07/06/2026
Semalam kami berkumpul lagi.
Ada yang masih aktif mendaki, ada yang dah jarang jejak trek dan ada yang dari bujang hiking sampai dah beranak pinak.
Tapi satu perkara tak pernah berubah, semangat untuk terus menyokong satu sama lain dan mereka adalah antara yang terawal bersama dalam kisah s**a duka perjalanan SELANGOR HIKERS CLUB (SeHC) - Official sehingga terbinanya apa yang ada di hari ini.
Kami pernah bermain lumpur bersama, makan apa yang ada di hutan, bersusah payah berhari-hari di gunung, ada yang marajuk ada yang emo semua kami jadikan sebagai kenangan dan pengalaman.
Pengalaman itu yang mengikat sebuah persahabatan.
Gunung mungkin hanya tempat pertemuan, tapi keluarga ini terbina kerana perjalanan pahit manis yang dilalui bersama."
Terima kasih masih kekal bersama dari 2018 hingga sekarang.
Kekadang rindu jugak geng hiking yang dulu sama-sama membaraikan diri di gunung.
Kalau buat trip camping reunion hikers2 ok tak? No hiking, just 3M Membawang, Membahan, Makan π