Laparpoo - Sungai Nibong Station

Laparpoo - Sungai Nibong Station KELAB BELIA SUNGAI NIBONG KECIL
Daftar RoY: PPBM:KT0017/07/16
a.k.a LAPARPOO PENANG OFFICIAL
Email: [email protected]

LAPARPOO- Sg Nb Station (L.P.O)

Kelab Belia Sg Nibong Kecil kebiasaannya dulu dikenali sebagai LAPARPOO Sg Nb Station (LPO) merupakan sekumpulan anak muda setempat yg berasal dari Kg. Sungai Nibong Kecil yg tidak berdaftar dengan kerajaan namun bukanlah sebuah pertubuhan kongsi gelap atau kumpulan lumba haram seperti mat rempit atau samseng jalanan. Rata-rata ahli kelab berasal dari Sungai Nibong

Kecil (SNK) serta yg tinggal disekitarnya. Kebanyakkan ahli berumur dalam lingkungan umur 16 tahun hingga 40-an dan tidak terikat atau menjadi ahli mana-mana parti politik. Boleh dikatakan golongan belia ini berstatus “atas pagar” dari Genarasi-Y yg tidak tertarik berpolitik namun berminat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan serta aktiviti kesukarelawan bersama masyarakat. Rentetan dari itu belia Sungai Nibong Kecil telah sepakat menubuhkan sebuah pertubuhan belia berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY’s) yg akan menjadi medium untuk anak muda dan para belia dari kampung Sg Nibong Kecil ini untuk bersatu padu mengembeling tenaga serta berbakti untuk masyaraka tanpa menghiraukan perbezaan ideologi politik yg mgkin trdpt dikalangan ahli. Penubuhan persatuan belia ini sgt penting dan begitu diperlukan memandangkan situasi politik dan ekonomi negara berada dalam krisis yg agak membimbangkan. Dgn tertubuhnya organisasi yg akan mewakili suara anak muda dari kg SNK, diharap ia dapat mnjdi platform kpd anak muda utk mengetengahkan pendapat, idea atau sesuatu bantahan kpd pemerintah negeri atau pemerintah negara dgn cara dan saluran yg betul. Matlamat utama penubuhan satu organisasi yg dapat mewakili suara anak muda kampung SNK adalah untuk menggembeleng tenaga golongan muda kampung secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangunkan syakhsiah dan jatidiri anak muda serta merancang satu gerak kerja kemasyarakatan yang mesra pemuda dan mesra masyarakat yg bersepadu dan program yg lebih tersusun

Objektif Penubuhan Persatuan Belia Yg Berdaftar adalah :-
~ Membangunkan potensi anak muda yang cinta dan bertanggungjawab kepada agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
~ Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran anak muda agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
~ Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan ahli persatuan
~ Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
~ Melahirkan golongan muda yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
~ Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama yg erat dikalangan ahli.
~ Menggerakkan golongan muda sama-sama membangunkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Laparpoo Penang Official (LPO) akan didaftarkan mengikut Akta Pembangunan Belia 2007 dengan Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Selepas didaftar ia tetap akan dikenali dengan Laparpoo Penang Official (LPO) Kesatuan Anak Muda Sungai Nibong Kecil dan berstatus persatuan tunggal kawasan.

“Anak Muda Sepakat, Masyarakat Muafakat”

Setiausaha Jawatankuasa Penaja Laparpoo Penang.

25/11/2023

Juara Novice 2004, Md Yusri Ibrahim! Terima kasih hadir ke Pusingan Akhir Musim 2023!

Mohd Yusri Ibrahim Orang kita ada di mana-mana
25/11/2023

Mohd Yusri Ibrahim Orang kita ada di mana-mana

Champion Novice 2004 Datang Melawat MCP Round 10.. Siapa Kenal??

Untuk info dan keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan saudara Mohd Yusri Ibrahim
11/10/2023

Untuk info dan keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan saudara Mohd Yusri Ibrahim

*DATE DAN TEMPAT SUDAH DI TUKAR* Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
KSBAM akan mengadakan satu klinik pemanduan selamat belia pulau pinang
tarikh: 28 oct 2023(SABTU)
waktu:9.00pg-12tghari
tempat: perkarangan tapak parking LOTUS seberang jaya,pulau pinang
!!! utk ahli persatuan..penyertaan adalah percumaaa...tempat terhad sapa cpt dia dlu(terhad 30org)
*apa2 detail akan di update*

07/05/2023
10/03/2023

Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Sains Malaysia

15/12/2022
11/12/2022

Address

Sungai Ara

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laparpoo - Sungai Nibong Station posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share