Sport Design

Sport Design Menyediakan pelbagai barangan sukan dan barangan berkaitan Sukan

08/12/2022

Biduk berlalu.....

Kadang2 saya pernah merungut sebab kereta myvi tidak selesa sangat. Lepas tu beli kereta lebih besar 2.5cc, tak selesa l...
08/12/2022

Kadang2 saya pernah merungut sebab kereta myvi tidak selesa sangat. Lepas tu beli kereta lebih besar 2.5cc, tak selesa lagi sebab tidak laju pulak. Beli motor 1000cc sebab nak laju. Pernah ride solat zohor di KL sempat solat asar diterengganu,nak laju punya pasal. Satu malaysia pernah pusing kecuali sabah dan sarawak.
Masih tidak rasa puas. Akhirnya macam2 Allah s.w.t tunjukkan depan mata betapa perlunya saya bersyukur. jangan ikut selera hati, saya buat keputusan jual semua kecuali myvi. Apa susah nak jalan jauh naik bas je. Walaupun minat motorbesor, kereta besor. Perlu sabor dahulu. Satu masa nanti boleh menikmati kembali tanpa RIBA dan hati rasa lebih tenang. Alhamdulillah sekarang saya rasa puas hati walaupon berkereta 1.3cc.
Hari ini memandu bawa anak dan isteri jalan2. Saya cakap dengan isteri betapa kita wajib bersyukur. Dihadapan kita satu family membonceng motosikal, sorang anak ditengah sorang lagi depan bapa. Ibu pegang dan galas beg. Kita nampak ini tindakan bahaya.
Hakikatnya keluarga ini betapa bersyukurnya mereka kerana memiliki motor untuk kemana-mana, walaupon mungkin mereka terpaksa meredah hujan lebat,panas mentari. Kadang2 apa yang berlaku dihadapan kita , bukanlah ia perkara yang sia-sia. Mungkin itu satu teguran dari Allah s.w.t untuk kita sentiasa bersyukur.
Alhamdulillah syukur pada mu ya allah....

15/08/2021
Assalamualaikum..Buatlah baik pada manusia. Walau sekecil mana pun kebaikan itu, Allah pasti akan beri balasan yang baik...
09/07/2021

Assalamualaikum..

Buatlah baik pada manusia. Walau sekecil mana pun kebaikan itu, Allah pasti akan beri balasan yang baik.

Jangan ada sikit pun perbuatan kita yang tak baik pada manusia. Sebab walau sekecil mana pun kejahatan itu, Allah pasti tak akan biarkan kita terlepas begitu saja.

Keberadaan kita sekarang ini bukanlah sangat pada apa usaha yang kita buat. Tetapi juga doa dari orang sekeliling kita yang mungkin didengar oleh para malaikat. Lantas diangkat untuk Allah makbulkan.

Doa ibu bapa kita setiap hari. Doa guru-guru kita samada yang masih hidup atau yang telah mati. Doa kawan-kawan yang selama ini ada di sisi. Doa orang yang kita tak kenal datang dan pergi.

Sebab itu jangan sesekali rasa rendah diri bila kita buat baik. Jangan rasa kebaikan yang kecil itu tidak bernilai sangat. Jangan ambil mudah walau kebaikan itu taklah setara mana.

Teruskan berbuat kebaikan walau hanya sehalus huma. Istiqamah buat baik walau apa orang nak kata. Sentiasa buat baik dengan harapan Allah akan redha.

http://wa.me//60134997498

AssaamualaikumTelur... kalau kita tengok dari luar ia sebagai telur, maka bila telur itu pecah, maka habis la riwayat se...
07/07/2021

Assaamualaikum

Telur... kalau kita tengok dari luar ia sebagai telur, maka bila telur itu pecah, maka habis la riwayat sebiji telur.

Kalau ia bernasib baik, kita boleh pecahkan dan jadikan ia macam-macam jenis telur.

Telur goreng. Telur dadar. Telur mata kerbau. Telur masak separuh. Telur pindang. Telur masak kicap. Telur masak tomato.

Tapi tetap, telur itu akan tamat riwayatnya bila kita memakannya.

Sebenarnya telur ni lebih dari sekadar jadi bahan makanan saja. Ia jauh lebih hebat dari itu.

