23/10/2017
Assalamualaikum dan hye warga futsal theory sekalian !!
Harini saya nak share tentang topic "PERSONALITI" yang perlu anda tahu sebagai seorang pemain futsal. Tidak kira jika anda seorang yang pro, amatur atau beginner. Dalam "PERSONALITI" dipecahkan kepada beberapa topik yang berkait dengannya. Ini kerana ia menunjukkan kepada pendirian seseorang.
PERSONALITI:
"OTAK"
Ya benar, semua kehidupan mempunyai otak. Tetapi yang membezakan kita 'Manusia' dengan kehidupan lain adalah 'AKAL'. Mesti anda semua tertanya, kenapa saya hendak share tentang topik 'OTAK' ?? Untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti, penggunaan 'OTAK' mestilah digunakan sebaik-baiknya ketika atau sebelum main. OTAK ini refer kepada process yang berkaitan dengannya (OTAK). Process ini saya akan terang dengan lebih detail di bawah.
- Mindset, Mood, Visualise, Performance, Mentaliti and Decision making. Semua process ini datang dari "OTAK".
Contoh:
1. Mindset: Selalunya berlaku time friendly or tournament. Bila bertemu dengan team yang outstanding atau jumpa dengan player yang bagus, secara automatik mindset akan berubah menjadi negatif. Benda ini tidak bagus kerana ini akan effect kepada gameplay kita. Bohong kalau anda tidak pernah lalui situasi ini.
Cara untuk atasi??
- Ubah mindset dan yakin dengan diri sendiri dan team. Menang dan kalah itu adat permainan. Yang penting main all out dan create game. Jangan terlalu fokus kepada pihak lawan, ini kerana ia akan ganggu kita. Bila pemikiran sudah diganggu, kita tak boleh nak fokus kepada game. Mistake itu perkara normal, perbaiki kesilapan agar ia tidak ulangi lagi.
- Percaya dengan diri sendiri dan team. Set target atau planning strategi supaya gameplay akan tersusun. (Mempunyai target dan vision)
- Letakkan diri anda sebagi seorang player yang bagus. Jangan salah faham dengan idealogi ini, maksud bagus itu bukan bermain dengan tamak atau hanya one sided thinking. Gunakan kelebihan anda untuk bantu team. Player yang bagus tidak semestinya mempunyai skill yang bagus, tetapi memahami dan banyak membantu team untuk mencari peluang dan jaringkan gol.
Contoh:
2. Mood: Jika anda perasan, mood jugak merupakan salah satu masalah yang sering player alami. Jika mood anda berada di level yang positif, anda akan perasan yang anda berasa energetic dan ingin bermain bersungguh-2. Dan jika mood berada dalam keadaan yang tidak stabil. Effect diaa memang besar. Misalnyaa sebelum game tuu anda punya mood macam tidak stabil, stress dengan kerja. Jangan bawak masalah tuu time game. Nanti ibaratkan seperti 'Bagaikan mak mati anak'.
Cuba visualise:
- Tengah dok game, mood tengah sedih putus cinta.
- Jasad dekat court, pemikiran ada dekat luar court.
- Dari situ, game dah tak focus.
- Game boleh rosak sebab tiada kerjasama.
Itu sahaja yang saya boleh share kepada anda. Just nak bagi anda nampak and faham betapa pentingnya kegunaan "OTAK" bagi seorang player. Benda yang saya share ni based on experience. Jika anda rasa benda ini membantu, anda boleh cuba ubah. Jika benda ini salah, boleh share dan improve. Thank you for your cooperation!!!!