Seladang Cilik FC

Seladang Cilik FC Melatih kanak-kanak bermain bola sepak seawal umur 5 tahun

Tahniah anak-anak pelatih Kelab Bola Seladang Cilik yang mewakili Pasti masing-masing dalam Kejohanan Bola Sepak Bola Ja...
17/06/2026

Tahniah anak-anak pelatih Kelab Bola Seladang Cilik yang mewakili Pasti masing-masing dalam Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring Pasti peringkat Kawasan Bukit Gantang 2026.

Muhd Fahim bin Muhammad Zulhilmi U6
Pasti Al-Azhar Tempat ke-3

Qoyyim bin Mohamad Shamil U6
Pasti Nurul Iman (Johan)

Muhammad Ammar Anaqi bin Muhammad Imran U6
Pasti Al-Azhar (Tempat ke-3)

Sekalung tahniah dan teruskan perjuangan untuk peringkat seterusnya. Tahniah ibubapa kerana memberikan sokongan kepada anak-anak 👍

Aktiviti bulanan - Mesyuarat pengurusan Kelab Bola Sepak Seladang Cilik.Pada Ahad 14 Jun 2026 telah berlangsung mesyuara...
15/06/2026

Aktiviti bulanan - Mesyuarat pengurusan Kelab Bola Sepak Seladang Cilik.

Pada Ahad 14 Jun 2026 telah berlangsung mesyuarat bulanan bagi membincangkan isu-isu semasa ,mengemas kini perjalanan kelab dan juga rangka kerja kejohanan untuk bulan Julai dan Ogos.

Dalam mesyuarat kali ini, antara intipati yang dipertengahkan adalah :

1. *Pemakluman penukaran nama kelab* daripada Akademi Seladang Cilik kepada Kelab Bola Sepak Seladang Cilik atas nasihat daripada pihak Pesuruhjaya Sukan (PJS).

2. ⁠*Post-mortem dalam penglibatan perlawanan Kejohanan Bola Sepak DNA Faisal Halim* yang telah berlangsung pada 6.6.2026 lepas. Pihak pengurusan akan lebih teliti dalam pemilihan pelatih untuk ke kejohanan seterusnya dan juga susun atur jadual jurulatih dan pelatih dalam menjalani latihan persediaan.

3. ⁠*Membincangkan masa dan tarikh yang sesuai untuk meraikan pelatih* yang terlibat dalam kejohanan di Pulau Pinang

4. ⁠*Cadangan Sambutan Hari Jadi Bulanan* - Pihak pengurusan bersetuju untuk meraikan ulang tahun kelahiran pelatih pada setiap bulan. Ini bagi mengeratkan hubungan antara pelatih, jurulatih, pihak pengurusan dan juga ibubapa. Selain menimbulkan rasa semangat dan penghargaan kepada pelatih.

5. ⁠*Kejohanan piala KV pada 11 Julai 2026* - Pengurusan juga membincangkan penglibatan Seladang Cilik FC dalam kejohanan piala KV yang turut akan melibatkan perkara; 1) pemilihan pelatih seramai 20orang (U8), 2)persetujuan ibubapa dan 3)gerak kerja pihak AJK untuk kejohanan tersebut.

6. ⁠*Penggantian dan pengambilan Jurulatih* - Pengurusan sebulat suara untuk mengambil jurulatih yang baru memandangkan kelab kekurangan jurulatih, ini bagi memenuhi keperluan pelatih yang semakin meningkat. Diharapkan agar jurulatih yang baru dapat memberi komitmen yg jitu dari segi tenaga dan masa agar pelatih dan ibubapa dapat melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan.

7. ⁠*Cadangan Penganjuran Kejohanan Piala Ketua Cawangan JPJ pada Ogos atau awal September* - Pihak pengurusan telah mengadakan perjumpaan bersama Tuan Mohamad Hafiz Bin Usman, ketua cawangan JPJ Taiping yang juga penasihat Kelab Bola Sepak Seladang Cilik pada 12 Jun 2026. Hasil perbincangan tersebut, pihak KC berminat untuk mengadakan penganjuran kejohanan bola sepak tertutup pada Ogos akan datang. Pengurusan dan jurulatih akan menyusun atur gerak kerja berskala besar ini yang turut akan melibatkan pihak JPJ, ibubapa pelatih dan juga penaja luar bagi melancarkan pengurusan. Perbincangan susulan antara pihak JPJ dan ibubapa akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pihak pengurusan mengalu-alukan cadangan dan komen membina daripada ibu bapa. Bersama sama kita memperbaiki isu yang ada agar perjalanan dan susunan aktiviti kelab ini berjalan lancar. Sekiranya ada perkara yang terkurang atau tidak mengikut perancangan, kami mohon maaf terlebih dahulu.

Terima kasih.



Facebook
https://www.facebook.com/share/18CW9s2FWL/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/akademi_seladang_cilik_taiping?igsh=MXE3dGx1N3Nia21sYg%3D%3D&utm_source=qr

Tiktok
https://www.tiktok.com/.seladang.cilik?_r=1&_t=ZS-94CYNEVdrEO

14/06/2026
14/06/2026

Sesi latihan Ahad 14/6/2026
U6 & U7


14/06/2026

Sesi latihan Ahad 14/6/2026
U8 & U10


13/06/2026

Sesi latihan Sabtu 13/6/2026
U8

Abang-abang dimantapkan lagi dengan asas sepakan,jaringan,passing bola dan tektikal.

Jumpa lagi esok!

Address

Padang Bola JPJ Taiping
Taiping

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seladang Cilik FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category