Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Jadual Gelanggang Di Sekitar Daerah Kuala Muda. Tempat dan Masa:

1. Gelanggang Taman Kelisa : Setiap Hari Sabtu Jam 5.00 petang. Men. Keb.

Page ini Adalah untuk memberi maklumat tentang aktiviti dan perkembangan PSSGM bg Daerah Kuala Muda Negeri Kedah..Terdapat 6gelangang di Daerah Kuala Muda,..oleh itu kepada sesiapa Yang Berminat boleh semak jadual,,masa dan temapat yang telah ditetapkan.. Hubungi Cikgu Fauzi Atau Cikgu Fairos.

2.Gelanggang Taman Bandar Baru Sg. Lalang : Setiap Malam
Khamis dan Jumaat Jam 9.00 malam. Hubungi Guru

Kassim atau Saudara Redza

3.Gelanggang Gym Rakyat : Setiap Hari Sabtu Jam 8.00 pagi. Hubungi Cikgu Fauzi Atau Cikgu Fairos.

4.Gelanggang Tabika Taman Ria Jaya : Setiap Hari Jumaat Jam 9.00 malam. Hubungi Cikgu Fauzi Atau Cikgu Fairos.

5.Gelanggang Kampung Pulau Tengah : Setiap Hari Khamis Malam dan Jumaat Pagi. Hubungi Cikgu Mat.


6.Gelanggang Sek. Sulatan Mohamad Jiwa : Setiap Hari Ahad Jam 4.30 petang. Hubungi Cikgu Fauzi Atau Cikgu Fairos. Setiap Selasa Malam Rabu Daerah Kuala Muda Mengadakan Latihan Bagi Semua Jurulatih Bermula Jam 8.30 Malam Bertempat Di Dewan UMNO Taman Bandar Baru Sungai Lalang. Latihan Akan Dikelolai Oleh Guru Kassim.

Mesyuarat Agung PSSGM Daerah Kuala Muda Kali ke 18 2018/2019 Tarikh:30.3.2018 Masa:9.30mlm Tempat: Institut Pendidikan G...
31/03/2018

Mesyuarat Agung PSSGM Daerah Kuala Muda Kali ke 18 2018/2019 Tarikh:30.3.2018 Masa:9.30mlm Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah.

Sambutan Ulangtahun 55 Tahun PSSGM
23/03/2018

Sambutan Ulangtahun 55 Tahun PSSGM

Pertandingan Pemilihan Pelapis Remaja Silat Olahraga PESAKA Pewringkat Daerah Kuala Muda 2018
23/03/2018

Pertandingan Pemilihan Pelapis Remaja Silat Olahraga PESAKA Pewringkat Daerah Kuala Muda 2018

Penerangan Yang Berbahagia Datuk Adiwijaya Bin Haji Abdullah Presiden PSSGM Kebangsaan berkaitan isu semasa kedudukan Pe...
10/02/2018

Penerangan Yang Berbahagia Datuk Adiwijaya Bin Haji Abdullah Presiden PSSGM Kebangsaan berkaitan isu semasa kedudukan Pendaftaran Pertubuhan dengan APS dan ROS

Perjumpaan dengan Majlis Gurulatih Negeri bersama Yang Berbahagia Datuk Adiwijaya Hj Abdullah, Presiden PSSGM merangkap ...
24/10/2017

Perjumpaan dengan Majlis Gurulatih Negeri bersama Yang Berbahagia Datuk Adiwijaya Hj Abdullah, Presiden PSSGM merangkap YDP PSSGM Kedah
Tarikh: 23 Oktober 2017
Tempat: Alor Setar, Kedah
Masa: 9.00-11.00 mlm

Kejuaraan Pencak Silat Remaja KebangsaanTarikh: 1 Ogos 2017 hingga 4 Ogos 2017Tempak: Kompleks Rakan Muda, Baling KedahA...
05/08/2017

Kejuaraan Pencak Silat Remaja Kebangsaan
Tarikh: 1 Ogos 2017 hingga 4 Ogos 2017
Tempak: Kompleks Rakan Muda, Baling Kedah
Atlit PSSGM Kuala Muda Mohd Haikal Ghazali dari Gelanggang Taman Melor, Mohd Shahrulnizam Hafizalzayap (Along) dari Gelanggang Bandar Baru (Pingat Gangsa) dan Nurul Attilia Naziha Bt Rachidi dari SMK Aman Jaya (Pingat Perak) telah berjaya mengharumkan nama PSSGM di Kejuaraan Peringkat Kebangsaan. Majlis turut dihadiri Pengerusi PSSGMKM En Mohd Radzi B Yaakob, Yang DiPertua PSSGM Pulau Pinang Tn Hj Thohir (Pak Chu) dan AJK- AJK PSSGM Kuala Muda. Timbalan Pengerusi PSSGMKM Ustaz Kholid B Saleh selaku Setiausaha Pertandingan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Adiwijaya B Hj Abdullah YDP PSSGM Kedah merangkap Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Ucapan terima kassih kepada Yang Berbahagia Datuk Adiwijaya diatas kepercayaan yang diberikan kepada atlit PSSGM Kuala Muda. Harapan pihak pertubuhan agar pertandingan dan pemilihan seperti ini diadakan lagi di masa hadapan. Tahniah PSSGM

Perkongsian CSR pertubuhan dengan pihak badan berkanun. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak penganjur.
04/07/2017

Perkongsian CSR pertubuhan dengan pihak badan berkanun. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak penganjur.

25/06/2017

Seluruh warga kerja dan ahli jawatankuasa PSSGM Kuala Muda mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf zahir dan batin diatas sebarang salah dan silap serta kekurangan dalam tutur kata serta tingkah laku kami.

Kejuaraan Seni Silat Remaja Terbuka PSSGM Peringkat Kebangsaan.Tarikh 17 hingga 20 Mei 2017Tempat Wisma Gayong, Jalan F,...
18/05/2017

Kejuaraan Seni Silat Remaja Terbuka PSSGM Peringkat Kebangsaan.
Tarikh 17 hingga 20 Mei 2017
Tempat Wisma Gayong, Jalan F, Kg. Pandan, Kuala Lumpur
PSSGM Kuala Muda telah menghantar 29 Atlit ke pertandingan tersebut. PSSGM Kuala Muda merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan dan pengetua- pengetua sekolah diatas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kpd PSSGM Pusat di bawah kepimpinan Datuk Adiwijaya B Hj Abdullah diatas jemputan dan penganjuran acara tersebut.

Sirkit Pemilihan Atlit Kejuaraan Seni Silat Remaja Terbuka PSSGM 2017Tarikh: 6 Mei 2017Tempat SM Sains Sultan Mohamad Ji...
06/05/2017

Sirkit Pemilihan Atlit Kejuaraan Seni Silat Remaja Terbuka PSSGM 2017
Tarikh: 6 Mei 2017
Tempat SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg. Petani, Kedah
Lebih 45 pertandingan telah dilaksanakan bagi pemilihan wakil daerah Kuala Muda ke pertandingan di Kejuaraan Pencak Silat Remaja Terbuka PSSGM 2017.
SM Sains Sultan Mohamad Jiwa telah menjadi tuan rumah sirkit berkenaan - Terima kasih tuan Pengetua. Pertandingan disertai oleh atlit dari Kelab Silat SMS Sultan Mohamad Jiwa, SMK Aman Jaya, Gelanggang Bandar Baru dan Gelanggang Taman Melor. Jawatankuasa Kerja mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan

Address

Taman Bandar Baru Sungai Lalang
Sungai Petani
08100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda:

Shortcuts

Share