Telur jika ia pecah dari dalam (matang), ia akan melahirkan sebuah kehidupan yang lain. Membiak, membiak dan membiak.

Kalau telur ayam, akan lahir anak ayam.

Kalau telur itik, akan lahir anak itik.

Kalau telur angsa, akan lahir anak angsa.

Kalau telur burung, akan lahir anak burung.

Kalau telur ular, akan lahir anak ular.

Kalau telur buaya, akan lahir anak buaya.

Kalau telur dinasor, akan lahir anak dinasor.

Kehebatan sebiji telur ni sebenarnya tak terbatas. Ia bukan sekadar pecah, masak, makan, habis begitu saja.

http://wa.me//60134997498

Assalamualaikum...Ada seorang ustaz cakap buat aku merenung jauh sedalamnya.  Ustaz cakap "PKP ni ibarat kita akan menin...
06/07/2021

Assalamualaikum...

Ada seorang ustaz cakap buat aku merenung jauh sedalamnya. Ustaz cakap "PKP ni ibarat kita akan meninggalkan dunia untuk menuju ke alam lain di akhirat.
PKP adalah persediaan kita semua untuk meninggalkan segala kemewahan, keseronokan dan kegembiraan dunia.
Ada kereta banyak tak boleh nak gerak jauh,
ada duit banyak tak boleh gi belanja bermewah mewah,
berjumpa tak boleh bersalam
kita senyum tak nampak ditutup dengan mask ,
ada keluarga yang kita tinggalkan sebab tidak boleh ziarah.
ada keluarga yg masuk hospital pun tak dibenarkan ziarah,
ada kematian pun tak boleh melawat melintas daerah mau pun negeri,
Ini gambaran kecil untuk kita tinggalkan dunia secara sedikit demi sedikit.
Apa yang kita sayang semuanya kita akan tinggalkan.
Apa yang kita bawa adalah amalan. "Moga kita semua muhasabah dan istiqomah dalam kebaikan.
Bersihkan hati dari sifat2 mazmumah dan amalkan dlm hidup dgn sifat mahmudah,

Assalamualaikum Ada orang rezekinya duit yang banyak. Ada orang rezekinya masa lapang yang tak terhitung.Ada orang rezek...
04/07/2021

Assalamualaikum

Ada orang rezekinya duit yang banyak. Ada orang rezekinya masa lapang yang tak terhitung.

Ada orang rezekinya kawan-kawan yang baik. Ada orang rezekinya keluarga yang penyayang.

Ada orang rezekinya pasangan yang memahami. Ada orang rezekinya anak-anak yang elok budi pekerti.

Ada orang rezekinya tiada hutang. Ada orang rezekinya tiada masalah.

Ada orang rezekinya sihat sampai ke tua. Ada orang rezekinya mati husnul khatimah.

Jangan banding-bandingkan rezeki kita dengan orang lain. Jangan ungkit kenapa Allah bagi kat orang lain, tak bagi kat kita.

Allah maha tahu apa yang terbaik untuk kita, sesuai dengan masa, keadaan dan kesediaan diri kita.

Tugas kita syukur dengan apa saja keadaan. Baik atau buruk semuanya kita kembalikan pujiannya hanya untuk Allah.

Bila kita faham konsep; dah memang bukan rezeki kita, maka kita akan sentiasa rasa tenang dan berlapang dada. Kita tak akan marah dan rasa tak puas hati.

Kawan-kawan...

Orang yang bersyukur ialah orang yang selalu lihat betapa beruntungnya dirinya berbanding orang lain yang kurang bernasib baik.

Orang yang kufur nikmat ialah orang yang selalu nampak diri tak cukup berbanding orang lain yang dapat macam-macam.

Dapat bangkit lagi sekali pagi ni dari tidur yang lena malam tadi pun dah 1 rezeki. Kalau takdir Allah kita dah tak bernafas lagi pagi ni macamana?

Kat situ pun dah tak terjangkau dah betapa rezeki itu sangat luas ertinya. Maka, rezeki Tuhan yang mana satukah lagi yang nak kita dustakan?

http://wa.me//60134997498

03/07/2021

Hiari ni panggil Pak Cik Kordi ni mai korek Lubang nak buat para tanam labu...

Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sport Design posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share