspedisi 5 Hari 4 Malam di 'The Lost World of Sabah', Maliau Basin.

Tetapi, cuba anda kira betul-betul jumlah orang dalam gambar di hadapan 'Maliau Basin Studies Centre' ini.

Ada 16 orang semuanya!

Padahal, klien trip kali ini cuma 8 orang sahaja. Kalau campur dengan kru kami iaitu Donna, baru 9 orang.

Habis itu, lagi 8 orang di dalam gambar itu siapa?

Adakah peserta kita kali ini bertaraf VVIP sehingga perlukan pengiring peribadi masuk ke dalam hutan?

Atau ada rombongan rahsia yang ikut serta?

Haa...

Sebenarnya, inilah 'rahsia' untuk kekal cergas dan menikmati sepenuhnya keindahan alam di Maliau Basin.

Hampir kesemua 8 orang peserta kita mengambil keputusan yang sangat bijak.

Mereka menggunakan perkhidmatan 'porter' untuk membawa barang-barang keperluan sepanjang 5 hari berkampung di dalam hutan!

Selain abang-abang 'porter' yang sangat membantu, mereka juga diiringi oleh 2 orang 'guide' yang pakar selok-belok laluan di sana.

Sebab itulah apabila bergambar di garisan penamat, rombongan ini nampak cukup meriah!

Bagaimana agaknya pengalaman sebenar mereka meredah cabaran 'The Lost World' ini?

Nampak wajah masing-masing masih boleh tersenyum lebar sambil mempamerkan sijil pencapaian.

Tunggu min susun cerita dan gambar-gambar penuh perjalanan epik mereka tidak lama lagi.

Buat masa ini, kita biarkan mereka berehat puas-puas dahulu di rumah.

Ada pengikut Oobah Venture yang sudah mula pasang niat mahu masuk ke Maliau Basin? Kami ada tarik terakhir sebagai penutup trip di Maliau Basin pada bulan disember ini. Ada yang berminat?

Jangan segan atau malu hubungi kami (DM) untuk dapatkan info lebih lengkap trip ini.

Maliau Basin
30 Ogos - 3 September 2026
- 4 Hari 'trekking'
- 1 hari perjalanan (ketibaan)

Apa yang membuatkan pendaki Jepun inimelupakan kepenatannya di pertengahan jalan?Pendakian Gunung Tambuyukon kali ini me...
04/09/2026

Apa yang membuatkan pendaki Jepun ini
melupakan kepenatannya di pertengahan jalan?

Pendakian Gunung Tambuyukon kali ini membawa cerita menarik daripada klien solo kami dari Jepun, Kento Kawasaki.

Beliau memilih pakej 4 Hari 3 Malam bermula 31 Ogos hingga 2 September, satu pilihan yang tepat untuk mengimbangi cabaran fizikal di laluan ini dengan masa rehat yang mencukupi.

Pada 1 September tepat jam 9.00 pagi, Kento berjaya menjejakkan kaki di puncak Tambuyukon.

Cuaca pada hari tersebut berangin kuat dan sedikit berjerebu.

Kento mengakui laluan ini sangat mencabar fizikal dan mentalnya.

Ada ketikanya beliau berasa sangat penat dan hampir menyerah.

Namun, semangatnya kembali sebaik sahaja mula melihat periuk kera dari spesies Nepenthes Rajah, Nepenthes Villosa, dan Nepenthes Edwardsiana di sekitar kilometer 11.

Keterujaannya untuk mencari Nepenthes Rajah di antara kilometer 13 dan 14 membuatkan beliau melupakan rasa lelah dan tidak berhenti merakam gambar sehingga ke puncak.

Sebagai penganjur, tugas Oobah Venture bukan sekadar memandu arah.

Di kem, Kento terlalu penat untuk menjamah makanan.

Menjadi tanggungjawab kru dan cef kami, Saudara Anif, untuk memujuk dan memastikan Kento tetap makan agar tenaga untuk pendakian keesokan harinya terjamin.

Semua makanan disiapkan khusus mengikut keperluan diet tanpa makanan laut beliau.

Momen yang paling diingati sepanjang empat hari ini adalah apabila Kento diajak makan durian di kem.

Beliau juga sangat terkejut dan gembira apabila kru kami memainkan lagu-lagu Jepun😄

Perkara kecil seperti ini menjadikan persekitaran hutan lebih selesa untuk klien antarabangsa kami.

Tahniah kepada Kento atas semangat yang ditunjukkan, dan terima kasih kerana meletakkan kepercayaan penuh kepada kru Oobah Venture.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengurusan logistik dan panduan mendaki di Sabah, anda boleh menghubungi pas**an Oobah Venture.

