02/10/2022
Dari meja penganjur..
*Piala ADUN Tambunan Dijangka Lebih Meriah Tahun Ini.*
*TAMBUNAN:* Seramai 20 pasukan bakal meriahkan kejohanan bola sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan yang dijangka diadakan bermula 8 Oktober ini.
Pengerusi Penganjur, Prem G. Kitingan berkata, kejohanan pada kali ini dijangka lebih meriah daripada tahun lalu berikutan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 dan kehadiran penonton pada kali ini yang tidak dihadkan.
Katanya, hadiah yang ditawarkan pada kejohanan juga lumayan iaitu ditempat pertama wang tunai RM8,888, piala pusingan dan medal.
"Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing bakal membawa wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM1800 berserta medal.
"Manakala anugerah dan hadiah tambahan ialah Pemain terbaik, pasukan terbaik, penjaring terbanyak, pemain berbakat, penjaga gol terbaik dan pengadil terbaik, yang mana kesemua ini masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM200 dan tropi," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Cabut Undi dan taklimat peraturan pertandingan kepada pengurus-pengurus pasukan, di Tambunan baru-baru ini.
Tambahnya, perlawanan kejohanan ini akan diadakan di Kompleks Sukan Tambunan.
Beliau turut berharap agar pasukan yang mengambil bahagian dalam bertanding kali ini dapat menafaatkan waktu ini untuk mengamalkan hidup sihat dan cergas.
* ADUN 2022-2023*