26/04/2026
Setiap pelajar mempunyai bakat tersendiri, tetapi bakat itu bukan sesuatu yang orang lain tentukan untuk kita. Ia datang daripada kesedaran diri — daripada apa yang kita minati, apa yang kita lakukan dengan sepenuh hati, dan apa yang membuat kita terus mahu belajar dan berkembang.
Jangan tunggu orang lain untuk labelkan siapa diri kita. Kitalah yang perlu mengenal potensi sendiri dan berani mengasahnya.
Jika bakat anda terletak dalam karate, maka mungkin itulah pentas anda. Di situlah disiplin, kekuatan, dan semangat anda dapat diserlahkan sepenuhnya.
Percayalah, bila anda berada di tempat yang betul, bakat itu akan bersinar dengan sendirinya.