29/12/2018
Tahniah Taiping!
**********************************************************************
TERIMA KASIH TAIPING! TERIMA KASIH SEMUA!
Usaha MPT bersama-sama pelbagai agensi untuk memperkenalkan TAIPING diperingkat antarabangsa dan mendapatkan pengiktirafan TAIPING sebagai destinasi lestari peringkat dunia telah menjadi kenyataan setelah Taiping berjaya dipilih dan disenaraikan dalam SUSTAINABLE DESTINATION TOP 100 2018. Penilaian juri merangkumi pelbagai aspek pengurusan destinasi antaranya isu pencemaran, kualiti alam, amalan kitar semula, konservasi flora dan fauna, aktiviti mesra OKU dan warga emas, pengurusan hutan, kebajikan penduduk dan keselamatan pelawat, pengurusan sistem kumbahan, pengurusan sisa pepejal dan sisa klinikal, pembangunan komuniti dan peningkatan sosio-ekonomi, pembangunan pendidikan dan peningkatan kualiti kehidupan masyarakat dan banyak lagi.
Tiga minggu sebelum senarai Top 100 ini diumumkan, MPT telah diminta untuk mengemukakan beberapa perkara berkaitan kekuatan Taiping yang menjadi 'Success Story' dalam bidang pelancongan eko. Banyak! Banyak kekuatan kita dan banyak yang boleh diceritakan....antaranya usaha melestarikan Taman Tasik Taiping dan pokok hujan-hujan, kunjungan pelawat yang mencecah hampir 700,000 orang di Zoo Taiping & Night Safari setiap tahun (pastinya lebih sejuta berkunjung ke Taman Tasik Taiping setiap tahun), usaha pengekalan dan konservasi hutan di Bukit Larut dan Hutan Paya Laut Matang, penglibatan komuniti yang aktif dalam pelancongan eko di Kampung Dew, Kuala Sepetang, Kuala Trong, Trong, Bukit Gantang, dan Batu Kurau dan banyak lagi. Bersyukur, setelah hampir enam bulan bertungkus lumus melengkapkan borang penilaian dengan input-input terbaik yang dibekalkan oleh pelbagai agensi dan jabatan di MPT, berita baik tentang kejayaan ini telah membawa rahmat kepada kita semua. Terima kasih semua.
Ayuh...kita teruskan usaha untuk mengekalkan pencapaian yang membanggakan ini. Kita terus 'menjaga' TAIPING, menyayangi TAIPING dan berusaha untuk menaikkan TAIPING agar terus kekal sebagai ' Top 100' destinasi pelancongan eko dunia.
**************************************************************
PETALING JAYA: Taiping has been listed in the Sustainable Destinations Top 100, which gives recognition to efforts of responsible and sustainable tour...