Taufiq Johari

Taufiq Johari • Menteri Belia dan Sukan Malaysia
• Ahli Parlimen Sungai Petani
• Naib Ketua AMK Malaysia

Kemenangan kelima berturut-turut! Tahniah Rifdean! (Foto asal: Instagram Rifdean Masdor)
19/06/2026

Kemenangan kelima berturut-turut!

Tahniah Rifdean!

(Foto asal: Instagram Rifdean Masdor)

KBS sentiasa menekankan kepentingan memperkukuh penglibatan belia dalam pembangunan negara, khususnya dalam aspek kepimp...
19/06/2026

KBS sentiasa menekankan kepentingan memperkukuh penglibatan belia dalam pembangunan negara, khususnya dalam aspek kepimpinan, keusahawanan dan pembangunan kemahiran bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Sesi interaktif dua hala bersama barisan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dari seluruh negara menjadi platform penting untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti keperluan semasa serta bagi memastikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan peringkat Persekutuan sentiasa bergerak seiring dalam pelaksanaan program di lapangan dan penyelarasan dasar.

Input dan maklum balas yang diperoleh akan terus menjadi jambatan kerjasama berterusan bagi memastikan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kekal relevan sebagai barisan hadapan dalam memperkasa agenda pembangunan belia negara.

19/06/2026

Hari ini Rifdean akan bertarung di One Championship The Inner Circle 19 di Bangkok.

Semoga mencatat kemenangan. Go Rifdean!

19/06/2026
Hari ini saya berbesar hati untuk bertemu dengan legenda badminton kita, Dato’ Seri Lee Chong Wei.Dato’ Seri Lee Chong W...
18/06/2026

Hari ini saya berbesar hati untuk bertemu dengan legenda badminton kita, Dato’ Seri Lee Chong Wei.

Dato’ Seri Lee Chong Wei telah memberi penerangan berkenaan penganjuran Piala Lee Chong Wei yang bakal diadakan, anjurannya sendiri dengan kerjasama BAM.

Kejohanan terbuka ini bakal melibatkan 3,200 pemain junior dalam misi untuk mencari barisan pelapis sukan badminton negara.

Di pihak KBS, kami akan melihat kaedah dan ruang untuk untuk memudah cara penganjuran kejohanan ini. Mana tahu, ia akan menjadi tempat lahirnya “the next Chong Wei”!

Saya mengucapkan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Sh...
18/06/2026

Saya mengucapkan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri dan keluarga, atas pemergian suaminya, Datuk Kamil Misuari hari ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, melimpahkan rahmat dan menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman.

18/06/2026

Titik keseimbangan antara tanggungjawab atlet mewakili negeri dan mandat mewakili negara di peringkat antarabangsa merupakan antara isu yang menjadi pertikaian dalam sukan berbasikal trek.

Namun, saya percaya kesemua pihak yang terlibat miliki matlamat yang sama, iaitu mahukan yang terbaik untuk pembangunan sukan berprestasi tinggi ini.

Bagi mendengar dan menyediakan ruang perbincangan yang inklusif, Majlis Sukan Negara (MSN) telah pun menganjurkan sesi town hall pada 8 Jun yang lalu , melibatkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), barisan jurulatih peringkat negeri dan Pengarah Teknikal Program Berbasikal Negara, John Beasley sendiri.

Saya amat menghormati pandangan Beasley. Beliau seorang yang cukup arif dalam mencungkil dan mendidik bakat baharu bagi mewakili negara, sebagai pelapis kepada skuad berbasikal senior kita.

Sehubungan itu, satu perjumpaan susulan akan diadakan antara MSN, PKBM dan Beasley. Fokus kita adalah untuk mencari kata sepakat dan jalan tengah bagi memastikan isu yang menjadi pertikaian tidak menjejaskan persediaan serta prestasi atlet kita.

Hadir ke 2026 Asian Games Esports Qualifier: Honor of Kings, yang menghimpunkan 20 pasukan dari seluruh Asia bagi merebu...
18/06/2026

Hadir ke 2026 Asian Games Esports Qualifier: Honor of Kings, yang menghimpunkan 20 pasukan dari seluruh Asia bagi merebut sembilan slot kelayakan ke Sukan Asia 2026 beberapa bulan lagi.

Pertandingan ini, yang diikuti oleh khalayak e-sports di seluruh dunia, sekali lagi meletakkan negara kita sebagai tumpuan komuniti ini.

Malaysia Esports Federation (MESF) juga memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pasukan New Zealand Esports Federation (NZESF) yang melibatkan aspek pebangunan bakat, pertukaran pengetahuan dan pengembangan industri e-sports.

Diharap MoU ini akan terus memacu pembangunan e-sports di negara kita. KBS akan terus komited dalam memberikan sokongan, antaranya menerusi kerjasama rapat dengan pemain industri dan komuniti sukan ini.

Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.Peristiwa hijrah junjungan besar kita, Rasulullah SAW mengajar kita te...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Peristiwa hijrah junjungan besar kita, Rasulullah SAW mengajar kita tentang keberanian dan keazaman untuk berubah demi masa depan yang lebih baik.

Justeru, saya mendoakan agar tahun baharu Hijrah ini mebuka lembaran yang lebih baik, serta membawa keberkatan dan kesejahteraan buat kita semua.

Kepada anak-anak muda, hayatilah semangat Hijrah ini sebagai pendorong untuk terus memperkasa diri dan membawa perubahan positif kepada diri, masyarakat dan negara.

Sambutan Hari Belia Negara kali ini singgah di Pulau Pinang p**a, bersekali dengan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri se...
15/06/2026

Sambutan Hari Belia Negara kali ini singgah di Pulau Pinang p**a, bersekali dengan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri semalam.

Saya sentiasa gembira untuk berjumpa dengan anak-anak muda di setiap program dan acara. Sempat juga layan persembahan band Klangit semalam. Persembahan live yang bertenaga!

KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) turut menyalurkan dana berjumlah RM1.4 juta bagi merancakkan lagi pembangunan belia dan sukan di Pulau Pinang untuk tahun ini.

Tahniah kepada anak muda dan pertubuhan yang menerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang semalam. Diharap ia menjadi pemangkin untuk anda terus melangkah ke hadapan.

Golongan belia memiliki minat dan kencederungan yang tersendiri. Semoga pengisian dan program yang dibawa sepanjang sambutan ini memberi kebaikan kepada anak-anak muda yang hadir.




Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taufiq Johari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Taufiq Johari:

Share

Category