Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, Kedah Darul Aman

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, Kedah Darul Aman Agama yang mulia dijunjung tinggi, Belalah Bangsa, Adat dan Negeri

MENJUNJUNG KASIH TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sult...
08/07/2026

MENJUNJUNG KASIH TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-84.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Cawangan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhamad Khuhazry bin Khuzaimi, Ketua Beradat PSSGMK Cawangan Mukim Naga, atas limpah perkenan KDYMM Tuanku menganugerahkan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM).

Penganugerahan yang penuh bermakna ini merupakan satu pengiktirafan terhadap jasa, bakti dan komitmen yang dicurahkan dalam memartabatkan warisan silat, memperkasa pembangunan masyarakat serta menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.

Semoga anugerah ini menjadi amanah untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan, integriti dan istiqamah demi agama, bangsa, negeri dan negara.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan
Cawangan Negeri Kedah

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ππ„π’π€π‘π€π ππ’π’π†πŒπŠ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majl...
06/07/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ππ„π’π€π‘π€π ππ’π’π†πŒπŠ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penganugerahan Sandang Kebesaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Cawangan Negeri Kedah pada 4 & 5 Julai 2026 dalam suasana yang penuh adat, tertib, harmoni dan semangat kekeluargaan warga Gayong.

Majlis yang penuh bermakna ini bukan sahaja menjadi medan penganugerahan sandang kebesaran kepada mereka yang layak, malah turut menyaksikan satu detik bersejarah apabila Cikgu Mohd Isa bin Mustafa, selaku Penaung PSSGMK Cawangan Negeri Kedah, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang dipikul dengan penuh keikhlasan, kebijaksanaan dan tanggungjawab demi kelangsungan perjuangan Silat Seni Gayong Malaysia.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Ustaz Kholid, Pengerusi PSSGMK Cawangan Negeri Kedah, atas penganugerahan Sandang Kipas Emas yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Mohammed Faid bin Hj. Musa, Yang Di-Pertua PSSGMK. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memimpin dan memperkasakan PSSGMK Cawangan Negeri Kedah ke arah yang lebih cemerlang.

Pihak PSSGMK Cawangan Negeri Kedah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu jemputan, barisan Ahli Jawatankuasa Pusat, Ahli Jawatankuasa Negeri, para guru, jurulatih, ahli serta seluruh warga kerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Kehadiran dan kerjasama semua pihak amat bermakna dalam memastikan kelancaran program.

Semoga setiap pelantikan, penganugerahan dan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, keikhlasan serta istiqamah demi memartabatkan Silat Seni Gayong Malaysia sebagai warisan bangsa yang terus subur dan disegani.

Tahniah kepada semua penerima dan barisan kepimpinan. Semoga terus cekal menggalas amanah serta memimpin dengan hikmah demi agama, bangsa dan negara.

"Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah."

Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Silat Kebangsaan Tahap 1 & 2 anjuran PESAKA Kedah dengan kerjasama PSSGMK Negeri Ked...
27/04/2026

Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Silat Kebangsaan Tahap 1 & 2 anjuran PESAKA Kedah dengan kerjasama PSSGMK Negeri Kedah, PESAKA Malaysia dan MSN Kedah.

12/04/2026
11/04/2026

Selamat Hari Raya dari Kami GMK Cawangan Negeri Kedah…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan, Majlis Jamuan Aidilfitri PSSGMK Cawangan Negeri Kedah selesai sud...
11/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan, Majlis Jamuan Aidilfitri PSSGMK Cawangan Negeri Kedah selesai sudah dilaksanakan.

Dari hulu ke hilir bertemu saudara,
Tautan ukhuwah makin terasa,
Bukan sekadar jamuan di mata,
Tetapi penyatu jiwa sesama kita.

Bersilat adat, beradat langkah,
Warisan Gayong terus diperkasa,
Selagi hayat masih bernyawa,
Semangat juang tidakkan sirna.

Terima Kasih kepada. Ydh ACP Tuan Hanyan bin Ramlan (Ketua Polis Daerah Kuala Muda
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.) dan Ybhg Tuan Guru Kasturi bin Dato’Dr Raja Abd Majid
(Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah(PESAKA KEDAH)) turut hadir bagi memeriahkan majlis ini..

Terima kasih juga kepada semua yang hadir serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan semangat persaudaraan dalam keluarga Gayong sentiasa subur.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin πŸŒ™βœ¨

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan, Majlis Jamuan Aidilfitri PSSGMK Cawangan Negeri Kedah selesai sud...
11/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan, Majlis Jamuan Aidilfitri PSSGMK Cawangan Negeri Kedah selesai sudah dilaksanakan.

Dari hulu ke hilir bertemu saudara,
Tautan ukhuwah makin terasa,
Bukan sekadar jamuan di mata,
Tetapi penyatu jiwa sesama kita.

Bersilat adat, beradat langkah,
Warisan Gayong terus diperkasa,
Selagi hayat masih bernyawa,
Semangat juang tidakkan sirna.

Terima Kasih kepada. Ydh ACP Tuan Hanyan bin Ramlan (Ketua Polis Daerah Kuala Muda
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.), dan Ybhg Tuan Guru Kasturi bin Dato’Dr Raja Abd Majid
(Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah(PESAKA KEDAH)) turut hadir bagi memeriahkan majlis ini..

Terima kasih juga kepada semua yang hadir serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan semangat persaudaraan dalam keluarga Gayong sentiasa subur.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin πŸŒ™βœ¨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita berjaya menunaikan ibadah puasa di...
20/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dan kini menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan. Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh anak Gayong dan umat Islam khususnya di Negeri Kedah.

Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT dan memberi kita keberkatan dalam kehidupan. Di hari yang penuh bermakna ini, marilah kita terus mempereratkan ukhuwah, mengukuhkan silaturahim dan saling mendoakan kebaikan untuk sesama kita.

Nabi Muhmmad S.A.W bersabda :
" Ψ§Ω„Ψ·Ω‡ΩˆΨ± Ψ΄Ψ·Ψ± Ψ§Ω„Ψ£ΩŠΩ…Ψ§Ω† "
Bersuci itu separuh Iman, bersesuaian dgn gaya hidup yg bersih di bulan Ramadhan sepatutnya telah mendidik dan mengubah utk sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai persilatan yang luhur, menjaga disiplin, dan memperkasakan lagi warisan seni pertahanan diri ini. Semoga tahun ini memberi kita kekuatan dan semangat untuk terus berusaha dan berjaya dalam semua aspek kehidupan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua diberkati, dirahmati, dan dilindungi oleh Allah SWT.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Benar,
KHOLID BIN SALLEH
Pengerusi
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan
Cawangan Negeri Kedah D.A

Barisan Ahli Jawatankuasa PSSGM Kebangsaan Negeri Kedah.
17/03/2026

Barisan Ahli Jawatankuasa PSSGM Kebangsaan Negeri Kedah.

Innalilahi wa inna ilaihirojiun.. Semoga Allah rahmati dan cucuri rahmat ke atas rohnya..Salam Takziah daripada Ahli PSS...
18/01/2026

Innalilahi wa inna ilaihirojiun.. Semoga Allah rahmati dan cucuri rahmat ke atas rohnya..

Salam Takziah daripada Ahli PSSGM Kebangsaan Negeri Kedah buat seluruh ahli keluarga.

Address

3177 LORONG SERAMPANG 9/1, TAMAN RIA JAYA
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, Kedah Darul Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, Kedah Darul Aman:

Shortcuts

Share