"Our solo climber from Japan, Kento Kawasaki, successfully summited Mt. Tambuyukon".

Despite the challenging trail and extreme fatigue, spotting the rare Nepenthes species and enjoying our crew's hospitality, complete with durian and Japanese music at the camp..kept his spirits high.

Thank you for trusting Oobah Venture!

TRIP GUNUNG SINSING & GUNUNG KAINGARAN, TAMBUNAN30 Ogos – 2 September 2026Kali ini grup memang ramai dan lebih meriah ap...
04/09/2026

TRIP GUNUNG SINSING & GUNUNG KAINGARAN, TAMBUNAN
30 Ogos – 2 September 2026

Kali ini grup memang ramai dan lebih meriah apabila bergabung bersama peserta dari Negeri Bumi Kenyalang Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Semenanjung.

Masing-masing datang dari tempat berbeza. Ada yang baru pertama kali berjumpa, ada yang belum pernah kenal langsung. Pada awalnya, memang nampak sedikit kekok. Maklumlah, baru berkenalan. 😆

Tapi bila sudah berkumpul dan sama-sama masuk trail, lama-lama semua jadi geng satu kepala. Tiada lagi terasa siapa dari mana. Semuanya sporting dan mudah ngam.

Baru berjalan lebih kurang 100 meter, suasana sudah mula berubah. Yang tadinya diam mula berbual, yang tadinya malu mula ketawa. Makin lama berjalan, makin lupa yang perjalanan sebenarnya jauh. 😂

Bila sudah mula selesa, cerita lucu pun keluar satu demi satu. Ada saja bahan untuk digelakkan. Gurauan, usik-mengusik memang sudah pasti kena ada. Kadang-kadang bukan trail yang buat penat, tapi gelak yang tidak berhenti. 🤣

Begitulah bila satu grup sudah satu kepala. Penat sama-sama, berhenti sama-sama, makan sama-sama, ketawa sama-sama dan saling memberi semangat sepanjang perjalanan.

Sebab trip begini bukan sekadar tentang sampai ke puncak. Tetapi tentang orang-orang yang kita jumpa, cerita yang kita cipta dan kenangan yang kita bawa p**ang.

Senyuman menyimpan seribu kenangan. ❤️

Tiada usik-usik, tiada gelak-gelak… kuranglah seronok kan? 😆

Jauh-jauh datang dari tempat masing-masing, akhirnya berkumpul jadi satu geng, satu kepala, satu cerita. 🫡⛰️






CERTIFICATE OF APPRECIATIONFor Your Courage & Spirit 31/8 - 4/9/2026Sijil Kenangan Mulu PinnaclesSetiap perjalanan pasti...
04/09/2026

CERTIFICATE OF APPRECIATION
For Your Courage & Spirit
31/8 - 4/9/2026

Sijil Kenangan Mulu Pinnacles

Setiap perjalanan pasti ada ceritanya. Begitu juga dengan perjalanan Mulu Pinnacles kali ini.

Bermula dengan langkah pertama, sedikit penat, banyak gelak tawa, saling memberi semangat dan akhirnya tercipta kenangan yang akan kita ingat.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama, memberikan kerjasama dan menceriakan perjalanan dari awal hingga akhir. ❤️

Sijil kecil ini mungkin sekadar sekeping kertas, tetapi di sebaliknya tersimpan cerita dan kenangan kita bersama.

Senyuman hari ini menyimpan seribu kenangan. 😊

Yang penting, kita sudah lalui bersama, kita sudah enjoy dan paling penting semua p**ang dengan selamat. 😄

Dan paling penting… kisah “fried fries” jangan sampai hilang dalam sejarah trip Mulu kali ini! 😂🍟

Sampai jumpa lagi di trip yang akan datang.





Jangan Menilai Buku Dari KulitnyaPenangan 3 Jejaka 'Saiz S & XS' Dari Miri! Awal September ini, Gunung Trusmadi menerima...
04/09/2026

Jangan Menilai Buku Dari Kulitnya

Penangan 3 Jejaka 'Saiz S & XS' Dari Miri!

Awal September ini, Gunung Trusmadi menerima kunjungan 3 orang peserta dari Miri, Sarawak.

Cara mereka merancang perjalanan sangat mudah.

Dua bulan lepas mereka menghubungi kami, pilih tarikh, dan terus minta kami uruskan semuanya.

Dari kenderaan hinggalah ke rumah penginapan di Saingkui Lodge, Kg Pupuluton.

Memang jenis yang tidak mahu pening kepala!

Semasa hari ketibaan di Tambunan pada 1 September, salah seorang daripada mereka bertanya kepada kami, "Kami bertiga sahaja kah?".

