Seratas Young Cannon - SYC

Seratas Young Cannon - SYC Sebuah pasukan bolasepak sekolah yang dibarisi murid-murid biasa yang semangatnya luar biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Pada Sabtu ini bersamaan 22 Ogos 2026, SYC U16 akan menyertai Kejohanan Bolasepak...
21/08/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Pada Sabtu ini bersamaan 22 Ogos 2026, SYC U16 akan menyertai Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka X-Miles di SMK Batu Sepuloh Lekir.

Semoga SYC U16 dapat buat yang terbaik.

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan santai antara alumni bolasepak dan SYC pada petang semalam. Terima kasih atas su...
16/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan santai antara alumni bolasepak dan SYC pada petang semalam.

Terima kasih atas sumbangan kepada SYC.

Semoga Ukhuwah antara SYC dan Alumni sentiasa berterusan.

Alhamdulillah, selesai perlawanan persahabatan SYC U13 petang tadi. Terima kasih kepada SMK Bukit Jana sudi menerima kun...
30/07/2026

Alhamdulillah, selesai perlawanan persahabatan SYC U13 petang tadi. Terima kasih kepada SMK Bukit Jana sudi menerima kunjungan kami.

SYC 0-1 SMBJ.

Inshaa allah, SYC U13 akan berusaha lagi!

SYC mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada penyerang SYC U-17 iaitu Hafiy yang akan mewakili daerah LMS ke MSSP...
23/07/2026

SYC mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada penyerang SYC U-17 iaitu Hafiy yang akan mewakili daerah LMS ke MSSPK minggu ini di Sri Iskandar, Perak.

Semoga dapat membantu LMS dengan cemerlang.

17/07/2026

Assalamualaikum semua!

Mesti ramai anak-anak yang sudah mula mengisi permohonan PKSK untuk ke sekolah khusus bagi sesi 2027.

Jangan lupa pilih SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH sebagai PILIHAN PERTAMA ya!

Jom sertai Seratas Young Cannon - SYC dan bersama-sama kami membina dan mencipta kejayaan.

Ayuh ☺

Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan SYC U-15 di Kejohanan Semesta National SBP Kebangsaan, Raub, Pahang. Untuk edisi...
13/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan SYC U-15 di Kejohanan Semesta National SBP Kebangsaan, Raub, Pahang.

Untuk edisi kali ni, SYC U-15 mendapat tempat ketiga kategori Bowl.

Walaupun bukan pencapaian yang diharapkan pasukan tetapi semua pemain telah melakukan yang terbaik dan semampu mungkin. Belum rezeki untuk edisi kali ni.

Terima kasih kepada penganjur, ibu bapa yang hadir memberikan sokongan yang tak berbelah bagi, guru, jurulatih dan semua pemain.

Alhamdulillah. SYC U-15 akan kembali bangkit.

Terima Kasih!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 9-12 Julai 2026, SYC U-15 akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Semesta Nation...
07/07/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 9-12 Julai 2026, SYC U-15 akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Semesta National SBP Championship U15 2026.

Kejohanan akan berlansung di SM Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang.

Doakan pasukan SYC U-15 dapat melakukan yang terbaik.

Alhamdulillah, SYC U14 berjaya sehingga ke Separuh Akhir Cup. Banyak peningkatan yang telah ditunjukkan oleh semua pemai...
04/07/2026

Alhamdulillah, SYC U14 berjaya sehingga ke Separuh Akhir Cup. Banyak peningkatan yang telah ditunjukkan oleh semua pemain.

Separuh Akhir SYC menentang SESTA dan terpaksa menerima kekalahan penentuan sepakan penalti apabila terikat 0-0 tanpa jaringan.

Alhamdulillah dan tahniah atas semangat juang pemain. Terima kasih kepada STAR atas penganjuran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada Sabtu bersamaan 4/7/2026 ini, SYC U-14 akan menyertai Kejohanan Bolasepak 9s...
03/07/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada Sabtu bersamaan 4/7/2026 ini, SYC U-14 akan menyertai Kejohanan Bolasepak 9s Piala Pengetua STAR di padang STAR.

Semoga SYC U-14 dapat buat yang terbaik.

Alhamdulillah, walaupun langkah SYC U-17 tersekat di pusingan kedua, penyerang utama SYC U-17 iaitu saudara Hafiy tetap ...
19/06/2026

Alhamdulillah, walaupun langkah SYC U-17 tersekat di pusingan kedua, penyerang utama SYC U-17 iaitu saudara Hafiy tetap menerima penghargaan selaku penjaring terbanyak di kejohanan MSSD kali ini.

6 goal Hafiy hanya dikira di peringkat kumpulan sahaja.

Saudara Hafiy tidak dapat diturunkan di pusingan kedua kerana menerima layangan kad kuning oleh pengadil sewaktu di tempat duduk simpanan semasa perlawanan terakhir kumpulan.

Pada perlawanan terakhir kumpulan, saudara Hafiy tidak diturunkan kerana sudah menerima layangan kad kuning pertama sebelum itu. Hafiy direhatkan untuk diturunkan pada pusingan kedua. Namun cerita sebaliknya berlaku.

Walaupun agak kecewa dengan keputusan pengadil, SYC U-17 tetap bermain di pusingan kedua tanpa penyerang utama yang berkesudahan tewas.

Terima kasih Hafiy atas usaha yang jitu membantu SYC U-17 tetap menempa nama di majlis penutupan MSSD kali ini.

Terima kasih buat semua pemain yang membantu Hafiy mendapatkan gelaran penjaring terbanyak.

Nama SERATAS tetap ada di majlis tadi walaupun tewas.

Tetap bangga.

Address

Jalan TAMAN TASIK
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seratas Young Cannon - SYC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category