23/12/2025
A must watch sports entertainer 👏🏽👏🏽
Bigil : Filem Bertemakan Sukan Dengan Mesej Yang Cukup Kuat.
Kisah tentang peluang kedua, pengorbanan dan perjuangan melawan sistem.
Bigil meletakkan wanita bukan sekadar simbol. Filem ini menolak stereotaip lama bahawa tempat wanita hanya terhad di dapur atau di rumah selepas berkahwin. Lebih signifikan, Bigil turut menyentuh realiti bahawa perkahwinan sering dianggap sebagai noktah kepada cita-cita dan impian seorang wanita.
Bigil mematahkan persepsi tersebut dengan menegaskan bahawa perkahwinan bukan tiket untuk menguburkan impian, sama ada di atas padang atau dalam kehidupan. Wanita juga berhak mengejar kejayaan, membina karier dan membuktikan kemampuan mereka, asalkan diberi peluang dan sokongan.
Baca ulasan penuh di ruangan komen.