Kami jawab, ya.

Dua ke tiga kali juga soalan itu ditanya berulang kali.

Mereka seperti tidak percaya.

Apabila kami maklumkan pakej yang mereka ambil memang khas untuk mereka bertiga, mereka tertawa sambil berkata, "Wah, trip VIP lah kita ini!".

Keesokan harinya di Saingkui Lodge, ada satu komen melucukan daripada mereka.

Katanya, malam semasa mereka tidur, ada nampak kerbau gemuk-gemuk di luar pagar.

Menurut rakan mereka, salah seorang daripada mereka ini rupa-rupanya ada perniagaan kerbau di Sarawak.

Entah betul atau tidak, terus min berikan gelaran 'Taukeh Kerbau' kepadanya! 😄

Jujur min katakan, pada mulanya penampilan mereka kelihatan sangat santai seperti pendaki baharu.

Pengalaman menawan Gunung Kinabalu pun belum ada lagi.

Tetapi, sangkaan min meleset sama sekali!

Bayangkan, tepat jam 8.30 pagi, mereka sudah tiba semula di 'Resthouse' selepas berjaya menawan puncak Trusmadi.

Laju sungguh!

Menjelang jam 12.00 tengah hari, mereka sudah selamat tiba di 'starting point' bersama malim gunung, 'chef', dan kru kami.

Apabila dipuji, mereka dengan sangat merendah diri mengatakan rentak langkah mereka biasa sahaja.

Mungkin salah satu faktor rahsia mereka adalah saiz badan semuanya kategori S dan XS.

Jadi badan lebih ringan untuk melayang di laluan pacak Trusmadi!

Tiba di 'starting point', kami bawa mereka menaiki pacuan empat roda (4x4) ke Gate Kupu-Kupu untuk mengambil sijil, singgah berehat di rumah penginapan, dan teruskan perjalanan p**ang ke Kota Kinabalu.

Hari ini (4 September), mereka dijangka terbang p**ang semula ke bumi kenyalang.

Terima kasih kerana memilih Oobah Venture.

Kenangan bersama 'Taukeh Kerbau' dan rakan-rakan pasti kami ingat sampai bila-bila.

📍Trusmadi Via Kaingaran 2-3 September 2026
Arzipin, Sohardy, Hasnan

Bagi rakan-rakan pendaki yang s**a gaya percutian tanpa perlu memikirkan urusan logistik seperti mereka ini, trip Trusmadi Oobah Venture yang seterusnya akan berlangsung pada 15-16 September ini.

Sekiranya anda mahu kami uruskan perjalanan anda dari A hingga Z dengan kemas dan teratur, jemput hantarkan mesej (DM) kepada kami.

Anda bawa fizikal dan mental, urusan selebihnya biar kami yang selesaikan.

Peluang Seterusnya Untuk Menawan Puncak Kedua Tertinggi Malaysia! Selepas kelancaran trip awal September lepas yang penu...
04/09/2026

Peluang Seterusnya Untuk Menawan Puncak Kedua Tertinggi Malaysia!

Selepas kelancaran trip awal September lepas yang penuh dengan kenangan manis dan gelagat santai peserta kami, kini tiba giliran anda p**a.

Bagi rakan-rakan pendaki yang teringin untuk merasai sendiri keunikan hutan lumut yang memukau dan melihat secara dekat periuk kera hibrid "Nepenthes trusmadiensis", kami bawakan slot pendakian seterusnya pada 15 hingga 16 September 2026.

Pendakian 2 Hari 1 Malam ini sangat sesuai untuk anda yang mahu lari sebentar daripada kesibukan kerja dan mencari ketenangan di alam semula jadi.

Berita baiknya, anda tidak perlu pening kepala memikirkan urusan logistik.

Dari urusan permit Taman Negara, kenderaan pacuan empat roda (4x4), penginapan di 'Resthouse', hinggalah ke makanan yang lazat di atas gunung..semuanya diuruskan sepenuhnya oleh pas**an Oobah Venture.

Anda hanya perlu siapkan stamina, mental yang kuat, dan bawa diri sahaja.

Urusan yang remeh, biar kami yang selesaikan!

Memandangkan tarikh ini semakin hampir, slot yang tinggal agak terhad.

Jemput hantarkan mesej (DM) kepada kami atau hubungi terus nombor yang tertera pada poster untuk menempah tempat anda.

Ayuh, cipta pengalaman pengembaraan yang sebenar bersama kami di Gunung Trusmadi!

Address

Kg. Pupuluton
Tambunan
89657

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oobah Venture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Oobah Venture:

Shortcuts

Share